“Kau dah jumpa Hakim?”
Sherry bertanya sambil melabuhkan punggung di kerusi sebelah Amna.
Amna hanya diam sambil menggelengkan
kepala. Matanya fokus pada buku teks Entrepreneurial
Finance.
“Maknanya kau belum dapat apa-apa
penjelasan dari dia lah ni?” Sherry seolah-olah tidak berpuas hati. Terasa
tegang soalannya itu.
Amna masih lagi menggelengkan
kepalanya. Sepatah kata tidak keluar dari mulutnya.
“Habis tu kau takde call ke SMS dia ke tanya pasal hal tu?” Sherry masih tidak berpuas hati.
Amna tetap setia menggelengkan
kepalanya. Matanya masih di buku teks Entrepreneurial
Finance namun hatinya semakin gundah tatkala diasak soalan bertubi-tubi
oleh Sherry. Hatinya ingin menjerit namun akal warasnya memohon untuk bersabar
dan beristhigfar. Amarah Sherry terhadap Hakim takkan pernah habis. Amna tetap
ingin bersikap positif dengan menyatakan semua itu hanyalah fitnah untuk
meruntuhkan hubungannya dengan Hakim. Sudah seminggu berita ini tersebar, namun
Amna mahupun Hakim, dua-dua mereka hanya berdiam diri dari memperkatakan
tentang perkara ini. Bagi Amna dia percayakan Hakim walaupun hatinya kerap
dilukai oleh jejaka itu. Oleh yang demikian Amna bertindak mendiamkan diri dari
mempersoalkan Hakim mengenai perkara tersebut. Dia tidak mahu perasaannya yang
sentiasa positif terhadap Hakim berubah menjadi berita duka. Atas sebab itulah
Amna langsung tidak menghubungi Hakim. Bagi pihak Hakim pula, Amna mati akal
kenapa jejaka itu langsung tidak menghubunginya dan bertanyakan khabarnya.
Walaupun Hakim tidak menghubunginya, Amna tetap yakin dan positif bahawa Hakim
tetap setia dengannya. Amna kuatkan hati bahawa Hakim sibuk kerana mereka semua
bakal menduduki peperiksaan akhir semester tidak lama lagi.
“Amna! Aku tanya kau ni!” Amna
terkejut apabila suara kuat Sherry menerpa masuk ke corong telinganya.
“Aku dengarlah Sherry.” Amna
menjawab perlahan. Diangkat wajahnya memandang Sherry disebelahnya.
“Hakim pun takde call or SMS kau?” Sherry bertanya
musykil.
Amna menggelengkan kepalanya. Dia
kembali tunduk membaca buku teksnya. Sesekali ditandakan bukunya dengan highlighter.
“Ish,
sejak bila kau ni bisu Amna?” Sherry tidak puas hati. Kali ini dia bangun dan
duduk di kerusi yang berhadapan dengan Amna.
“Aku tak bisu, aku tak pekak Sherry.
Aku kan
tengah study ni. Kau tak study ke? Final exam kan
dah dekat.” Amna cuba
mengubah tajuk perbualan mereka.
“Errrr.. Aku… Aku…. Heyyy!! Kau
jangan nak ubah topik pulak!” Sherry tersedar Amna sengaja menukar topik
perbualan mereka.
“Mana ada aku ubah topik! Aku cuma
tanya kau dah study ke belum? Final exam kan dah dekat.” Amna cuba
berdiplomasi.
“Okay, tinggal jap bab-bab study tu sebab sekarang aku nak tanya
pasal kau dengan Hakim. Dah seminggu tau hal ni terjadi. Takkan kau takde tanya
dia apa-apa langsung.” Sherry memandang tepat ke wajah Amna membuatkan Amna
rasa serba salah.
“Kitaorang takde contact pun.” Perlahan Amna menjawab
tapi masih didengari oleh Sherry.
“What?
Korang berdua langsung tak contact
each other?” Sherry betul-betul terkejut mendengar pengakuan Amna. Amna
hanya menganggukkan kepala tanda mengiyakan.
“Amna… Kenapa kau tak face to face je dengan Hakim pasal
perkara ni?” Sherry nampaknya tidak berpuas hati dengan sikap setia tak
bertempat si Amna ni.
“Aku nak concentrate pada final exam dulu.”
Jawab Amna perlahan. Langsung tidak di angkat wajahnya memandang Sherry yang
telah berdiri bercekak pinggang di hadapannya.
“Masalahnya kau boleh ke nak concentrate pada final exam dengan masalah camni! Ini bukan kecik punya masalah tau
Amna!” Sherry cuba
menyedarkan Amna.
“In Sha Allah. Aku boleh letak
masalah ni kat tepi buat sementara waktu ni. Lagipun aku tak naklah hal-hal
camni mengganggu kosentrasi aku pada pelajaran.” Amna membela dirinya.
“Aku tak fahamlah dengan kau ni
Amna!” Bengang setiap soalannya dibuat endah tak endah oleh Amna, Sherry
berlalu meninggalkan Amna masih di situ.
Usai Sherry berlalu pergi Amna
mengangkat wajahnya. Dibuang jauh pandangannya keluar sambil mulutnya berbicara
sendirian. “Kau tak faham Sherry! Keadaan akan lebih kusut kalau aku tahu hal
yang sebenarnya. Sekurang-kurangnya dengan tidak mengetahui hal sebenar, aku
masih boleh pujuk hati aku supaya bersabar dan fokus pada peperiksaan akhir aku
ni.” Luah Amna sendirian. Ditutupnya buku teks Enterpreneurial Finance dan dibawa berlalu ke dalam biliknya bagi mencari
sisa kekuatan untuk terus bertahan menyintai lelaki yang bernama Hakim Ridzal.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
leave your comment here!