Advertlets Ads

14 Feb 2014

Cinta Nurain (Part 10)

Part 10:

“Apa?!!!?!” Sherry betul-betul terkejut mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Amna. Sepantas kilat Sherry terbangun dari duduknya di kerusi di hadapan Amna dan terus berjalan mundar-mandir dihadapan Amna. Amna yang sedang duduk di kerusi hanya mengangguk lemah mendengar pertanyaan Sherry itu sebagai tanda mengiyakan.
            “Aku nak mintak izin kau sikit ni Amna!” Sherry secara tiba-tiba datang berdiri disebelah Amna yang sedang duduk di meja makan di ruang tamu apartment mereka.
            “Apa dia Sherry?” Amna bertanya bodoh. Dia terasa aneh dengan bentuk pertanyaan Sherry itu.
            “Izinkan aku terajang mamat tu sampai mampossss boleh tak?” Terasa ada getaran amarah yang amat dahsyat dalam nada suara Sherry.
            “Eh, takkan sampai camtu sekali kot.” Amna mengangkat kepala mendongak memandang Sherry yang tak habis-habis mundar-mandir dihadapannya.
            “Laaa, kau sayang dia lagi ke?” Sherry terhenti dan terus memandang tepat ke wajah Amna yang sedang kusut itu.
            “Aaaa…Aku…Aku…” Amna tergagap-gagap.
            “Aku dah agak dah!” Sherry mengetuk meja makan dengan tangan kanannya. Terkejut Amna melihat tindakan drastik Sherry itu. Diusap-usap perlahan dadanya yang masih terasa terkejut.
            “Kau sayang lagi ke kat si Hakim sengal tu Amna? Macam-macam dah dia buat kat kau tapi kau still jugak sayang kat dia.” Sherry menjegilkan biji matanya ke arah Amna. Kecut perut Amna melihat jegilan mata Sherry seolah-olah besedia untuk menelannya pada bila-bila masa sahaja.
            “Aku sebenarnya…Aku…” Amna tergagap-gagap.
            “Aku apa lagi Amna? Ini bukan perkara kecil lagi tau! Kalau dah sampai tahap kena tangkap dengan pak guard tengah-tengah malam buta, apa kes? Lagi kau nak sokong dan maafkan mamat tak kenang budi tu?” Sherry merenung Amna tajam. Sungguh dia tidak faham dengan sikap Amna, sahabatnya yang satu ni. Acapkali dia dikecewakan Hakim, acapkali itu dengan mudah dia memaaf dan melupakan setiap kesalahan yang dilakukan oleh Hakim.
            “Sherry… Aku belum jumpa Hakim lagi. Aku pun belum dengar apa-apa dari mulut dia lagi. Lagipun aku cuma dengar cerita tu tadi dari Hanna. Itu pun Andrew yang bagi tahu dia. Entah-entah Andrew salah orang, tak pun dia silap dengar.” Amna cuba untuk menenangkan Sherry yang sedang mendidih itu. Walaupun di fakulti tadi, Amna telah jenuh menangis dan meraung selepas mendengar berita itu, namun tetap terselit harapan di hati Amna bahawa berita itu hanyalah fitnah dan khabar angin semata-mata.
            “Kau masih berharap dengan orang yang macam Hakim tu Amna? Aku tak terkejutlah kalau berita ni berita yang sahih!” Sherry menjawab sinis kata-kata Amna itu.
            “Tapi Hakim dah janji takkan lukakan hati aku lagi…” Amna mengeluh perlahan.
            Sherry yang dapat mendengar keluhan perlahan Amna dengan segera menyampuk.
“Bukan sekali, bukan dua kali, bukan tiga kali, bukan empat kali, bukan lima kali tapi lebih dari tiga puluh kali dia lukakan kau Amna. Lepas seronok dia kecewakan kau, lukakan kau dengan melayan perempuan-perempuan lain, dia datang buat muka satu sen depan kau mintak maaf! Yang kau dengan rasa tak sampai hati, maafkan dia. Kau memang jenis yang tak pernah serik yea, Amna?” Sherry mengingatkan Amna. Amna diam terkedu mendengar kata-kata Sherry itu. Makan dalam, berdesup terus ke hati!
“Tapi sekurang-kurangnya aku kena dengar dari mulut dia sendiri.” Amna masih ingin membela Hakim. Dia cuba untuk terus kekal positif walaupun hatinya telah runtuh musnah tatkala mendengar berita ini tadi.
What ever la Amna! Aku cakap apa sekali pun, kau tetap nak back up kekasih poyo kau tu. So, terus-terusanlah back up dia! Aku dah bosan dengar cerita dia.” Sherry bangun dari duduknya. Bersedia meninggalkan Amna yang begitu tulus dengan cinta monyetnya dari zaman sekolah itu.
“Sherry…Kau marah aku?” Amna mengangkat muka memandang Sherry yang bersedia untuk berlalu pergi.
“Tak! Aku tak marah kau! Aku marah kat Hakim sengal yang bermuka biawak tu, sebab dia langsung takde rasa malu terhadap kau dan jujur menyayangi kau! Kalau aku jadi kau, lelaki macam tu dah lama aku tendang dalam sungai Rajang buat santapan bujang senang!” Tegas bunyi kata-kata Sherry.
“Errrr…Sampai macam tu sekali ke?” Sempat lagi Amna bertanya.
Of course lah! Simpan lelaki berhidung belang macam tu lama-lama buat apa! Langsung tak berguna!” Selamba Sherry memaki Hakim didepan Amna. Amarahnya seperti tidak dapat ditahan-tahan lagi.
“Sherry…” Amna memanggil lagi tatkala Sherry sudah melangkas setapak meninggalkannya.

“Aku tau. Kalau aku jumpa Hakim buah hati kesayangan kau tu, aku takkan maki dan tendang dia ke dalam tasik.” Sherry seolah-olah mengerti permintaan Amna. Sherry sedar, Amna benar-benar menyayangi Hakim tapi sayangnya rasa sayang Amna itu telah diletakkan pada orang yang salah. Usai berka-kata, Sherry berlalu pergi meninggalkan Amna yang masih termangu di ruang tamu apartment mereka. Namun, sempat lagi Sherry menghempas kuat pintu apartment mereka sebagai tanda protes.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

leave your comment here!