CHICKEN GRILLED WITH MUSHROOM SAUCES, MASHED POTATOES AND SALAD CITRUS
CHICKEN GRILLED:
2 ketul ayam 'whole leg'. (boleh guna paha atau kepak pun boleh atau mana-mana bahagian yang anda suka)
1 sudu teh serbuk kari daging
1 sudu teh lada serbuk lada hitam
1 sudu teh chili flakes
1 sudu minyak zaitun / minyak masak
secubit garam & perasa
Cara-caranya:
Lumurkan garam, lada hitam dan perasa pada sekeliling whole leg.
Susun ayam tersebut dalam dulang pembakar.
Taburkan sedikit serbuk kari dan chili flakes di atas ayam.
Sudahkan dengan menuang sedikit minyak di atas ayam.
Bakar dalam oven pada suhu 250 celcius selama 45 minit (gunakan api atas dan bawah pada 30 minit pertama dan tukarkan kepada api atas sahaja selepas pada itu untuk mendapatkan kulit yang garing dan rangup.
MASHED POTATOES:
3 biji kentang (kupas, potong 4 dan rebus sehingga empuk)
3 sudu mentega
secubit garam & lada hitam
Cara-caranya:
Toskan kentang yang sudah direbus lembut.
Masukkan ke dalam mangkuk dan letakkan mentega, garam dan lada hitam.
Lenyek kentang sehingga hancur dan gaul rata.
(kalau ada susu krim boleh letakkan sesudu untuk lebih sedap)
MUSHROOM SAUCES:
Setengah paket cendawan shimeji (pakai cendawan butang lagi sedap)
2 ulas bawang putih
1/2 biji bawang besar
secubit garam dan lada hitam dan perasa
2 sudu mentega
1 sudu teh gula
1 sudu teh cuka
1 sudu tepung jagung dibancung dengan dua sudu air
Cara-caranya:
Kisar bawang putih, bawang besar dan cendawan.
Tuang bahan kisar ke dalam periuk.
Masak sehingga agak pekat.
Tambahkan mentega dan bahan-bahan seperti cuka, gula, garam, lada hitam dan perasa.
Reneh dengan api perlahan sehingga cendawan masak.
Tuangkan bancuhan tepung jagung
Masak sehingga mendapat kelikatan yang bersesuaian.
SALAD CITRUS:
5 keping baby kailan (potong daunnya sehelai-sehelai)
1 biji buah oren (buang kulit dan ambil isinya sahaja)
secubit garam dan lada hitam
1 sudu minyak zaitun / minyak masak
Cara-caranya:
Tuang minyak dalam kuali.
Goreng kilas baby kailan.
Perasakan dengan garam dan lada hitam.
Angkat dan hiaskan dengan potongan buah oren.
Setelah siap semuanya, susun (plating) muka kesukaan masing-masing.
~SELAMAT MENCUBA~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
leave your comment here!