Part 17
Amna dapat
merasakan ada sekujur tubuh sedang berdiri dibelakangnya. Dengan segera di
memalingkan wajahnya ke belakang dengan senyuman yang manis. Dia teramat pasti
bahawa pemilik tubuh yang sedang berdiri dibelakangnya adalah Andrew kerana dia
telah berjanji untuk bertemu dengan pemuda itu di perpustakaan bagi membolehkan
mereka mengulangkaji pelajaran bersama-sama. Namun senyuman Amna mati di situ.
Sekujur tubuh yang berdiri dibelakangnya bukanlah Andrew. Amna cepat-cepat
memalingkan wajahnya ke arah buku di tangannya. Dengan cepat Amna mengemaskan
buku-buku teks yang bertaburan di meja. Telinga Amna sempat menangkap kerusi
disebelahnya ditarik perlahan.
Usai mengemas buku-buku yang
bertaburan di meja, Amna segera bangun. Namun pergerakkannya terhenti tatkala
suara di kerusi sebelah menyapanya.
“Amna! Nanti dulu…” Perlahan tetapi
masih mampu didengari Amna.
Amna berpaling ke arah suara
tersebut. “Kau kenal aku lagi?” Bergetar suara Amna, namun dia cuba
menguatkan semangatnya. Dia tidak mahu kelihatan lemah lagi.
“Amna…..” Suara Hakim mati di situ. Dia
cuba
mencari kata yang sesuai untuk dituturkan Amna. Amarah Amna perlu diredakan
segera.
“It’s
almost three weeks Hakim! Leaving me without any explanation!” Bentak Amna
geram.
“Amna… Aku…” Hakim menggaru
kepalanya yang tak gatal.
“Nampaknya perkara tu benarlah!
Bukannya khabar angin seperti yang aku fikirkan.” Amna mula lemah. Suaranya
seakan-akan mahu menangis. Kebisuan Hakim membuatkan hatinya pilu.
“Aku dianiaya Amna.” Suara Hakim
lemah.
“So,
memang betullah kau kena tangkap khalwat?” Bebola mata Amna mencerlang.
Seboleh-bolehnya Amna cuba
menahan manik-manik air mata jatuh berguguran. Hatinya umpama kaca yang jatuh
berderai tatkala mendengar kata-kata Hakim itu.
“Aku kena khianat Amna! Budak
perempuan tu perangkap aku…” Hakim cuba untuk mempertahankan dirinya.
Air mata Amna gugur akhirnya. Sekuat
mana dia cuba
menyekat air matanya dari jatuh menitis, namun akhirnya dia tewas. Tingkah laku
Amna dan Hakim mengundang banyak mata-mata memandang ke arah mereka berdua.
“Lepaskan aku Hakim…” Sukar buat
Amna untuk menuturkan kata-kata tersebut.
Hakim terpana. “Kau dah tak sayangkan
aku ke Amna?” Lemah suara Hakim. Tanpa dia sangka, akhirnya Amna menuturkan
kata-kata tersebut.
“I
never stopped liking you Hakim. I just stopped trying so hard because I clearly wasn’t getting anywhwere.” Lemah
namun penuh bermakna kata-kata Amna. Hatinya benar-benar hancur berderai dan
tak mampu untuk disambung lagi.
“Amna… Bagi aku peluang… Everybody deserves a second chance in this
world. That’s basically I ask. ” Hakim merayu.
Amna tertawa sinis. “Sherry was right. There are no second chances
in life.”
“Amna… “ Hakim terkejut mendengar
kata-kata Amna.
“A
lifetime isn’t forever, so take the first chance. Don’t wait for the second
one! Because sometimes, there aren’t second chances! And, if it turns out to be
a mistake, so what? This is life! A whole bunch of mistakes! But if you never
get a second chance at something you didn’t take a first chance at, that’s true
failure.” Amna meluahkan perasaannya yang terbuku sebelum melangkah pergi.
Hakim tergumam. Hati Amna benar-benar terluka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
leave your comment here!