Advertlets Ads

1 Feb 2014

Cinta Nurain (Part 04)

Part 04:

Fakulti Ekonomi dan Perniagaan, UNIMAS.

            “Amna!’ panggil Shafiqah dari lobi Fakulti Ekonomi dan Perniagaan, Universiti Malaysia Sarawak tatkala melihat rakan sekelasnya, Nurain Amna yang berjalan laju melewatinya tanpa menyedari kehadirannya di situ yang sedang berdiri di tepi papan kenyataan di lobi menuju ke pejabat urusan fakulti.
            “Nurain Amna binti Nas Amran!” Kali ini agak kuat Shafiqah memanggil rakan sekelasnya itu yang sudah beberapa tapak ke hadapan.
            Merasakan nama penuhnya dipanggil dengan agak kuat, segera pemilik nama itu berpusing sambil mengomel sendirian. “Siapalah yang biadap sangat panggil nama penuh aku ni.”
            “Woi! Kau jalan laju-laju ni nak pergi mana?” Tanpa menunggu sepatah kata keluar dari mulut Nurain Amna yang baru berpaling ke arahnya, laju Shafiqah bertanyakan soalan kepadanya.
            “Kau rupanya Fiqah! Aku ingat siapa tadi yang biadap sangat panggil nama penuh aku.” Nurain Amna nampaknya masih tidak berpuas hati. Soalan Shafiqah itu dibiarkan tidak berjawab.
“Lah kau ni. Panggil nama penuh pun kira biadap ke?” Hairan Shafiqah melihat rakan sekelasnya itu kelihatan marah ketika dipanggil nama penuhnya.
“Mana aku tahu yang panggil nama aku tu kau.” Nurain Amna tersengih sambil membetulkan susunan buku-buku di tangannya.
“Yang kau jalan laju-laju ni nak pergi mana?” Shafiqah kembali kepada soalan asalnya kepada Amna.
“Aku nak hantar borang ni haa…” Nurain Amna menunjukkan borang tamat pengajian di tangannya kepada Shafiqah.
“Awalnya kau nak hantar? Minggu depan kan due date nak hantar borang ni.’ Shafiqah terkejut melihat Amna sudah siap melengkapkan borang tamat pengajiannya. Borang tamat pengajian perlu diisi bagi pelajar-pelajar semester akhir di tahun terakhir perkuliahan bagi memudahkan urusan konvokesyen pelajar-pelajar kelak.
            “Aku dah siap isi awal, jadi hantar awal jelah. Lagi pun banyak kerja lain aku nak uruskan. Maklumlah, tahun akhir memang sibuk dengan Final Year Project kan.” Amna tersenyum memberikan jawapan.
            “Final Year Project punya progress macam mana?” Shafiqah tersenyum melihat Amna yang membelek-belek borang tamat pengajian di tangannya. Dia tahu, Amna seorang pelajar yang pintar dan berdisplin. Amna akan menyiapkan segala assignment dan kerja yang diberikan seawal mungkin supaya dia tidak terkejar-kejar untuk menyiapkan kerja apabila sudah tiba waktu untuk menghantarnya. Oleh kerana sikapnya itu, Amna sentiasa mendapat gred yang cemerlang pada setiap semester.
            “Alhamdulillah, lapan puluh peratus dah siap. Aku cuma nak review balik result dari test yang aku dah run dan interprets tu, lepas tu aku dah boleh buat chapter terakhirlah untuk recommendation and conclusion.” Amna menjawab sambil tersenyum tanda kepuasan apabila Final Year Project dia sudah berada di tahap terakhir.
            “Wow! Kau dah nak masuk chapter akhir dah? Biar betul?” Shafiqah memandang Amna seakan tidak percaya dengan kepantasan Nurain Amna menyiapkan Final Year Project mereka.
            “Aku siapkan awal-awal bukannya apa. Nanti kalau ada silap ke, apa ke, senang aku nak double check dengan supervisor aku. Nanti sempatlah aku nak buat pembetulan kalau ada salah. Lagipun, kau bukannya tak kenal aku. Aku bukan suka buat kerja last minute. Nanti semua benda jadi kelam kabut. Aku tak naklah macam tu.” Kata Amna sambil bersandar di dinding lobi fakulti.
            “Kau perli aku erk Amna? Tahulah aku ni suka buat kerja last minute.”  Shafiqah berkata perlahan sambil menundukkan wajahnya.
            “Wei, chilllah! Aku bukannya maksudkan siapa-siapa pun. Aku cuma bagitahu yang aku tak suka buat kerja last minute ni. Itu je. Takkan kau ingat aku perli kau kot.” Amna menerangkan maksud bicaranya sebentar tadi kerana bimbang kata-katanya mengguris perasaan teman sekuliahnya itu.
            “Ish, aku tak terasalah! Saje je aku nak test kau mudah gabra ke tak.” Shafiqah tersenyum setelah melihat Amna begitu gelabah membetulkan kata-katanya sebentar tadi.
            “Ceh, sengaja kau ek!” Amna geram sambil mencubit perlahan lengan Shafiqah yang berdiri disebelahnya itu.
            “Eeee, sabar jelah dengan kau ni Amna! Kuat betul mencubit, dah mengalahkan mak ketam lagi.” Kata Shafiqah sambil tersengih dan menggosok-gosok lengannya yang kepedihan dek kerana dicubit Nurain Amna. Amna hanya tersengih mendengar kata-kata Shafiqah itu.
            “Eh, aku blah dululah. Dah lambat nak pergi ofis fakulti ni. Kalau lambat karang, mulalah tutup kaunter tu. Kau bukan tak kenal kak Sumey tu, cepat je dia nak tutup kaunter pertanyaan tu. Geram pulak aku, asyik tutup je kaunter tu.” Ngomel Amna sambil menukarkan buku-bukunya ke tangan kiri pula dek kerana kelenguhan.
            “Kak Sumey? Sape tu wey? Tak kenal pun! Staff yang mana satu eh?”  Shafiqah tergaru kepala mendengar nama yang baru disebut oleh Amna yang agak janggal didengar di telinganya.
            “Alah, akak Sumayyah! Yang pakai spec mata tu. Aku panggil dia kak Sumey sebab banyak sangat songehnya.” Amna menjawab bersahaja sambil tersengih.
            “Ek eleh! Sesuka hati je kau pergi letak nama orang ek?” Shafiqah terkejut mendengar penjelasan Amna itu.

            “Hahahaha, mulut aku! Aku punya sukalah nak sebut apa kan. Eh, dah lah! Aku gerak dulu. Melayan kau ni, sampai tahun depan pun tak habis. Kejap lagi kalau kak Sumey dah tutup kaunter, mana aku nak letak borang aku ni.” Amna berkata sebelum melangkah pergi. Shafiqah yang masih berdiri di situ menghantar pemergian Amna dengan matanya sambil tersengih. Begitu hairan Shafiqah melihat Amna. Amna seorang pelajar yang pintar namun perangainya yang terlalu sempoi kadangkala menyebabkan ramai yang tertipu dengan perwatakannya itu.   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

leave your comment here!