Part 09:
“Amna!” Perlahan
Hanna memanggil Amna seraya berbisik.
Amna menoleh memandang ke arah yang
sedang melabuhkan punggung disebelahnya. “Lambat kau hari ni?” Amna bertanya
selepas memandang sekilas Hanna yang duduk disebelahnya. Amna kembali fokus
kepada kuliah yang disampaikan oleh Prof Dr Evan Lau didepan.
“Amna!” Kali ini Hanna menyentuh
lembut bahu Amna yang sedang tekun mendengar kuliah Ekonomi Malaysia.
“Ada hal penting ke? Kalau tak penting lepas
kuliah kita berbual boleh?” Amna menjawab perlahan seolah-olah berbisik. Langsung
tidak ditoleh Hanna yang duduk disebelahnya. Matanya masih difokuskan kepada
pensyarah di hadapan.
“Pada aku memang tak penting mana
tapi rasanya pada kau penting kot.” Hanna berbisik perlahan di telinga Amna.
“Kalau pada kau tak penting,
maknanya kat aku tak pentinglah jugak kan.”
Cepat Amna membuat kesimpulan. Dia seolah-olah tidak mahu kosentrasinya
terhadap kuliah yang disampaikan oleh pensyarah yang amat dikaguminya, Prof Dr
Evan Lau diganggu.
“Pada aku Hakim Ridzal memang tak
penting tapi aku rasa pada kau Hakim Ridzal sangat penting…” Hanna berbisik
perlahan.
Mendengar kata-kata Hanna itu segera
Amna menolehkan wajahnya memandang Hanna yang duduk disebelahnya.
“Kenapa dengan Hakim?” Amna
memandang cemas Hanna disebelahnya. Terasa bimbang menular di lubuk hatinya
tatkala mendengar nama Hakim Ridzal disebut. Adakah belaku perkara yang tidak
diingini ke atas kekasih hatinya itu. Sungguh dia terasa gusar dihatinya.
“Errrr... Ermmm… Aku…” Hanna mula
teragak-agak. Perlukah dia memaklumkan kepada Amna mengenai desas desus yang
didengarnya semasa menunggu bas di bus
stop tadi.
“Kenapa Hanna? Kenapa dengan Hakim?
Dia accident ke?” Amna bertambah
gusar. Melihat Hanna yang tergagap-gagap menambah kegusaran di hatinya. Amna
menggoncang badan Hanna yang duduk disebelahnya itu. Perbuatannya itu
mengundang beberapa mata memerhatikan mereka yang duduk agak ke belakang di
dalam dewan kuliah itu.
“Hakim tak accident lah!” Cepat Hanna menjawab setelah badannya digoncang
berulang kali oleh Amna.
“Habis tu kalau tak accident, apa yang jadi kat dia? Kenapa
kau gugup sangat nak cakap pasal dia?” Amna bertanya inginkan kepastian.
“Aaaa…. Aku…” Kata-kata Hanna
terhenti disitu.
“Aaaa apa ni?” Amna mula tak sabar.
Dipandang tepat ke wajah polos Hanna yang putih melepak itu.
“Aaaa…Aku tak tahulah nak cakap
camne!” Hanna mengalihkan wajahnya dari pandangan Amna. Terasa menyesal kerana cuba
ingin menyatakan kebenaran kepada Amna namun dia tak berdaya.
“Hanna…. Is Hakim do something nonsense again?” Amna mula mengagak apa yang cuba
diperkatakan oleh Hanna.
“Amna…Aku…..” Hanna mati kata.
“Ahhh, aku lukakan hati dia lagi…” Hati Hanna berbisik sendiri.
“It
is okay Hanna. Tell me what happen to
Hakim. I am okay with that.” Amna
berkata perlahan. Matanya mula berkaca-kaca.
“Amna….” Hanna memegang erat tangan
Amna. Cuba
untuk memberinya sedikit kekuatan supaya dia tabah dengan berita yang bakal
dimaklumkannya.
“Aku okay Hanna. Just tell me the truth.” Ada getar di suara Amna
namun digagahkan juga untuk mendengar kebenaran.
“Lepas kuliah habis kita cakap
tentang hal ni yea…” Hanna cuba
untuk mengelak. Serba salah dibuatnya tatkala dia melihat mata Amna mula
berkaca-kaca. Terasa kesal dihatinya kerana mengajak Amna berbual tentang Hakim
Ridzal lelaki berhidung belang yang begitu dipuja-puja oleh Amna.
“Aku dah tak boleh fokus pada kuliah
ni lagi..” Amna bersuara perlahan. Serentak dengan itu, air matanya turut
mengalir perlahan.
“Amna… Aku minta maaf. Aku tak sepatutnya
beritahu kau pasal hal ni. Cuma sebagai kawan, aku nak sangat kau bukak mata
kau luas-luas. Kau bukannya tak kenal perangai Hakim tu…” Hanna memujuk Amna
dengan nada menyesal dengan tindakannya itu.
“Aku maafkan kau Hanna tapi please cerita kat aku apa sebenarnya
Hakim dah buat kali ni. Please…..”
Amna memandang Hanna dengan pandangan yang sayu. Dia seolah-olah meminta belas
kasihan Hanna untuk menyatakan kebenaran.
“Ermmm… Sebenarnya… Ermmm…”
Kata-kata Hanna terhenti-henti.
“It’s
okay…Go ahead..” Amna cuba
untuk tersenyum supaya Hanna tidak ragu-ragu untuk meneruskan kata-katanya.
“Tadi aku terlepas bas pukul 7.30
pagi. Jadi aku duduklah tunggu bas pukul 8.00 pagi dekat bus stop. Tengah aku duduk dekat bus stop tu, Andrew datang dekat aku. Dia pun lambat macam aku. So, kita orang pun berbual-buallah. Masa
tu lah dia tercerita kat aku yang Hakim kena tangkap berdua-duaan dengan budak
perempuan junior dekat jambatan
cinta, tasik UNIMAS tengah malam semalam. Tapi dia orang tak buat apa-apa yang
mencurigakan, dia orang cuma ditangkap berdua-duaan je kat situ. Kan tak boleh duduk kat
situ lebih pada pukul 12.00 tengah malam. Eh? Andrew belum cerita dekat kau ke
pasal hal ni? Dia kan
kawan baik kau dalam kelas ni.” Hanna menelan kelat air liurnya setelah selesai
menceritakan kepada Amna perkara yang didengarnya dari Andrew tadi. Dan barulah
dia perasan yang Andrew tidak duduk bersama-sama dengan Amna pada hari ini.
“Aku pergi toilet jap!” Amna bangun tidak semena-mena. Laju dia pergi
meninggalkan Hanna yang masih kelihatan serba salah.
“Aku ikut!” Secepat itu juga Hanna
bangun melangkah membontoti Amna keluar dari dewan kuliah sehingga perbuatan
mereka berdua itu mengundang pandangan hairan pensyarah mereka Prof Dr Evan Lau
dan rakan-rakan sekuliah mereka.
“Kau okay?” Perlahan Hanna bertanya
sambil menolak perlahan pintu masuk tandas di aras tiga, Fakulti Ekonomi dan
Perniagaan, Universiti Malaysia Sarawak itu. Kelihatan Amna sedang duduk dengan
kaki terjuntai ke bawah di atas singki tandas. Amna hanya berdiam tanpa sepatah
kata apatah lagi menjawab pertanyaan Hanna itu.
“Amna…Aku minta maaf…” Hanna serba
salah. Dia tahu dia silap kerana memberitahu Amna tentang perkara ini.
Amna mengangkat lemah wajahnya. Dia cuba
untuk tersenyum kepada Hanna. “It is okay.
Bukan salah kau pun Hanna. Aku yang salah dalam perkara ni.” Amna tersenyum
sinis kepada dirinya sendiri.
“Kau tak salah Amna! Ini semua salah
Hakim..” Hanna cuba
memujuk Amna.
“Tak Hanna! Hakim tak salah! Aku
yang salah!” Amna tersenyum sinis lagi.
Hanna mula hairan melihat Amna yang
tersenyum sinis. “Adakah Amna marah kat aku?” Hati Hanna berbisik sendiri. Dia
mula gusar kembali. Dia bimbang sekiranya Amna menyatakan dia sengaja
membawa-bawa cerita yang tidak munasabah untuk merosakkan hubungannya dengan
Hakim. Semakin gusar hati Hanna memikirkan akan perkara itu.
Sedang Hanna sibuk memikirkan apa
yang Amna fikirkan tentang dirinya tiba-tiba Hanna dikejutkan dengan suara
Amna.
“Nurain Amna! Nurain Amna! Kenapalah
kau bodoh sangat! Kenapa? Kenapa? Kenapa?” Amna merintih dalam tangisan sambil
mengetuk-ngetuk dahinya dengan menggunakan tangan.
“Ya Allah Amna! Bawak-bawak mengucap
Amna! Istighfar Amna! Ingat Allah!” Hanna yang terkejut dengan perbuatan Amna
itu segera mendekati Amna dan memeluknya erat. Dia turut terasa kepedihan dan
kesakitan yang sedang dilalui oleh Amna. Amna turut membalas pelukan Hanna.
Sekurang-kurangnya dia tahu, dia masih ada Hanna untuk sama-sama berkongsi rasa
deritanya.