Advertlets Ads

8 Feb 2014

Cerita Aku: Al Kisah Lapan Beradik

Al Kisah Lapan Beradik,

Lahirnya mereka semua dari perut seorang ibu yang bernama Allahyarhamah Rabiah binti Md Said. Seorang ibu yang tabah dari kaca mata anak-anaknya. Seorang ibu yang tidak pernah bersungut tatkala terpaksa membesarkan lapan anak-anaknya sendirian tatkala kehilangan suaminya yang tercinta. Seorang ibu yang sanggup melakukan apa sahaja demi memberi pendidikan yang terbaik buat anak-anaknya. Disaat semua orang masih lena diulit mimpi, ibu ini bangun seawal pagi untuk menyediakan makanan buat anak-anak yang bakal ditinggalkannya sewaktu pergi mencari rezeki. Walau sekecil mana pendapatan yang diterima, sebanyak mana kudrat yang dikerah, dia tetap tersenyum bangga mencari rezeki buat anak-anaknya. Kasihnya seorang ibu demi anak-anaknya.

Al Kisah Lapan Beradik,

Kesemua mereka berbinkan ayah yang sama iaitu Allahyarham Abdul Hamid bin Ludin. Walau kesihatannya tidak sebaik mana, ayah ini adalah ayah yang sangat menyayangi anak-anaknya. Kelengkapan anak-anak sentiasa tersedia, walau untuk dirinya sentiasa tiada. Ayah ini tidak pernah sesekali mengeluh malahan berbangga dengan setiap perncapaian anak-anaknya. 

Al Kisah Lapan Beradik,

Takdir Allah SWT menjadikan mereka tujuh. Siapa sangka inilah takdir mereka yang harus ditempuh. Lapan beradik yang sentiasa bersama akhirnya diambil oleh Yang Maha Esa. Tatkala diuji, mereka tetap berdiri utuh. Walau lapan beradik sudah bertukar menjadi tujuh, kasih sayang mereka tetap utuh. Dipanjatkan doa agar Ngah ditempatkan bersama insan-insan yang beriman.

1 ulasan:

  1. MAH.. tulis dan kembangkan lagi coretan ini...kisah ini boleh dijadikan sebuah novel ...garap lagi isinye....

    BalasPadam

leave your comment here!