Part 15:
Amna berjalan
lemah di lobi Fakulti Ekonomi dan Perniagaan. Masih terngiang-ngiang di
telinganya kata-kata Dr. Mohd Bakri sebentar tadi.
“Amna, I frust sangat tengok you
lately. You dah jarang sangat jumpa I
discuss about this matter. This Final Year Project carry five credit hours. How
could you lost your attention during your Final Year Project presentation? I am
really upset to see you.” Luah
Dr. Mohd Bakri, supervisor bagi Final Year
Project Amna.
Amna buntu. Bagaimana dia boleh
hilang fokus ketika pembentangan Final
Year Project tadi. Semasa proses pembentangan tadi, Amna gagal untuk
menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh Dr. Mohd Bakri mengenai tahap
kerelevanan hasil ujian yang telah dijalankan olehnya dalam tajuk Final Year Project tersebut.
“Arghhhh!!!!!” Amna geram. Dia
mengeluh panjang. Dia lantas melabuhkan punggungnya di sofa yang disediakan di
lobi Fakulti Ekonomi dan Perniagaan itu.
“Habislah peluang aku nak dapat A
untuk Final Year Project ni. Amna!
Amna! Amna! Kenapalah kau biarkan masalah ni mempengaruhi kau Amna! Wake up Amna! Wake up! Tak lama lagi Final
Exam pulak!” Amna mengetuk-ngetuk dahinya sendiri menyalahkan dirinya
sendiri.
“Amna…. Are you okay?” Tiba-tiba satu suara menyapa corong telinga Amna
dari belakang. Amna lantas berpusing ke arah suara yang menegurnya itu.
Kelihatan Dr. Mohd Bakri berdiri
dibelakang sambil memerhatikannya. Andrew juga turut kelihatan berdiri di
sebelah Dr. Mohd Bakri sambil tesengih-sengih.
Amna kaget melihat dua figura
tersebut asyik memerhatikannya.
“Amna, are you okay?” Soal
Dr. Mohd Bakri sekali lagi.
“Eh… Err… Ermmm.. I am okay doctor!” Amna menjawab
tergagap-gagap.
“Are
you really okay because you didn’t see okay.” Dr. Mohd Bakri menekankan
suaranya agak keras kali ini bagi memastikan Amna benar-benar okay.
“Yeah
doctor! I am okay. I am fine.” Amna cuba tersenyum.
“But
I didn’t see it.” Dr. Mohd Bakri menduga Amna.
“Err.. I am okay doctor. Don’t worry about me.” Amna cuba tersenyum.
Pahit.
“I
tengok you ketuk-ketuk kepala you, so I rasa you tak okay. Betul tak?” Dr. Mohd Bakri tersenyum memandang Amna.
Dia kenal Amna. Amna tidak pandai menipu.
“Errr… Saya saja-saja je ketuk
kepala ni doktor.” Amna cuba
menipu.
“Alaaa doktor, Amna ni mesti risau
dapat markah Final Year Project rendah
sebab dia tak dapat jawab soalan doktor masa pembentangan tadi.” Andrew secara
tiba-tiba menyampuk.
“Eh… Taklah doktor!” Amna
cepat-cepat menyangkal dakwaan Andrew walaupun ia adalah benar sama sekali.
“Oh, kalau tentang tu, you have no worries Amna! This presentation just carry ten marks for
this Final Year Project.” Dr. Mohd Bakri tersenyum.
“Laaa…. Sepuluh markah je ke doktor?” Andrew pula yang
terkejut mendengar kata-kata Dr. Mohd Bakri itu.
“Yes!
Your presentation just now carry ten out of hundred marks. Another five
percents for your slide and the eighty five percents comes from your Final Year
Project report.” Dr. Mohd Bakri menerangkan. Amna hanya mendengar acuh tak
acuh. Otaknya masih ligat memikirkan perihal Hakim Ridzal.
“Amna.. Amna…” Amna tersedar dari
lamunan.
“Eh.. Doktor! Doktor cakap apa
tadi?” Amna memandang Dr. Mohd Bakri yang masih setia berdiri di belakang sofa
yang didudukinya.
“Kau ni berangan yea Amna?” Laju
Andrew menyampuk.
“Amna, I rasa better you balik
dan rehat.honestly, I betul-betul
risau tengok keadaan you macam ni. You adalah student I yang paling berdedikasi selama ni. Tapi lately I tengok you banyak menung sana
sini dan tak fokus. Did u have any
problem? Kalau you need someone untuk
you luahkan masalah you, you can see me on my discussion time. I
am always here for you.” Dr. Mohd Bakri ikhlas menawarkan diri untuk
membantu Amna.
“Errr… I am okay doctor. Maybe saya
tak cukup rehat je. Tu yang tak dapat nak fokus sikit. Buat preparation untuk final exam katakan.” Amna berbohong.
“Kalau you dah kata macam tu, takpelah. But please see me if you have something to share.” Pesan Dr. Mohd
Bakri sebelum beredar.
Usai Dr. Mohd Bakri berlalu pergi,
cepat-cepat Andrew melabuhkan punggungnya di sofa sebelah Amna.
“Amna… Kau masih fikir tentang…..”
“Andrew… Please…” Laju Amna memotong kata-kata Andrew itu. Amna tahu apa
yang Andrew ingin katakan.
“Tapi Amna…”
“Andrew….” Suara Amna seakan-akan
ingin menangis.
“Amna please… Let me finish my words!” Suara Andrew ditekankan sedikit.
Amna terdiam tatkala Andrew seolah-olah meninggikan suaranya. Andrew yang
dikenalinya sepanjang tiga tahun pengajiannya di UNIMAS tidak pernah sama
sekali meninggikan suara kepadanya apatah lagi berkeras terhadapnya. Jejaka
berketurunan Bidayuh dari Bintulu Sarawak itu seorang yang sangat peramah,
ceria dan sopan santun dalam berbicara. Amna sama sekali amat terkejut dengan
tindakan Andrew sebentar tadi.
“Amna, I am so sorry…” Andrew merendahkan ton suaranya. Melihat Amna yang
terdiam, Andrew sedar yang dia telah berkasar dengan gadis yang telah
disukainya dalam diam itu.
“It
is okay Andrew. And now, tell me what
you want told me.” Amna memperlahankan suaranya. Memberi ruang untuk Andrew
berbicara.
“Amna…. Aku sebenarnya…..” Kata-kata
Andrew terhenti di situ.
“Apa dia?” Amna memandang Andrew jejaka
berketurunan Bidayuh disebelahnya itu dengan pandangan yang sukar
dimengertikan.
“Aku… Errr… Aku…” Andrew tergagap-gagap.
Dia gugup. Apa yang harus diperkatakan kepada Amna? Dan bagaimana pula reaksi
Amna terhadap kata-katanya nanti.
“Andrew… Kau ni kenapa? Tetiba je
gagap ni?” Amna hairan melihat Andrew yang berubah perwatakan secara drastik
itu. Dari seorang yang kelihatan tegas dan berwibawa sebentar tadi, sekelip
mata Andrew bertukar menjadi seorang yang tidak yakin akan dirinya sendiri.
“Macam ni lah! Boleh aku cakap something kat kau? Tapi aku nak cakap
dalam bahasa melayu Sarawak sebab I feel more comfortable.” Andrew
mengumpul kekuatan untuk berbicara. Dia nekad. Dia perlu luahkan segalanya pada
hari ini juga.
“Ohh! Boleh je. Aku kan boleh cakap
bahasa melayu Sarawak. Thanks to you sebab ajar aku bahasa melayu Sarawak.
At least I can survive here for three
years.” Amna tersenyum ikhlas menampakkan kedua-dua belah lesung pipitnya.
“Amna, actually kamek suka kitak!” Lancar Andrew menuturkan kata-kata
tersebut.
“What?”
Amna terkejut. Wajah Andrew segera ditatapnya. Cuba mencari andainya terdapat riak
mengusik disitu.
“Nang mena Amna! Nang selama tok,
kamek sukakan kitak. Kamek sukakan kitak since
dari hari pertama kamek nangga kitak di dalam kelas.” Andrew menerangkan
dengan bersungguh-sungguh.
“Haaaaa?!!!?” Amna bertambah
terkejut. “Since day first we have met you
liked me?” Amna bertanya kembali. Dia menggaru kepalanya yang tak gatal.
“Mena Amna. Nang dah lamak kamek
sukakan kitak. Sikda kamek mok bohong dengan kitak, Amna. Because I like you, I asked to be your friend. So, I can be with you al
the time.” Andrew agak tenang kali ini.
Amna terpaku. Pengakuan Andrew
secara tiba-tiba bagaikan sebiji batu besar menghempap kepalanya. Amna sudah
cukup tertekan dengan permasalahannya yang tak pernah sudah bersama Hakim kini
Andrew pula datang seolah-olah menagih kasihnya.
“Amna….” Andrew memanggil lembut.
“That’s
mean selama ni kau kawan dengan aku sebab nak dekati aku…..” Kata-kata Amna
terhenti. Amna kecewa. Dia terasa seperti dipermainkan.
“Sikda kedak ya Amna. Selama tok
kamek nang ikhlas berkawan dengan kitak. Dengan cara menghulurkan persahabatan
pada kitak jak merupakan satu-satunya cara untuk kamek mendekati kitak dan
mengenali kitak. Kitak tauk sik, semakin kamek mendekati kitak, semakin kamek
kagumi sifat kitak. Semakin kamek kenali kitak semakin kamek kenal siapa
sebenarnya kitak dan semakin kamek sik sedar yang kamek dah semakin sukakan kitak.
Did you get what I am trying to say, Amna?”
Andrew memandang Amna lemah. Dia ingin Amna memahami perasaannya yang ikhlas
itu.
“Andrew…” Amna serba salah. Dia
terfikir-fikirkan apakah yang harus diperkatakan olehnya.
“Hakim sik layak dapat ompuan baik
kedak kitak Amna.” Akhirnya terluah juga kata-kata yang dipendam selama ini
oleh Andrew mengenai Hakim. “Nya jait! Nya salu jak polah kitak nangis.” Andrew
terang-terang meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap Hakim.
“Boh camya Andrew. Siapa pun Hakim
dan giney pun perangai nya, kitak sik boleh padah nya kedak ya. Kamek terima
jak segala kebaikan dan keburukan nya.” Amna cuba mempertahankan Hakim.
“Mata kitak nang dah dibutakan
dengan cinta palsu Hakim ya. Sebab nya tauk, kitak nang akan sentiasa sayang
dan setia dengan kitak, sebab yalah nya berani polah kat kitak macam-macam.
Kitak seolah-olah rela Hakim polah apa-apa jak dekat kitak. Yalah yang polah
kamek rasa kecewa gilak!” Suara Andrew bergetar. Dia tunduk memandang lantai.
Tidak sanggup rasanya untuk terus menatap wajah redup Amna. Hatinya terluka,
Amna tetap memihak kepada Hakim.
“Kenak kamek Andrew?” Amna tiba-tiba
bersuara memecah kebisuan di antara mereka berdua. Setelah sekian lama
mendiamkan diri melayan perasaan, Amna akhirnya bersuara.
“Soal hati Amna. Siapalah kamek
untuk menjawab soalan kitak ya.” Andrew menjawab perlahan. “Bukannya kamek
paksa hati kamek tok untuk suka kitak. Nya datang sendiri, secara semulajadi. Maybe this is we called, love at the first
sight.” Andrew jungkit bahu.
“Hmm, betul tu. Hati… Bukannya kita
yang paksa hati untuk suka atau pun tidak.” Amna mengeluh perlahan. Amna
kembali ke mood biasa. Tiada lagi bait-bait bahasa melayu Sarawak
terkeluar dari mulutnya.
“Aku ni serba kekurangan Andrew.
Apalah yang kau pandang dekat aku ni. Hahaha. Kalau nak digandingkan antara aku
dengan kau, macam langit dengan bumi tau tak!” Amna tertawa perlahan. Sesekali
dia menggelengkan kepalanya.
“Cinta tu tak kenal erti apa, siapa,
bila, berapa, atau pun dimana Amna.” Andrew berfalsafah. Kagum sejenak Amna
mendengar kata-kata Andrew kerana setiap bait-bait yang keluar dari mulut
Andrew ada kebenarannya.
“Aku tau tu… Cuma..” Amna terhenti.
Hilang segala ideanya untuk terus berbicara. Mungkin belum penuh ilmu didada
tentang cinta. Baginya cinta hanyalah Hakim sahaja. Selain dari itu dia tidak
tahu apa-apa.
“Amna! Aku takut kehilangan kau
sebenarnya, sebab tu aku pendamkan perasaan aku selama ni sebab aku hormat
hubungan kau dengan Hakim tapi bila aku tengok Hakim tu langsung tak hargai
kau, you deserve another person.” Andrew
senyum pahit.
“Tapi memandangkan kita tak lama
lagi dah graduate, aku tekad untuk
beritahu kau tentang perasaan aku pada kau. Aku tak kisah apa pun pandangan kau
pada aku tapi aku tetap nak kau tau yang aku sangat-sangat sukakan kau. Itu
sudah memadai bagi aku.” Usai berbicara, Andrew terus bangun melangkah pergi
meninggalkan Amna yang masih terkebil-kebil di situ. Paling menyedihkan Amna,
tatkala dia dapat mengesan ada manik-manik yang berguguran gugur dari mata anak
muda berketurunan Bidayuh itu.
“Ya Allah. Apakah semua ini? Berikan
aku kekuatan Ya Allah.” Amna mengangkat kedua-dua belah tangan dan meraup
wajahnya. Dia buntu. Siapakah pilihannya dan apakah keputusannya.