Advertlets Ads

1 Mac 2014

Cinta Nurain: Part 15

Part 15:

Amna berjalan lemah di lobi Fakulti Ekonomi dan Perniagaan. Masih terngiang-ngiang di telinganya kata-kata Dr. Mohd Bakri sebentar tadi.
            “Amna, I frust sangat tengok you lately. You dah jarang sangat jumpa I discuss about this matter. This Final Year Project carry five credit hours. How could you lost your attention during your Final Year Project presentation? I am really upset to see you.” Luah Dr. Mohd Bakri, supervisor bagi Final Year Project Amna.
            Amna buntu. Bagaimana dia boleh hilang fokus ketika pembentangan Final Year Project tadi. Semasa proses pembentangan tadi, Amna gagal untuk menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh Dr. Mohd Bakri mengenai tahap kerelevanan hasil ujian yang telah dijalankan olehnya dalam tajuk Final Year Project tersebut.
            “Arghhhh!!!!!” Amna geram. Dia mengeluh panjang. Dia lantas melabuhkan punggungnya di sofa yang disediakan di lobi Fakulti Ekonomi dan Perniagaan itu.
            “Habislah peluang aku nak dapat A untuk Final Year Project ni. Amna! Amna! Amna! Kenapalah kau biarkan masalah ni mempengaruhi kau Amna! Wake up Amna! Wake up! Tak lama lagi Final Exam pulak!” Amna mengetuk-ngetuk dahinya sendiri menyalahkan dirinya sendiri.
            “Amna…. Are you okay?” Tiba-tiba satu suara menyapa corong telinga Amna dari belakang. Amna lantas berpusing ke arah suara yang menegurnya itu.
            Kelihatan Dr. Mohd Bakri berdiri dibelakang sambil memerhatikannya. Andrew juga turut kelihatan berdiri di sebelah Dr. Mohd Bakri sambil tesengih-sengih.
            Amna kaget melihat dua figura tersebut asyik memerhatikannya.
            “Amna, are you okay?Soal Dr. Mohd Bakri sekali lagi.
            “Eh… Err… Ermmm.. I am okay doctor!” Amna menjawab tergagap-gagap.
            “Are you really okay because you didn’t see okay.” Dr. Mohd Bakri menekankan suaranya agak keras kali ini bagi memastikan Amna benar-benar okay.
            “Yeah doctor! I am okay. I am fine.” Amna cuba tersenyum.
            “But I didn’t see it.” Dr. Mohd Bakri menduga Amna.
            “Err.. I am okay doctor. Don’t worry about me.” Amna cuba tersenyum. Pahit.
            “I tengok you ketuk-ketuk kepala you, so I rasa you tak okay. Betul tak?” Dr. Mohd Bakri tersenyum memandang Amna. Dia kenal Amna. Amna tidak pandai menipu.
            “Errr… Saya saja-saja je ketuk kepala ni doktor.” Amna cuba menipu.
            “Alaaa doktor, Amna ni mesti risau dapat markah Final Year Project rendah sebab dia tak dapat jawab soalan doktor masa pembentangan tadi.” Andrew secara tiba-tiba menyampuk.
            “Eh… Taklah doktor!” Amna cepat-cepat menyangkal dakwaan Andrew walaupun ia adalah benar sama sekali.
            “Oh, kalau tentang tu, you have no worries Amna! This presentation just carry ten marks for this Final Year Project.” Dr. Mohd Bakri tersenyum.
            “Laaa….  Sepuluh markah je ke doktor?” Andrew pula yang terkejut mendengar kata-kata Dr. Mohd Bakri itu.
            “Yes! Your presentation just now carry ten out of hundred marks. Another five percents for your slide and the eighty five percents comes from your Final Year Project report.” Dr. Mohd Bakri menerangkan. Amna hanya mendengar acuh tak acuh. Otaknya masih ligat memikirkan perihal Hakim Ridzal.
            “Amna.. Amna…” Amna tersedar dari lamunan.
            “Eh.. Doktor! Doktor cakap apa tadi?” Amna memandang Dr. Mohd Bakri yang masih setia berdiri di belakang sofa yang didudukinya.
            “Kau ni berangan yea Amna?” Laju Andrew menyampuk.
            “Amna, I rasa better you balik dan rehat.honestly, I betul-betul risau tengok keadaan you macam ni. You adalah student I yang paling berdedikasi selama ni. Tapi lately I tengok you banyak menung sana sini dan tak fokus. Did u have any problem? Kalau you need someone untuk you luahkan masalah you, you can see me on my discussion time. I am always here for you.” Dr. Mohd Bakri ikhlas menawarkan diri untuk membantu Amna.
            “Errr… I am okay doctor. Maybe saya tak cukup rehat je. Tu yang tak dapat nak fokus sikit. Buat preparation untuk final exam katakan.” Amna berbohong.
            “Kalau you dah kata macam tu, takpelah. But please see me if you have something to share.Pesan Dr. Mohd Bakri sebelum beredar.
            Usai Dr. Mohd Bakri berlalu pergi, cepat-cepat Andrew melabuhkan punggungnya di sofa sebelah Amna.
            “Amna… Kau masih fikir tentang…..”
            “Andrew… Please…” Laju Amna memotong kata-kata Andrew itu. Amna tahu apa yang Andrew ingin katakan.
            “Tapi Amna…”
            “Andrew….” Suara Amna seakan-akan ingin menangis.
            “Amna please… Let me finish my words!” Suara Andrew ditekankan sedikit. Amna terdiam tatkala Andrew seolah-olah meninggikan suaranya. Andrew yang dikenalinya sepanjang tiga tahun pengajiannya di UNIMAS tidak pernah sama sekali meninggikan suara kepadanya apatah lagi berkeras terhadapnya. Jejaka berketurunan Bidayuh dari Bintulu Sarawak itu seorang yang sangat peramah, ceria dan sopan santun dalam berbicara. Amna sama sekali amat terkejut dengan tindakan Andrew sebentar tadi.
            “Amna, I am so sorry…” Andrew merendahkan ton suaranya. Melihat Amna yang terdiam, Andrew sedar yang dia telah berkasar dengan gadis yang telah disukainya dalam diam itu.
            “It is okay Andrew. And now, tell me what you want told me.” Amna memperlahankan suaranya. Memberi ruang untuk Andrew berbicara.
            “Amna…. Aku sebenarnya…..” Kata-kata Andrew terhenti di situ.
            “Apa dia?” Amna memandang Andrew jejaka berketurunan Bidayuh disebelahnya itu dengan pandangan yang sukar dimengertikan.
            “Aku… Errr… Aku…” Andrew tergagap-gagap. Dia gugup. Apa yang harus diperkatakan kepada Amna? Dan bagaimana pula reaksi Amna terhadap kata-katanya nanti.
            “Andrew… Kau ni kenapa? Tetiba je gagap ni?” Amna hairan melihat Andrew yang berubah perwatakan secara drastik itu. Dari seorang yang kelihatan tegas dan berwibawa sebentar tadi, sekelip mata Andrew bertukar menjadi seorang yang tidak yakin akan dirinya sendiri.
            “Macam ni lah! Boleh aku cakap something kat kau? Tapi aku nak cakap dalam bahasa melayu Sarawak sebab I feel more comfortable.” Andrew mengumpul kekuatan untuk berbicara. Dia nekad. Dia perlu luahkan segalanya pada hari ini juga.
              “Ohh! Boleh je. Aku kan boleh cakap bahasa melayu Sarawak. Thanks to you sebab ajar aku bahasa melayu Sarawak. At least I can survive here for three years.” Amna tersenyum ikhlas menampakkan kedua-dua belah lesung pipitnya.
            “Amna, actually kamek suka kitak!” Lancar Andrew menuturkan kata-kata tersebut.
            “What?” Amna terkejut. Wajah Andrew segera ditatapnya. Cuba mencari andainya terdapat riak mengusik disitu.
            “Nang mena Amna! Nang selama tok, kamek sukakan kitak. Kamek sukakan kitak since dari hari pertama kamek nangga kitak di dalam kelas.” Andrew menerangkan dengan bersungguh-sungguh.
            “Haaaaa?!!!?” Amna bertambah terkejut. “Since day first we have met you liked me?” Amna bertanya kembali. Dia menggaru kepalanya yang tak gatal.
            “Mena Amna. Nang dah lamak kamek sukakan kitak. Sikda kamek mok bohong dengan kitak, Amna. Because I like you, I asked to be your friend. So, I can be with you al the time.” Andrew agak tenang kali ini.
            Amna terpaku. Pengakuan Andrew secara tiba-tiba bagaikan sebiji batu besar menghempap kepalanya. Amna sudah cukup tertekan dengan permasalahannya yang tak pernah sudah bersama Hakim kini Andrew pula datang seolah-olah menagih kasihnya.
            “Amna….” Andrew memanggil lembut.
            “That’s mean selama ni kau kawan dengan aku sebab nak dekati aku…..” Kata-kata Amna terhenti. Amna kecewa. Dia terasa seperti dipermainkan.
            “Sikda kedak ya Amna. Selama tok kamek nang ikhlas berkawan dengan kitak. Dengan cara menghulurkan persahabatan pada kitak jak merupakan satu-satunya cara untuk kamek mendekati kitak dan mengenali kitak. Kitak tauk sik, semakin kamek mendekati kitak, semakin kamek kagumi sifat kitak. Semakin kamek kenali kitak semakin kamek kenal siapa sebenarnya kitak dan semakin kamek sik sedar yang kamek dah semakin sukakan kitak. Did you get what I am trying to say, Amna?” Andrew memandang Amna lemah. Dia ingin Amna memahami perasaannya yang ikhlas itu.
            “Andrew…” Amna serba salah. Dia terfikir-fikirkan apakah yang harus diperkatakan olehnya.     
            “Hakim sik layak dapat ompuan baik kedak kitak Amna.” Akhirnya terluah juga kata-kata yang dipendam selama ini oleh Andrew mengenai Hakim. “Nya jait! Nya salu jak polah kitak nangis.” Andrew terang-terang meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap Hakim.
            “Boh camya Andrew. Siapa pun Hakim dan giney pun perangai nya, kitak sik boleh padah nya kedak ya. Kamek terima jak segala kebaikan dan keburukan nya.” Amna cuba mempertahankan Hakim.
            “Mata kitak nang dah dibutakan dengan cinta palsu Hakim ya. Sebab nya tauk, kitak nang akan sentiasa sayang dan setia dengan kitak, sebab yalah nya berani polah kat kitak macam-macam. Kitak seolah-olah rela Hakim polah apa-apa jak dekat kitak. Yalah yang polah kamek rasa kecewa gilak!” Suara Andrew bergetar. Dia tunduk memandang lantai. Tidak sanggup rasanya untuk terus menatap wajah redup Amna. Hatinya terluka, Amna tetap memihak kepada Hakim.
            “Kenak kamek Andrew?” Amna tiba-tiba bersuara memecah kebisuan di antara mereka berdua. Setelah sekian lama mendiamkan diri melayan perasaan, Amna akhirnya bersuara.
            “Soal hati Amna. Siapalah kamek untuk menjawab soalan kitak ya.” Andrew menjawab perlahan. “Bukannya kamek paksa hati kamek tok untuk suka kitak. Nya datang sendiri, secara semulajadi. Maybe this is we called, love at the first sight.” Andrew jungkit bahu.
            “Hmm, betul tu. Hati… Bukannya kita yang paksa hati untuk suka atau pun tidak.” Amna mengeluh perlahan. Amna kembali ke mood biasa. Tiada lagi bait-bait bahasa melayu Sarawak terkeluar dari mulutnya.
            “Aku ni serba kekurangan Andrew. Apalah yang kau pandang dekat aku ni. Hahaha. Kalau nak digandingkan antara aku dengan kau, macam langit dengan bumi tau tak!” Amna tertawa perlahan. Sesekali dia menggelengkan kepalanya.
            “Cinta tu tak kenal erti apa, siapa, bila, berapa, atau pun dimana Amna.” Andrew berfalsafah. Kagum sejenak Amna mendengar kata-kata Andrew kerana setiap bait-bait yang keluar dari mulut Andrew ada kebenarannya.
            “Aku tau tu… Cuma..” Amna terhenti. Hilang segala ideanya untuk terus berbicara. Mungkin belum penuh ilmu didada tentang cinta. Baginya cinta hanyalah Hakim sahaja. Selain dari itu dia tidak tahu apa-apa.
            “Amna! Aku takut kehilangan kau sebenarnya, sebab tu aku pendamkan perasaan aku selama ni sebab aku hormat hubungan kau dengan Hakim tapi bila aku tengok Hakim tu langsung tak hargai kau, you deserve another person.” Andrew senyum pahit.
            “Tapi memandangkan kita tak lama lagi dah graduate, aku tekad untuk beritahu kau tentang perasaan aku pada kau. Aku tak kisah apa pun pandangan kau pada aku tapi aku tetap nak kau tau yang aku sangat-sangat sukakan kau. Itu sudah memadai bagi aku.” Usai berbicara, Andrew terus bangun melangkah pergi meninggalkan Amna yang masih terkebil-kebil di situ. Paling menyedihkan Amna, tatkala dia dapat mengesan ada manik-manik yang berguguran gugur dari mata anak muda berketurunan Bidayuh itu.

            “Ya Allah. Apakah semua ini? Berikan aku kekuatan Ya Allah.” Amna mengangkat kedua-dua belah tangan dan meraup wajahnya. Dia buntu. Siapakah pilihannya dan apakah keputusannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

leave your comment here!