بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
Perkara pertama ingini dimaklumkan bahawa pemilik blog ini agak kekurangan idea buat masa kini. Beribu kemaafan sekiranya anda menziarahi blog ini, tetapi tiada sebarang update yang terkini dan menarik. Maaf yea! =)
Bagi follower CINTA NURAIN pula, In Sha Allah, saya akan update sambungannya secepat mungkin. Sorry about that. Sebenarnya CINTA NURAIN dah masuk bab 45, namun dek kerana kekangan masa untuk copy and paste dekat sini. Sorry! =(
Okay, next topic nak dibebelkan, dah tentu-tentulah tentang perkara latest about MH370. Hari ini tanggal 13 Mac 2014, sudah masuk hari ke enam kehilangan pesawat MAS MH370. Misi pencarian pesawat MH370, cabin crew dan juga penumpang telah masuk hari yang ke enam namun operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan. Operasi pencarian pesawat MH370 dilaporkan telah diperluaskan sehingga 27,000 batu nautika melibatkan perairan Laut China Selatan dan Selat Melaka.
Habis dah ulas sedikit sebanyak tentang misi mencari MH370 yang masih lagi berstatus MISTERI tentang KEHILANGANNYA, sekarang saya nak komen pulak tentang perkara-perkara syirik dan khurafat. Subhanallah!! Apa nak jadi dengan rakyat-rakyat Malaysia ni. Dari buat benda-benda yang syirik dan khurafat tu, apa kata tadah tangan dan doakan agar Allah SWT permudahkan urusan pencarian pesawat MH370, cabin crew dan juga para penumpang.
video: tanak komen lebih-lebih. lihat dan nilailah sendiri.
Cukup dah komen sikit-sikit tentang bomoh tu. Sekarang ni apa yang saya mintak, kita sama-sama angkat tangan, doakan agar Allah SWT permudahkan misi pencarian pesawat MH370 ni. Hanya Allah SWT yang maha berkuasa yang mengetahui di langit dan dibuminya.
p/s: sebenarnya, nak jugak komen tentang possibility hijack tu, tapi mungkin dalam next entry. Tak boleh sebarang post, kena baca, faham teori dan baru boleh publish supaya kita tak disalah anggap menyebarkan laporan palsu. Hehehe. =)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
leave your comment here!