Advertlets Ads

7 Feb 2014

Cinta Nurain (Part 06)

Part 06:



“Babah! Hari tu babah dah janji dengan Aira nak bagi Aira ibu kan?” Laju si comel Umairah bertanyakan babahnya yang duduk di tempat pemandu sebelahnya selepas dia masuk kedalam perut kereta babahnya.
            “Ish Aira ni. Masuk-masuk kereta je, terus tanya tentang ibu baru. At least bagilah salam dulu dekat babah ni. Lepas tu cium tangan babah ke, kiss babah ke.” Umar tersenyum melihat keletah anaknya sambil cuba melencongkan soalan Umairah itu agar tidak perlu dijawabnya.
            “Alamak! Terlupalah babah! Assalamualaikum babah.” Umairah tersenyum sambil menyalami tangan Umar dan mencium pipi Umar.
            “Waalaikummussalam. Ermm, macam ni lah anak babah.” Umar turut sama tersenyum sambil membalas ciuman di pipi Umairah pula.
            “Babah.. Jadi ke babah nak bagi Aira ibu baru ni?” Aira masih bertanyakan soalan yang sama. Terkesima sebentar Umar. Sangkanya dengan mudah dia dapat melencongkan pertanyaan anak gadis comelnya itu, namun sangkaannya silap belaka.
            “Ermmm…Errrr….Hmmmm…Babah…Babah….” Umar tergagap-gagap.
            “Alaaa babah ni… Selalu je mungkir janji.” Umairah menarik muka masam. Dia terus berpaling dari memandang babahnya. Dipandang kosong pemandangan di luar jendela BMW X6 itu.
            “Eh, sejak bila anak babah dah pandai merajuk ni?” Umar cuba bergurau dengan Umairah. Dia sedar, Umairah semakin membesar. Maka Umairah akan bertambah bijak dan semakin terbuka meluahkan perasaannya sekiranya kecewa atau pun gembira.
            Umairah hanya diam membatu. Di tenung kosong jalan raya di luar. Umar diam tidak terkata melihat Umairah yang membelakanginya.
            “Aira…. Babah bukannya tak nak……” Umar mati kata. Dia tidak tahu apa yang harus diperkatakannya. Adakah Umairah yang berumur lima tahun ini mampu memahami hatinya. Umar mengeluh perlahan. Umairah masih membuang pandangannya keluar jendela kereta Umar. Umar yang duduk di tempat pemandu langsung tidak ditolehnya.
            “Aira… Babah…” Umar masih cuba untuk memperkatakan sesuatu kepada Umairah tetapi kata-katanya akan mati ditengah jalan apabila teringatkan Umairah yang masih kecil itu tidak akan mampu memahami hatinya.
            “Apa kata kita pergi shopping nak Aira? Aira pun dah lama tak beli baju dan mainan baru kan?” Namun kata-kata Umar itu dijawab dengan gelengan laju dari Umairah yang membelakangi Umar di kerusi pemandu.
            “Kalau Aira tak nak pergi shopping, apa kata kita pergi tengok wayang nak tak? Aira kan suka tengok wayang.” Umar masih cuba memancing minat Umairah. Namun Umar kecewa lagi apabila Umairah tetap menggelengkan kepalanya.
            “Ermm, Aira nak makan McDonald tak? Aira kan suka makan aiskrim dekat McDonald tu. Jom babah belanja Aira makan aiskrim nak?” Umar cuba memujuk Umairah yang seakan merajuk itu.
            Mendengar kata-kata Umar itu, Umairah segera berpaling ke arah Umar yang dibelakanginya. “Nak! Nak! Dah lama babah tak belanja Aira makan Oreo McFlurry.” Umairah tersenyum gembira mendengar pelawaan babahnya.
            Umar tersenyum melihat Umairah kembali ceria. “Fuh, lega! Nasib baik boleh dipujuk dengan aiskrim.” Umar berkata perlahan sambil tersenyum melihat Umairah yang sudah mula tersenyum.
            “Kalau Aira nak makan Oreo McFlurry dengan Chocolate Sundae boleh tak babah?” Umairah bertanya penuh semangat. Di pandang tepat ke anak mata Umar penuh mengharap.
            “Untuk anak babah, apa-apa pun boleh. Tapi…dengan syarat Aira kena rajin gosok gigi tau. Kalau tak nanti, gigi Aira cepat rosak sebab makan aiskrim banyak-banyak.” Umar tersenyum sambil mencuit hidung anaknya itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

leave your comment here!