Advertlets Ads

30 Jan 2015

Bab 01: Cerita Cinta Yang Tertangguh

BAB 01: CERITA CINTA YANG TERTANGGUH


Tanggal 30.07.1977, disebuah tempat yang bernama Kampung Pengkalan Baru, Temerloh, Pahang. Lahirnya cahaya mata kedua hasil perkongsian hidup pasangan Encik Salleh dan Puan Rogayah.
            “Wahai anakku Iman. Berbaktilah kamu kepada setiap manusia di muka bumi ini disepanjang kehidupan kamu kelak. Sesungguhnya, ibumu ini mempertaruhkan nyawa berjam-jam lamanya demi melahirkanmu. Berbaktilah duhai anakku.” Ucap Puan Rogayah dalam nada syahdu sambil mencium lembut ubun-ubun bayi yang baru lahirkannya.

Sepuluh Tahun Kemudian, Tahun 1987.
           
“Iman!!! Kemana kamu nak bawak adik kamu tu?” Jerit Puan Rogayah sambil bangun meluru ke arah Iman Salihim yang sedang mendukung adiknya yang kelima iaitu anak ke tujuh pasangan Puan Rogayah dan Encik Salleh.
“Iman nak main je dengan dia mak!” Laju Iman menjawab kata-kata emaknya. Dia segera duduk di beranda rumahnya dan meriba bayi perempuan yang masih kecil itu.
“Iman… Adik tu baru sebulan umurnya. Ini bukan anak patung tahu! Kamu boleh angkat letak sesuka hati.” Marah Puan Rogayah sambil mengangkat bayi perempuannya dari ribaan Iman.
“Alaa mak ni. Adik tu comel sangat. Bagilah can Iman nak main dengan dia.” Iman cuba meraih simpati dari emaknya.
“Ah sudah! Kamu jangan nak macam-macam! Banyak lagi adik-adik lain yang boleh kamu bawak bermain.” Jawab Puan Rogayah sambil meletakkan kembali bayi perempuannya kedalam buaian.
“Along!” Jerit Puan Rogayah. Dia memanggil anak sulungnya, Irfan Sufyan.
“Ya mak!” Segera Irfan menyahut. Berbeza perwatakan dengan adik keduanya Iman Salihim yang suka bercoleteh,  Irfan Sufyan lebih pendiam. Malah dia lebih banyak menghabiskan masanya dirumah membantu emaknya menjaga adik-adiknya seramai enam orang itu.
“Pergi bawak Iman, Ika, Ikhsan, Ikhwan dan Ina pergi mandi. Lepas tu suruh dia orang siap sedia nak mengaji. Dah nak Maghrib ni.” Arah Puan Rogayah sambil menghenjut buaian Ila Shahila. Anak bongsunya buat masa ini.
“Baik mak.” Patuh Irfan menjawab.
“Iman, Ika, Ikhsan, Ikhwan, Ina. Jom mandi.” Ajak Irfan sambil mengangkat dan mendukung Ina yang baru berusia dua tahun ketika itu. Semua adik-adiknya bangun dan mendapatkan tuala masing-masing kecuali Iman.
“Iman… Jom mandi. Nanti dah gelap, mulalah kamu takut nak mandi sorang-sorang dekat luar tu.” Tegur Irfan lembut.
“Iman tak takutlah along! Iman kuat!” Iman menjawab sinis sambil mengangkat tangan menunjukkan lengannya yang sedikit berotot.

“Dah! Kamu jangan nak mengada-ngada Iman. Abah balik kerja nanti, tengok kamu tak siap lagi nak pergi mengaji, abah marah.” Irfan menarik lembut tangan Iman. Dengan langkah longlai, Iman pasrah melangkah.

29 Jan 2015

Kongsi Resepi: Grilled Burger





GRILLED BURGER WITH SALAD


GRILLED BURGER 
(untuk 3 orang)

BAHAN-BAHAN:

250 gm daging kisar ramly (kalau nak guna daging fresh dan kisar sendiri lagi sedap)
1 biji telur
1 sudu teh sos lada hitam
1/2 keping keju cheddar
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
secubit garam & perasa

CARA-CARANYA:

gaulkan semua bahan sehingga rata. bahagikan daging kepada 3 bahagian dan bentukkan mengikut kesukaan.
grilled daging di atas kuali non stick dengan beberapa titis minyak zaitun.
kemudian, sudahkan burger dengan bahan-bahan seperti roti, sos, mayonis, salad, telur goreng, cheddar cheese, tomato, bawang, buah zaitun, jeruk timun atau apa sahaja yang anda suka.

SALAD

BAHAN-BAHAN:

1 genggam pucuk kacang (gunakan sayur lain pun boleh. ikut suka.)
10 biji tomato kecil
2 sudu minyak zaitun
2 biji limau kasturi (ambil jusnya)
1/2 sudu teh cuka makan
1/2 sudu teh sos ikan
secubit gula, garam, perasa & lada hitam.

CARA-CARANYA:

gaulkan minyak zaitun, jus limau kasturi, cuka, sos ikan, garam, gula, perasa dan lada hitam sehingga sebati.
basuh dan toskan sehingga air betul-betul kering pada pucuk kacang dan tomato.
kemudian gaulkan pucuk kacang dan tomato dalam campuran minyak zaitun itu.
nak lagi sedap, tambahkan badam goreng dan kismis.

23 Jan 2015

Kongsi Resepi: Fish and Chips



FISH AND CHIPS



DEEP FRIED FISH:

1 keping ikan dori (ada jual dekat pasaraya sudah siap di filet)
3 sudu besar tepung jagung
1 biji telur
secubit garam, lada hitam, perasa dan serbuk kari

Cara-caranya:

Celup filet ikan didalam telur dan salutkan ikan dengan campuran tepung jagung dengan garam, lada hitam, perasa dan serbuk kari yang telah digaul bersama.
Goreng dalam minyak yang panas dan banyak.
Goreng sehingga perang, angkat dan toskan.


LEMON BUTTER CREAM:

2 sudu besar mentega
1 sudu besar minyak zaitun
1 biji lemon (diperah dan diambil jus)
garam, gula dan lada hitam secukup rasa

Cara-caranya:

Campurkan semua bahan dan pukul sehingga menjadi seperti krim dan halus.

FISH AND CHIPS:

Goreng kentang dan rebus cauliflower dan brokoli sebagai hidangan sampingan.
Hidangkan semua bahan di atas pinggan dan calit lemon butter cream diatas pinggan dan susun ikan di atasnya.
Hias mengikut citarasa sendiri.

~selamat mencuba~












20 Jan 2015

Kongsi Resepi: Chicken Grilled with Mushroom Sauces, Mashed Potatoes and Citrus Salad




CHICKEN GRILLED WITH MUSHROOM SAUCES, MASHED POTATOES AND SALAD CITRUS

CHICKEN GRILLED:

2 ketul ayam 'whole leg'. (boleh guna paha atau kepak pun boleh atau mana-mana bahagian yang anda suka)
1 sudu teh serbuk kari daging
1 sudu teh lada serbuk lada hitam
1 sudu teh chili flakes
1 sudu minyak zaitun / minyak masak
secubit garam & perasa

Cara-caranya:

Lumurkan garam, lada hitam dan perasa pada sekeliling whole leg. 
Susun ayam tersebut dalam dulang pembakar.
Taburkan sedikit serbuk kari dan chili flakes di atas ayam.
Sudahkan dengan menuang sedikit minyak di atas ayam.
Bakar dalam oven pada suhu 250 celcius selama 45 minit (gunakan api atas dan bawah pada 30 minit pertama dan tukarkan kepada api atas sahaja selepas pada itu untuk mendapatkan kulit yang garing dan rangup.


MASHED POTATOES:

3 biji kentang (kupas, potong 4 dan rebus sehingga empuk)
3 sudu mentega
secubit garam & lada hitam

Cara-caranya:

Toskan kentang yang sudah direbus lembut.
Masukkan ke dalam mangkuk dan letakkan mentega, garam dan lada hitam.
Lenyek kentang sehingga hancur dan gaul rata.
(kalau ada susu krim boleh letakkan sesudu untuk lebih sedap)


MUSHROOM SAUCES:

Setengah paket cendawan shimeji (pakai cendawan butang lagi sedap)
2 ulas bawang putih
1/2 biji bawang besar
secubit garam dan lada hitam dan perasa
2 sudu mentega
1 sudu teh gula
1 sudu teh cuka
1 sudu tepung jagung dibancung dengan dua sudu air

Cara-caranya:

Kisar bawang putih, bawang besar dan cendawan.
Tuang bahan kisar ke dalam periuk. 
Masak sehingga agak pekat.
Tambahkan mentega dan bahan-bahan seperti cuka, gula, garam, lada hitam dan perasa.
Reneh dengan api perlahan sehingga cendawan masak.
Tuangkan bancuhan tepung jagung
Masak sehingga mendapat kelikatan yang bersesuaian.


SALAD CITRUS:

5 keping baby kailan (potong daunnya sehelai-sehelai)
1 biji buah oren (buang kulit dan ambil isinya sahaja)
secubit garam dan lada hitam
1 sudu minyak zaitun / minyak masak

Cara-caranya:

Tuang minyak dalam kuali.
Goreng kilas baby kailan.
Perasakan dengan garam dan lada hitam.
Angkat dan hiaskan dengan potongan buah oren.


Setelah siap semuanya, susun (plating) muka kesukaan masing-masing.

~SELAMAT MENCUBA~