بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
Holla, jumpa lagi. Entry ketiga nak di tulis tentang percutian aku dengan family ke Cameron Highlands. Hehehe, biasalah dah kita tulis yang baik dah tentu yang ada yang tak baik kan?
Pertama sekali nak mohon maaf di atas entry yang bakal ditulis sebab apa yang bakal aku tulis mungkin akan mengguris hati pemilik kedai ini.
Planning asal kitaorang satu family nak makan steamboat dekat Cameron Highlands sebab dah bosan nak beli makanan dekat pasar malam Brinchang ditambah pulak dengan keadaan hujan lebat. Maka kami pun telefon Glory 78 Steamboat Cameron Highlands untuk buat reservation. Mungkin sebab bukan rezeki kami nak makan steamboat dekat sana sebab tempat tu fully booked. Maka kami mencuba nasib pula di Titiwangsa Hotel untuk buat reservation namun sedih sekali lagi apabila dimaklumkan tempat itu hanya dibuka sehingga pukul 9.30 malam. Errr, awalnya tutup! Kami ingat nak makan lewat sedikit selepas tamat game bola sepak Pahang VS Kelantan. Tambahan pula perut masih kenyang selepas me'ngeteh' di Bharat Tea House petang itu. Alhamdulillah, rezeki kami bila kami call sebuah kedai steamboat iaitu "fauzi masakan panas" dia menyatakan kedainya akan ditutup pada jam 2 pagi.
Maka dengan senang hati kami menonton perlawanan bola sepak dengan harapan yang menggunung untuk makan steamboat selepas tamat perlawanan bola sepak. Usai tamatnya perlawanan tersebut, maka kami sekeluarga mula bersiap-siap untuk menuju ke Brinchang bagi menikmati steamboat. Sampai di sana kami kecewa kerana tiada parking selepas dua tiga kali berpusing-pusing di kawasan kedai tersebut. Mujurlah kami tidak membuat tempahan di kedai tersebut, maka kami sekeluarga mengubah lokasi dinner kami.
Sedang kereta kami berpusing-pusing di Brinchang, kami ternampak sebuah kedai makan yang diberi nama NIK IKAN BAKAR DAN MASAKAN PANAS. Disinilah 'bencana' kami bermula selepas kami sekeluarga decide untuk makan disana sahaja kerana rasanya peluang untuk kami sekeluarga jumpa kedai makan lain semakin tipis.
Okay, inilah kedai makan yang menjadi pit stop kami sekeluarga malam tu. Masuknya kami sekeluarga dalam kedai tu macam kedai makanan panas biasa yang kita pergi. Tatkala diminta buku menu, adik yang mengambil order terus menghulurkannya. Agak impress bila tengok buku menu, macam-macam variety makanan disediakan di situ. Eh, lupa pulak nak mention, kami sekeluarga ambil tempat duduk betul-betul di meja bayaran. ulang sekali lagi MEJA BAYARAN. ada sebab kenapa saya mention meja bayaran tu yea. Variety of foods yang ada kat situ macam masakan panas, ikan bakar, western foods, steamoat dan juga yong tau fu! So kami sekeluarga mulalah terasa eksaited! Maka kami mulalah order makanan. Antaranya steamboat utk 3 orang makan, western foods 4 plates, nasik goreng 2 plates, dan young tau fu untuk 3 orang makan. Walaupun rasanya dan kuantitinya tidak setara dengan harga yang kami bayar RM180.00 tetapi sebenarnya aku nak HIGHLIGHT OWNERNYA YANG SANGAT BIADAP! BIADAP! BIADAP! Oleh sebab kami satu family duduk di depan kaunter tapi kami dapat menangkap butir bicara MAKCIK BIADAP TUAN KEDAI tu yang cakap kami over, mengada-ngada dan seolah-olah ia salah kami. Apa yang buat mak cik owner kedai tu marahkan kami? Sebenarnya malam tu hujan lebat. So kami sekeluarga order air panas dan suam. No one yang order ais. Kami ada order 4 gelas teh o laici suam tapi masa pelayan hantar 4 gelas teh o laici ais. So, kami tolak dengan baik. Tapi jadi worst bila tukang buat air tu cakap dekat tuan kedai secara kuat-kuat. "Macam ni bukan teh o laici suam ke?" Maka dengan berlagak yang teramat sangatlah tuan kedai tu cakap "Meme laa air teh o laici sue tu sebab letak air panas lepah tu letok ais sket. Hak tu pun tak reti ke? Mengada-ngada dan panjang lagi bebelannya walaupun dia sedari kami sekeluarga sedang duduk di meja di hadapannya."
Okay, sekarang korang sendiri decide yang ni teh o laici suam or teh o laici ais??
Walaupun terasa panas telinga mendengar kata-kata makcik tu, kami tetap bersabar dan menanti makanan kami tiba walaupun tersangatlah lewat dan tasteless..Cuma aku harap je makcik tu berubah kalau nak orang datang ke kedai di lagi. Bab harga tu malas nak complain apa-apa, kami bayar je walaupun makanan kami tidak seberapa dan steamboat kami berharga RM50 bg 3 orang makan dan steamboat yg diletakkan hanyalah beberapa ketul ayam dan bebola ikan dan sayur-sayuran. Allahualam. But for me, kedai tu BLACK LISTED dari kami sekeluarga when we have visit Cameron again.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
leave your comment here!