Assalamualaikum..
Kadang-kadang mesti korang tercari-cari resepi yang simple untuk sarapan pagi atau minum petang kan? Nah! Hari ni aku nak kongsi resepi Crab Cheese Roll yang sangat simple dan yummy!
CRAB CHEESE ROLL
BAHAN-BAHAN:
~ Roti Gradenia 10 Keping
~ Cheese Cheddar 10 Keping
~ Crab Sticks 10 Keping (Direbus)
~ 2 Biji Telur
~ Garam Secukup Rasa
~ Perasa Secukup Rasa
~ Serbuk Lada Sulah Secukup Rasa
~ 1 Sudu Minyak Masak
CARA-CARA MEMBUATNYA:
1) Ambil satu keping roti gardenia. Gelek dengan menggunakan penggelek sehingga nipis
2) Setelah roti nipis, letakkan 1 keping keju cheddar
3) Letakkan crab stick di atas cheddar
4) Gulung roti, cheddar dan crab stick
5) Celupkan roti yang telah digulung di dalam bancuhan telur, garam, perasa dan serbuk lada sulah
6) Goreng didalam minyak yang sedikit
7) Tadaaa... Cheese Crab Roll siap untuk dihidangkan. Boleh dipotong kecil-kecil dan dihidangkan atau dimakan begitu sahaja. Sesuai untuk sarapan dan minum petang.
~ SELAMAT MENCUBA ~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
leave your comment here!