“What?” Hampir tersembur keluar air kopi di
dalam mulut Johan tatkala mendengar kata-kata Umar sebentar tadi. Usai mengelap
mulutnya yang terpercik sisa-sisa kopi, Johan ketawa berdekah-dekah sehingga
merah padam mukanya.
“This
is not funny at all okay!” Serius nada suara Umar. Dia menarik muka masam.
Bengang melihat feedback yang
ditunjukkan oleh rakan baiknya, Johan terhadap kata-katanya sebentar tadi.
“This
is soooo funny, Umar!” Ketawa Johan masih bersisa.
“Dude…
Enough…” Perlahan Umar berkata. Terasa geram melihat tawa Johan masih
bersisa.
“Okay.. Okay.. But seriously, this is so funny dude! I have no idea how your mother in
law asked Aira about you!” Johan tersenyum simpul. Dia cuba untuk menyembunyikan rasa
ingin ketawanya. Dia bimbang perbuatannya itu akan membuatkan Umar terasa hati
dengannya. Sudah banyak dia mentertawakan Umar sejak Umar menceritakan
kepadanya tentang perancangan ibu mertuanya.
“Aku sendiri pun tak sangka, dari
mana datangnya idea bonda nak jodohkan aku dengan sepupu si Anis tu.” Umar tersenyum
kelat melihat Johan yang tersenyum simpul. Johan masih belum puas
mentertawakannya.
Johan terdiam mendengar kata-kata
Umar itu. Umar kelihatan seperti ingin menyembunyikan kegusaran dihatinya.
Terpalit sedikit rasa simpati di hati Johan. Dia tidak tahu apa yang harus
dikatakan kepada Umar bagi melegakan kegusaran dihatinya. Johan kenal sifat
Umar yang tidak pandai untuk menolak setiap permintaan insan-insan yang rapat
dengannya.
Keadaan
di sekitar Restoran di Kelab Golf Seri Selangor pada pagi itu kelihatan agak
lengang. Tidak ramai yang berada di situ membuatkan Umar terasa selesa untuk menceritakan
kepada Johan tentang perancangan ibu mertuanya untuk menjodohkannya. Johan
mengenali Umar and arwah Anis sejak di zaman sekolah lagi. Johan merupakan
rakan sekelas Umar dan juga senior kepada
Annisa Nurain.
“Fuhhh…” Umar menghela nafas secara
tiba-tiba. Memecah kesepian di antara mereka berdua secara tiba-tiba.
“Chill
lah bro!” Johan tersenyum.
“Setiap masalah ada penyelesaiannya.” Dia cuba untuk mengurangkan rasa gundah
di hati Umar.
“Macam mana nak chill. Bonda aku memandai-mandai nak jodohkan aku dengan anak
saudara dia. Yang si Aira pulak, pantang Nampak batang hidung aku, mesti nak
tanya tentang ibu baru.” Luah Umar seraya tidak berpuas hati.
“Cantik tak cousin Anis tu?” Johan bertanya secara tiba-tiba. Keningnya
nakalnya diangkat kedua-dua belah.
“Kau takde soalan lain ke nak
tanya?” Umar memandang Johan dengan perasaan yang geram. Dia tahu Johan sengaja
ingin mengusiknya.
“Aku tanya je. Takkan kau tak pernah
jumpa dia kot!” Johantersengih-sengih. Sengaja dia ingin mengusik Umar.
“Entah! Pernah kot!” Umar menjawab
acuh tak acuh.
“Cantik tak?” Johan seolah-olah
teruja.
“Eh! Yang kau ni beria-ria sangat
nak tahu dia cantik ke tak apsal hah?” Umar curiga melihat aksi Johan itu.
“Errrr.. Eh, aku saja je tanya.
Kot-kot kalau kau tak berminat, aku berminat.” Johan tersengih-sengih.
“Amboi! Tahu dek bini kau, mahu kena
rebus kau dengan dia nanti. Gatal!” Umar menggeleng kepala melihat telingkah
Johan yang tidak habis-habis berperangai kasanova sejak dari zaman bangku sekolah.
“Alaaa, aku gurau je! Yang dekat
rumah tu the one and only!” Johan
ketawa kecil.
”Tahu pun! Kau ingat senang ke nak
cari pengganti. Bagi aku Anis the one and
only! Takkan ada pengganti Anis dalam hidup aku.” Tutur Umar perlahan.
“Kau tak boleh cakap macam tu Mar.
Aku faham, kau sayangkan Anis tapi Aira perlukan seorang ibu.” Johan cuba berdiplomasi.
“Entahlah Han. Aku belum sedia ke
arah tu. Lagi pun aku boleh jaga Aira seorang diri.” Umar menjawab perlahan. Di
buang pandangannya jauh ke tengah-tengah padang
golf dimana kelihatan ramai ahli-ahli Kelab Golf Seri Selangor sedang bermain
golf di tengah padang.
“Eh, cantik tak cousin Anis tu?” Johan mengubah haluan perbualan mereka. Dia tidak
mahu Umar terus bersedih mengingati Anis. Berbicara mengenai Anis akan membuatkan
Umar kelihatan sangat tertekan.
“Kau ni.. Tak habis-habislah!” Umar
tersengih mendengar pertanyaan Johan itu sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.
Ternyata Johan adalah seorang sahabat baik yang benar-benar memahaminya perasaannya.
“Alaa, aku nak tau je. Cantik ke
tidak cousin si Anis tu. Itu pun
kedekut ke nak bagi tau aku.” Johan memperlahankan suaranya pura-pura berkecil
hati.
“Entahlah
Han! Aku jumpa dia masa hari perkahwinan aku dengan Anis enam tahun dulu kot.
Masa tu dia sekolah menengah lagi.” Umar bercerita perlahan. Terasa perit
apabila teringatkan hari bahagianya bersama insan yang bernama Annisa Nurain.
“Owh, muda lagilah budaknya.” Johan
menyampuk.
“Hmmm, budak lagi. Lepas habis SPM
mak ayah dia hantar dia ke New
Zealand. Belajar perubatan katanya.
Allahualam. Aku pun tak tahu sangat.” Umar bercerita acuh tak acuh seperti
langsung tidak berminat.
“Kiranya kau dapat pucuk muda lah
nanti!” Johan tersenyum penuh makna.
Sepantas kilat Umar memandang tepat
ke wajah Johan. “Kau jangan nak mengarutlah! Dah! Jom balik! Aku nak masuk
pejabat pulak ni.” Umar bingkas bangun. Malas dia hendak melayan perangai
mengarut Johan itu.
“Weii Mar! Tunggulah kejap!” Johan
memanggil Umar. Dia bingkas bangun dan mengejar Umar dari belakang cuba
bersaing untuk berjalan seiring dengan Umar menuju ke arah lobi Kelab Golf Seri
Selangor itu.
“Cepat-cepat! Kalau lambat aku
tinggal!” Umar menjawab sambil ketawa melihat Johan yang berlari-lari anak
menuju ke arahnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
leave your comment here!