Advertlets Ads

7 Mac 2014

Errr.. Cover Gosip Nampak?! Hehehe

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
 
Hehehe, terasa takut pulak nak berkongsi entri pada hari ini. Bukan apa, tak pernah-pernah blog ni cover gosip artis tup-tup hari ni boleh pulak cover gosip artis! Tak ke ajaib namanya tu. Sebenarnya, aku bukanlah berminat sangat nak cover gosip-gosip artis ni, tapi dek kerana terpanggil untuk mengulas sedikit sebanyak tentang kemelut seorang artis suam-suam suku yang bernama Hanez Suraya dan kekasih hatinya Mr R dan isteri Mr R, kak Liyana Manan. Harap-harapnya inilah kali pertama dan terakhir aku update entri tentang gosip artis yea. In Sha Allah.
 
Sebenarnya apa yang aku nak perkatakan adalah dari sudut pandangan seorang wanita, atau lebih tepat lagi pandangan peribadi aku tentang seorang wanita, isteri yang bernama LIYANA MANAN. Walaupun aku masih belum berkahwin, namun rasanya aku memahami perit hati seorang isteri yang bernama Liyana Manan ni. Bayangkan disaat suaminya tidak punya apa-apa, dia gagah berdiri bersama suaminya Mr R dalam membina hidup dan sedikit kesenangan buat mereka sekeluarga. Namun, ini takdirnya. Hati wanitanya di uji tatkala suami sudah punya segalanya. Dia dicampak umpama kain buruk. Si suami lebih cenderung untuk memilih seorang artis yang kononnya gebu dan seksi sedangkan dari kaca mata aku, si isteri pun tidak ada kurangnya.
 
Lebih menyedihkan hati, banyak juga mulut-mulut busuk yang mencerca Liyana Manan kononnya dia sengaja menghebah-hebahkan kemelut rumahtangga ke media-media cetak dan media-media sosial. Sedangkan dirinya yang di cari oleh para-para wartawan namun dirinya tetap dipersalahkan. Disaat haknya sebagai seorang isteri dipertikaikan oleh suami dan kekasihnya, dia pula dicemuh oleh segelintir yang tidak punya perasaan, malahan dia turut di suruh untuk membuat permohonan maaf kepada sang kekasih suaminya? Dimana keadilan buat wanita ini?
 
Bayangkan, bagaimana perasaan anda sekiranya rumah anda dirompak tetapi anda disuruh memohon maaf dari perompak yang merompak rumah anda? Itulah keajaibannya.
 
Cukuplah untuk entri ni. Tak nak komen banyak-banyak, nanti terbawa-bawa dek perasaan. Susah pulak. Aku cuma teringatkan kata-kata orang-orang tua:
" Kesetiaan seorang isteri di uji tatkala suami tidak punya apa-apa dan kesetiaan seorang suami di uji tatkala dia punya segalanya." Allahualam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

leave your comment here!