Advertlets Ads

28 Ogo 2010

mencari lailatul qadar

MALAM LAILATUL-QADAR





Malam Lailatul-Qadar sunat dicari, kerana malam ini 
merupakan suatu malam yang diberkati serta 
mempunyai kelebihan dan diperkenankan doa oleh Allah S.W.T. 
Malam Lailatul-Qadar adalah sebaik-baik malam mengatasi 
semua malam termasuk malam Jumaat. 
Allah S.W.T. berfirman dalam Surah Al-Qadr 97: Ayat 3. 
Maksudnya:
" Malam Lailatul - Qadar lebih baik daripada 
seribu malam "

Ertinya menghidupkan malam Lailatul-Qadardengan mengerjakan
 ibadah adalah lebih baik daripada beribadah pada seribu bulan yang 
tidak ada Lailatul-Qadar seperti sabda Nabi s.a.w.:
Maksudnya:
" Sesiapa menghidupkan malam Lailatul-Qadar kerana
 beriman serta
mencari pahala yang dijanjikan akan mendapat 
pengampunan daripada
dosa-dosa yang telah lalu "
Diriwayatkan daripada Saiyidatina Aisyah r.a bahawa Rasulullah s.a.w. 
apabila tiba 10 hari terakhir bulan ramadhan, Baginda menghidupkan
 malam-malamnya dengan membangunkan isi rumah dan menjauhi
 daripada isteri-isterinya. Imam Ahmad dan Muslim meriwayatkan:
Maksudnya:
" Rasulullah s.a.w. berusaha sedaya upaya dalam 
malam-malam sepuluh
akhir Ramadhan melebihi usahanya daripada 
malam-malam lain. "
Malam Lailatul-Qadar berlaku pada 10 akhir daripada malam
 ganjil bulan Ramadhan. Rasulullah s.a.w. bersabda:
Maksudnya:
" Carilah malam Lailatul-Qadar pada sepuluh akhir 
bulan Ramadhan
dalam malam ganjil. "
Pendapat yang terkuat mengikut para ulama' bahawa malam
 Lailatul Qadar terkena pada malam 27 Ramadhan. Menurut Abu Ka'ab 
katanya, "Demi Allah sesungguhnya ibn Mas'ud telah meyakinkan 
bahawa malam Lailatul-Qadar jatuh dalam bulan Ramadhan manakala
 Lailatul-Qadar pula terjatuh pada malam 27, akan tetapi dia enggan 
memberitahu kepada kami (malam yang tepat) kerana bimbangkan 
kamu tidak lagi berusaha mencarinya.Daripada Riwayat Mu'awiyah:
Maksudnya:
" Bahawa Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda dalam
 malam lailatul-qadar
iaitu malam ke-27. "

Riwayat ini disokong oleh pendapat Ibn Abbas yang mengatakan bahawa 
surah Al-Qadr mempunyai 30 perkataan. Perkataan yang ke-27 bagi
 surah itu terjatuh kepada dhamir(hia) yang kembalinya kepada 
Lailatul-Qadar.
Imam Ahmad telah meriwayatkan sebuah Hadith daripada Ibn 
Umar r.a yang berbunyi:
Maksudnya:
" Sesiapa yang mencari Lailatul-Qadar , dia hendaklah 
mencarinya pada malam
yang ke-27, carilah kamu malam Lailatul-Qadar pada 
malam yang ke-27. "
Aisyah r.a. bertanya kepada Rasulullah, katanya, "Ya Rasulullah s.a.w. 
andainya aku mendapati
malam Lailatul-Qadar, apakah doa yang patut aku bacakan? 
Rasulullah s.a.w. berdoa dengan doa:
Maksudnya:
" Ya Allah! Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun,
 oleh itu berilah
keampunan-Mu untukku. "



petikan daripada:

1) FIQH dan Perundangan Islam Jilid II, Wahbah al-Zuhaili, 
Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

leave your comment here!