بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
Tanggal 24.03.2014, Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak mengumumkan pencarian MH370 berakhir di Lautan Hindi.
Di saat itu hanya deraian air mata menjadi saksi betapa aku terasa kehilangan MH370, cabin crew dan juga para penumpangnya.
Apa hubungan aku dengan mereka MH370, cabin crew dan para penumpangnya? Kenapa aku benar-benar tangisi kehilangannya?
Jawapannya. Mereka adalah saudara seagamaku (bagi penumpang beragama Islam), mereka adalah rakyat negaraku (bagi warganegara Malaysia) dan mereka adalah ciptaan Allah SWT (semua cabin crew dan penumpang MH370) sama sepertiku.
Walaupun PM mengumumkan bahawa pencarian MH370 berakhir di Lautan Hindi tetapi tidak menyatakan samada MH370 telah menjunam ke dasar Lautan Hindi aku tetap menangisi kehilangannya kerana aku benar-benar telah rasai kehilangannya.
Aku? Suatu masa dahulu menjadikan kapal terbang sebagai kenderaanku untuk berulang alik balik kampung dan tempat belajar. Aku menaiki pesawat MAS, Air Asia dan pernah juga menaiki pesawat Fire Fly. Pernah beberapa kali pesawat yang aku naiki terpaksa mengharungi hujan lebat, petir, kilat dan dentuman guruh yang dahsyat. Perasaan aku masa tu hanya Allah SWT yang mengerti. Pada Allah SWT aku berserah dan kepada pilot aku sandarkan kepercayaan. Pernah aku terasa seperti kapal terbang jatuh disaat melewati awan-awan yang tebal dengan air, aku hanya fikirkan adakah pusaraku di dasar laut? Namun Allah SWT lindungi aku dan semua penumpang pesawat Air Asia pada ketika itu.
Dan bila mana MH370 menerima nasib seperti ini, aku benar-benar bersedih. Tidak dapat aku gambarkan kesedihan aku.
Takziah buat Keluarga dan Kenalan Rapat Cabin Crew dan Penumpang MH370
Al-Fatihah for Muslim
Rest in Peace for Non Muslim
With Love,
~Ayuna Asma~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
leave your comment here!