Advertlets Ads

12 Feb 2014

Cinta Nurain (Part 09)

Part 09:



“Amna!” Perlahan Hanna memanggil Amna seraya berbisik.
            Amna menoleh memandang ke arah yang sedang melabuhkan punggung disebelahnya. “Lambat kau hari ni?” Amna bertanya selepas memandang sekilas Hanna yang duduk disebelahnya. Amna kembali fokus kepada kuliah yang disampaikan oleh Prof Dr Evan Lau didepan.
            “Amna!” Kali ini Hanna menyentuh lembut bahu Amna yang sedang tekun mendengar kuliah Ekonomi Malaysia.
            “Ada hal penting ke? Kalau tak penting lepas kuliah kita berbual boleh?” Amna menjawab perlahan seolah-olah berbisik. Langsung tidak ditoleh Hanna yang duduk disebelahnya. Matanya masih difokuskan kepada pensyarah di hadapan.
            “Pada aku memang tak penting mana tapi rasanya pada kau penting kot.” Hanna berbisik perlahan di telinga Amna.
            “Kalau pada kau tak penting, maknanya kat aku tak pentinglah jugak kan.” Cepat Amna membuat kesimpulan. Dia seolah-olah tidak mahu kosentrasinya terhadap kuliah yang disampaikan oleh pensyarah yang amat dikaguminya, Prof Dr Evan Lau diganggu.
            “Pada aku Hakim Ridzal memang tak penting tapi aku rasa pada kau Hakim Ridzal sangat penting…” Hanna berbisik perlahan.
            Mendengar kata-kata Hanna itu segera Amna menolehkan wajahnya memandang Hanna yang duduk disebelahnya.
            “Kenapa dengan Hakim?” Amna memandang cemas Hanna disebelahnya. Terasa bimbang menular di lubuk hatinya tatkala mendengar nama Hakim Ridzal disebut. Adakah belaku perkara yang tidak diingini ke atas kekasih hatinya itu. Sungguh dia terasa gusar dihatinya.
            “Errrr... Ermmm… Aku…” Hanna mula teragak-agak. Perlukah dia memaklumkan kepada Amna mengenai desas desus yang didengarnya semasa menunggu bas di bus stop tadi.
            “Kenapa Hanna? Kenapa dengan Hakim? Dia accident ke?” Amna bertambah gusar. Melihat Hanna yang tergagap-gagap menambah kegusaran di hatinya. Amna menggoncang badan Hanna yang duduk disebelahnya itu. Perbuatannya itu mengundang beberapa mata memerhatikan mereka yang duduk agak ke belakang di dalam dewan kuliah itu.
            “Hakim tak accident lah!” Cepat Hanna menjawab setelah badannya digoncang berulang kali oleh Amna.
            “Habis tu kalau tak accident, apa yang jadi kat dia? Kenapa kau gugup sangat nak cakap pasal dia?” Amna bertanya inginkan kepastian.
            “Aaaa…. Aku…” Kata-kata Hanna terhenti disitu.
            “Aaaa apa ni?” Amna mula tak sabar. Dipandang tepat ke wajah polos Hanna yang putih melepak itu.
            “Aaaa…Aku tak tahulah nak cakap camne!” Hanna mengalihkan wajahnya dari pandangan Amna. Terasa menyesal kerana cuba ingin menyatakan kebenaran kepada Amna namun dia tak berdaya.
            “Hanna…. Is Hakim do something nonsense again?” Amna mula mengagak apa yang cuba diperkatakan oleh Hanna.
            “Amna…Aku…..” Hanna mati kata. “Ahhh, aku lukakan hati dia lagi…” Hati Hanna berbisik sendiri.
            It is okay Hanna. Tell me what happen to Hakim. I am okay with that.” Amna berkata perlahan. Matanya mula berkaca-kaca.
            “Amna….” Hanna memegang erat tangan Amna. Cuba untuk memberinya sedikit kekuatan supaya dia tabah dengan berita yang bakal dimaklumkannya.
            “Aku okay Hanna. Just tell me the truth.” Ada getar di suara Amna namun digagahkan juga untuk mendengar kebenaran.
            “Lepas kuliah habis kita cakap tentang hal ni yea…” Hanna cuba untuk mengelak. Serba salah dibuatnya tatkala dia melihat mata Amna mula berkaca-kaca. Terasa kesal dihatinya kerana mengajak Amna berbual tentang Hakim Ridzal lelaki berhidung belang yang begitu dipuja-puja oleh Amna.
            “Aku dah tak boleh fokus pada kuliah ni lagi..” Amna bersuara perlahan. Serentak dengan itu, air matanya turut mengalir perlahan.
            “Amna… Aku minta maaf. Aku tak sepatutnya beritahu kau pasal hal ni. Cuma sebagai kawan, aku nak sangat kau bukak mata kau luas-luas. Kau bukannya tak kenal perangai Hakim tu…” Hanna memujuk Amna dengan nada menyesal dengan tindakannya itu.
            “Aku maafkan kau Hanna tapi please cerita kat aku apa sebenarnya Hakim dah buat kali ni. Please…..” Amna memandang Hanna dengan pandangan yang sayu. Dia seolah-olah meminta belas kasihan Hanna untuk menyatakan kebenaran.
            “Ermmm… Sebenarnya… Ermmm…” Kata-kata Hanna terhenti-henti.
            It’s okay…Go ahead..” Amna cuba untuk tersenyum supaya Hanna tidak ragu-ragu untuk meneruskan kata-katanya.
            “Tadi aku terlepas bas pukul 7.30 pagi. Jadi aku duduklah tunggu bas pukul 8.00 pagi dekat bus stop. Tengah aku duduk dekat bus stop tu, Andrew datang dekat aku. Dia pun lambat macam aku. So, kita orang pun berbual-buallah. Masa tu lah dia tercerita kat aku yang Hakim kena tangkap berdua-duaan dengan budak perempuan junior dekat jambatan cinta, tasik UNIMAS tengah malam semalam. Tapi dia orang tak buat apa-apa yang mencurigakan, dia orang cuma ditangkap berdua-duaan je kat situ. Kan tak boleh duduk kat situ lebih pada pukul 12.00 tengah malam. Eh? Andrew belum cerita dekat kau ke pasal hal ni? Dia kan kawan baik kau dalam kelas ni.” Hanna menelan kelat air liurnya setelah selesai menceritakan kepada Amna perkara yang didengarnya dari Andrew tadi. Dan barulah dia perasan yang Andrew tidak duduk bersama-sama dengan Amna pada hari ini.
            “Aku pergi toilet jap!” Amna bangun tidak semena-mena. Laju dia pergi meninggalkan Hanna yang masih kelihatan serba salah.
            “Aku ikut!” Secepat itu juga Hanna bangun melangkah membontoti Amna keluar dari dewan kuliah sehingga perbuatan mereka berdua itu mengundang pandangan hairan pensyarah mereka Prof Dr Evan Lau dan rakan-rakan sekuliah mereka.
            “Kau okay?” Perlahan Hanna bertanya sambil menolak perlahan pintu masuk tandas di aras tiga, Fakulti Ekonomi dan Perniagaan, Universiti Malaysia Sarawak itu. Kelihatan Amna sedang duduk dengan kaki terjuntai ke bawah di atas singki tandas. Amna hanya berdiam tanpa sepatah kata apatah lagi menjawab pertanyaan Hanna itu.
            “Amna…Aku minta maaf…” Hanna serba salah. Dia tahu dia silap kerana memberitahu Amna tentang perkara ini.
            Amna mengangkat lemah wajahnya. Dia cuba untuk tersenyum kepada Hanna. “It is okay. Bukan salah kau pun Hanna. Aku yang salah dalam perkara ni.” Amna tersenyum sinis kepada dirinya sendiri.
            “Kau tak salah Amna! Ini semua salah Hakim..” Hanna cuba memujuk Amna.
            “Tak Hanna! Hakim tak salah! Aku yang salah!” Amna tersenyum sinis lagi.
            Hanna mula hairan melihat Amna yang tersenyum sinis. “Adakah Amna marah kat aku?” Hati Hanna berbisik sendiri. Dia mula gusar kembali. Dia bimbang sekiranya Amna menyatakan dia sengaja membawa-bawa cerita yang tidak munasabah untuk merosakkan hubungannya dengan Hakim. Semakin gusar hati Hanna memikirkan akan perkara itu.
            Sedang Hanna sibuk memikirkan apa yang Amna fikirkan tentang dirinya tiba-tiba Hanna dikejutkan dengan suara Amna.
            “Nurain Amna! Nurain Amna! Kenapalah kau bodoh sangat! Kenapa? Kenapa? Kenapa?” Amna merintih dalam tangisan sambil mengetuk-ngetuk dahinya dengan menggunakan tangan.
            “Ya Allah Amna! Bawak-bawak mengucap Amna! Istighfar Amna! Ingat Allah!” Hanna yang terkejut dengan perbuatan Amna itu segera mendekati Amna dan memeluknya erat. Dia turut terasa kepedihan dan kesakitan yang sedang dilalui oleh Amna. Amna turut membalas pelukan Hanna. Sekurang-kurangnya dia tahu, dia masih ada Hanna untuk sama-sama berkongsi rasa deritanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

leave your comment here!