Advertlets Ads

16 Mei 2018

Nasi Ayam Bakar


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُهُ


Hari tu ramai tanya resepi. Nah resepi NASI AYAM BAKAR hakak bawang. Hakak bawang baru sempat nak taip panjang-panjang kat sini. Al-maklumlah hakak bawang busy mengalahkan YB.




Bahan-bahan & Cara memasaknya:

(Ayam Bakar)
1 ekor ayam (potong 4)
1 sudu serbuk kunyit
black pepper coarse secukup rasa
garam secukup rasa 
1 sudu minyak masak

Cara memasak:

Lumurkan garam, serbuk kunyit, black pepper dan minyak masak ke seluruh bahagian ayam yang telah dipotong.
Bakar samada di dalam oven atau menggunakan kuali pemanggang. 
Bakar selama 15 - 20 minit.


 (Sos Ayam Bakar) 
3 ulas bawang putih
4 sudu kicap manis kipas udang
4 sudu seafood sos adabi
3 sudu bijan
4 sudu minyak masak
gula secukup rasa
garam secukup rasa
black pepper coarse secukup rasa
knorr pasti sedap secukup rasa
4 sudu air rebusan tulang ayam

Cara memasak:

Campurkan semua bahan ke dalam pengisar dan kisar sampai hancur.
Didihkan semua bahan
Sapu sos ke atas dan sekeliling ayam setelah ayam masak.
Taburkan sedikit bijan di atas ayam

(Nasi Ayam)
 5 cawan beras
5 cawan air rebusan tulang ayam
1/2 inci halia (mayang halus)
1 biji bawang besar holland (mayang halus)
3 ulas bawang putih (mayang halus)
garam secukup rasa
serbuk kunyit secukup rasa
perasa 
minyak masak 3 sudu untuk menumis

Cara memasak: 
Tumis bawang besar, bawang putih dan halia. 
Masukkan garam, serbuk kunyit dan perasa.
Gaul beras di dalam bahan penumis.
Masukkan beras yang telah digaul ke dalam rice cooker.
Tuang air rebusan tulang ayam dan tekan COOK.

(Sambal Tomato)
10 biji tomato ceri (tomato biasa pun boleh)
3 biji lada besar merah
5 biji cili api merah
3 ulas bawang putih
2 sudu gula
2 sudu cuka makan
2 sudu air rebusan tulang ayam
garam secukup rasa

Cara memasak:
Kisar semua bahan dan sedia dihidangkan.



SELAMAT MENCUBA

 
 مَرْحَبًا يَا رَمَضَانُ

19 Mac 2018

Imtiaz Homestay Ipoh Perak

 

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ 

Lama sangat dah rasanya tak bersiaran kat sini dek kerana kekangan masa (kononnya). Sebenarnya entri ni ditulis adalah demi melunaskan JANJI yang belum tertunai kepada owner IMTIAZ HOMESTAY. Janji dan dibuat pada 12.12.2017 semasa check out dari homestay ni tapi dek kerana kekangan masa dan macam-macam perkara terjadi mebuatkan janji ini masih tergantung.

 Entri ini ditulis sebagai REVIEW kepada HOMESTAY IMTIAZ ni. 

So, kepada mana-mana yang sedang mencari homestay untuk ke Movies Animation Studios, Ipoh, Perak atau ada majlis kahwin di Ipoh, Perak dan mencari tempat penginapan yang bersesuaian dengan keluarga besar (jumlah yang ramai) bolehlah survey IMTIAZ HOMESTAY sebab rumah dia sangat selesa, BERSIH DAN KEMAS (sebab hakak sangat cerewet tau pilih homestay).

Homestay ni 2 tingkat dengan 4 bilik tidur yang dilengkapi dengan aircond dan 2 ruang tamu yang mana kedua2 ruang tamu ada disediakan tv. So, tak berebutlah nak tengok TV. 

Rumah memang sangat bersih dan kemas.

Sekiranya berminat boleh hubungi Puan Imtiaz di talian 013-3333095

 

P/S: tu keadaan homestay tersebut. sori lah hakak tak pro ambil gambar.

 









 

 

28 Sep 2017

Tuhan

Tuhan,
Andai aku diberi kesempatan,
Untuk merasai nikmat yang Engkau berikan,
Jangan palingkan hatiku dariMu Ya Tuhan.

Tuhan,
Aku tahu duniaMu ini sekadar pinjaman,
Jangan aku terlalu merasai keduniaan,
Tetapkan hatiku padaMu Ya Tuhan.

Tuhan,
Andai cintaku sesama manusia mendahuluiMu Tuhan,
Ingatkan aku peritnya sebuah kelukaan,
Agar aku lebih mencintaiMu Ya Tuhan.

Tuhan,
Sering aku terpalit kenodaan,
Dosa-dosaku semakin merimbunan,
Ajarkan aku rasa takut pada hari pengakhiran.


- Joy Joyah Johansen

Hati Cinta Kecewa Aku Engkau Dia Tangis Pilihan

Hati
Hati bisa menipu
Tentang apa rasanya hati
Tentang kecewanya hati

Cinta
Datangnya tak diduga
Perginya tanpa terduga
Siapa pun bisa terluka

Kecewa
Biasanya melibatkan hati dan cinta
Rasanya seperti celaka
Membuatkan kita lemah tak bermata

Aku
Akulah perempuan itu
Yang selalu mengejar bayangmu
Tetap setia menantimu

Engkau
Engkau jejaka itu
Selalu ku titip dalam doa-doaku
Tapi aku tak pernah dipandangmu

Dia
Perempuan itu kunamakan dia
Dia yang kau tunggu dengan setia
Aku kau lupa kerana dia

Tangis
Seringkali kita menangis
Bila hati kita terguris
Rasa pedih seolah hati dihiris

Pilihan
Kau kecewa saat tak punya pilihan
Sedangkan pilihan kau tak hiraukan
Maka laju kau salahkan Tuhan


- Joy Joyah Johansen
- Khamis, 28 September 2017, 8.21 p.m.


15 Dis 2016

PEREMPUAN


PEREMPUAN.

Dia menangis. Dia ketawa. Dia merungut. Dia membebel. Dia berduka. Dia sayang. Dia cinta. Emosi dan perempuan sahabat yang sangat karib. Susah hendak dipisahkan. Perempuan itu fragile. Memang ada perempuan nampak gagah luaran tapi dia tetap perempuan. Hatinya masih lembut. Hatinya masih sensitif.

PEREMPUAN.

Mudah suka. Mudah jatuh cinta. Sering sahaja dia tersilap percaturan hati. Fikirnya lelaki itu cinta, dia tunggu untuk sekian lama namun hanya hampa. Lelaki bagi mereka biasa tapi bagi perempuan setiap kata-kata manis, perbuatan baik, perhatian dan pujian itu tanda kau suka atau mungkin buat dia jatuh cinta.
PEREMPUAN.

Dia berlagak kuat di hadapan semua padahal hatinya sudah hancur luluh merana. Namun dia tahu dia tak boleh tunjuk lemah selamanya. Dia harus kuat hadapi dunia. Pura-pura kebal dengan segala. Hadap semua dengan senyuman palsu semata. Berjalan megah untuk melindungi diri yang jatuh tertiarap dihujung sana.