بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
sekadar gambar hiasan
Alhamdulillah, aku diuji dengan sakit mata. Sebenarnya aku dah biasa kena ketumbit ni. Ketumbit dibahagikan kepada dua jenis. Yang pertama akibat jangkitan kuman pada pangkal bulu mata manakala jenis kedua ialah keradangan yang disebabkan penyumbatan pada
kelenjar yang menghasilkan minyak untuk menentukan bulu mata kalis air
(kalazion).
Kalau mengikut dari bahan-bahan bacaan yang aku dah baca, ketumbit ni sebenarnya tidak berbahaya tetapi sekiranya saiznya besar ia boleh menghalang penglihatan. Sebenarnya, saiz ketumbit dekat mata aku ni tidaklah sebesar mana tetapi disebabkan tumbuhnya 2 biji ketumbit di pangkal atas dan bawah di mata kanan menyebabkan kesukaran penglihatan jugaklah bagi aku. Di samping itu terasa amatlah pedih apabila kedua-dua ketumbit ini bergesel antara satu sama lain. Selain itu juga, kegatalan yang maha dasat juga kadang-kadang menyebabkan aku rasa nak mengamuk dan mengorek-ngorek biji mata (nampak tak betapa tak penyabarnya aku, baru sikit Allah uji dengan sakit).
ubat untuk ketumbit
Makanya, atas inisiatif sendiri aku pun pergilah Watson semalam sebab nak beli ubat ni. Katanya baik untuk ketumbit ni. Walaupun aku tahu ketumbit ini akan baik sendiri tetapi ubat ni berfungsilah melegakan kepedihan dan kegatalan mata aku ni gegara ketumbit.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
leave your comment here!