“Babah! Bila
babah nak tunaikan janji babah pada Aira?” Tanya Umairah sambil mengemaskan
pelukan pada teddy bearnya.
“Janji apa ni?” Tanya Umar hairan
sambil membetulkan selimut yang menyelimuti badan Umairah.
“Alaaa, janji yang babah nak bagi
Aira ibu tu….” Umairah memandang Umar penuh harapan. Umar yang sedang
membetulkan selimut Umairah terhenti seketika. Dia memandang Umairah dengan penuh
kasih sayang yang tidak berbelah bahagi. Dia duduk di hujung katil Umairah yang
sedang berbaring.
“InshaAllah, suatu hari nanti babah
akan cuba
bagi Aira ibu baru yea.” Jawab Umar lembut. Dikucupnya dahi Umairah.
“Tapi…. Suatu hari tu bila babah?”
Umairah yang petah itu masih bertanya lagi.
“Suatu hari yang Aira dan babah
sendiri tak tahu bila sayang sebab tu semua perancangan Allah.” Umar hanya
tersenyum memandang Umairah.
“Babah.. Babah.. Nenda kata kalau
kita sendiri tak berusaha, macam mana kita nak dapat apa yang kita impikan.
Memanglah semua tu perancangan Allah tapi kita sebagai hambaNya kenalah
berusaha dan berdoa, barulah Allah akan kabulkan.” Semakin petah Umairah
berkata-kata. Terkesima Umar mendengar kata-kata Umairah.
“Mana Aira tahu semua tentang usaha,
doa dan tawakal ni?” Umar hairan.
“Nenda yang ajar Aira.” Umairah
menjawab sambil tersenyum.
“Bila nenda ajar Aira?” Umar
bertanya lagi. Berminat untuk mengetahui perkara-perkara yang di ajar oleh ibu
mertuanya. Segera dia berbaring disebelah Umairah sambil mengiringkan badannya
memandang Umairah.
“Nenda ajar masa Aira dengan babah
tidur dekat rumah nenda dulu.” Jujur Umairah menjawab.
“Nenda dengan ayahnda ada tanya Aira
apa-apa tak masa tu?” Umar mulai syak sesuatu.
“Ada!” Laju Umairah menjawab sambil tangannya
memusing-musingkan tangan teddy bearnya
itu.
“Apa yang nenda dan ayahnda tanya?”
Umar beria-ria ingin tahu.
“Nenda tanya pasal ibu baru!” Umairah
jawab teruja.
“Ibu baru? Habis Aira cakap apa?”
Umar ingin tahu lebih lanjut mengenai perbualan Umairah dengan kedua ibu bapa
mertuanya.
“Aira cakaplah yang babah nak bagi
Aira ibu baru nanti.” Umairah menjawab tulus.
“Lepas tu nenda dengan ayahnda tak
cakap apa-apa ke?” Umar tidak sabar ingin tahu perbualan mereka bertiga
selanjutnya. Dia mengagak bahawa ibu dan bapa mertuanya adalah dalang disebalik
sikap Umairah yang pelik sejak kebelakangan ini.
“Ayahnda tak cakap apa-apa pun. Dia
cuma dengar je. Nenda je yang cakap.”
“Nenda cakap apa kat Aira?” Umar
semakin berminat. Dia melabuhkan badannya dan berbaring disebelah Umairah. Dia cuba
untuk menyungkil rahsia kedua ibu bapa mertuanya.
“Nenda tanya Aira tak nak ibu baru
ke? Lepas tu Aira jawablah yang Aira nak ibu baru. Nenda kata kalau Aira nak ibu
baru, Aira kena pujuk babah. Kalau babah setuju, nenda nak hadiahkan ibu baru
untuk Aira dan babah.” Umairah laju bercerita tentang rancangan kedua atuk dan
neneknya tanpa menyedari bahawa babahnya sekadar ingin mengetahui perancangan
tersembunyi atuk dan neneknya.
“Oooo, nenda cakap nak hadiahkan
kita ibu baru. Siapa yea?” Umar cuba
memancing Umairah untuk terus bercerita.
“Entah!” Umairah jungkit bahu sambil
baring. “Nenda cakap sepupu arwah ibu baru balik dari belajar dekat luar
negara.” Umairah menambah lagi.
“Aira dah pernah jumpa ke ibu baru
yang nenda cakap tu?” Umar masih ingin tahu. Patutlah kebelakangan ini Umairah
lebih kerap berbicara tentang ibu baru. Rupa-rupanya kedua ibu bapa mertuanya
sedang merancang sesuatu diluar pengetahuannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
leave your comment here!