Advertlets Ads

26 Ogo 2016

PASTA PESTO


PASTA PESTO

Terliur tak? 
Terliur tak?
 Mesti terliur kan?? 
For resepi meh check it out!


Bahan-bahannya:

1/2 bungkus vermicelli
1 ikat daun ketumbar
20 ekor udang (buang kulit dan belah belakang)
1/2 labu bawang putih
1 biji bawang besar
5 sudu minyak zaitun/minyak bijan
2 sudu besar mentega
1/2 biji lemon (ambil jus)
garam
perasa
serbuk lada hitam
chili flakes

Cara-cara membuatnya:

1) Rebus vermicelli, rendam dalam air sejuk, tos dan ketepikan.
2) Ambil daun ketumbar, dan asingkan batang dan daun. Batang ketumbar potong halus-halus dan ketepikan.
3) Ambil daun ketumbar dan kisar bersama bawang putih dan minyak zaitun serta sedikit garam, perasa dan serbuk lada hitam.
4) Masukkan udang ke dalam mangkuk dan tuang separuh daripada bahan yang dikisar ke dalam mangkuk udang dan ketepikan.
5) Separuh lagi bahan kisar letak dalam mangkuk kosong dan ketepikan.
6) Ambil bawang besar, potong dadu.
7) Kemudian panaskan kuali dan letak sesudu minyak masak. 
8) Letakkan udang seekor demi seekor ke dalam kuali. 
9) Setelah udang diletakkan kesemuanya ke dalam kuali, letak sesudu mentega. 
10) Gaul balikkan udang. Masak selama 2 minit, angkat dan asingkan.
11) Ambil kuali bersih, panaskan dengan 2 sudu minyak. 
12) Kemudian tumis bawang besar sehingga naik bau. 
13) Kemudian masukkan jus lemon dan biarkan mendidih.
14) Dengan kadar yang segera masukkan 1 sudu mentega dan baki bahan yang dikisar tadi.
15) Gaul sehingga sebati tetapi jangan terlalu lama sehingga mengubah warna bahan kisar.
16) Dengan segera masukkan vermicelli dan gaulkan.
17) Perasakan dengan garam, perasa dan serbuk lada.
18) Taburkan batang daun ketumbar yang dipotong halus tadi. 
19) Kemudian masukkan udang.
20) Gaul rata dan angkat.
21) Hidang dan boleh dimakan bersama sayuran yang dibakar seperti tomato, lobak, brokoli dan bunga kubis.

-SELAMAT MENCUBA-





 

WANITA! KENALI JENIS-JENIS KASUT ANDA.


ASSALAMUALAIKUM WBT

Hai semua. Posting hari ni kita bercerita sikit tentang fesyen. Perempuan atau wanita dan fesyen mana boleh dipisahkan. Dewasa ini kalau kita tengok dipasaran terdapat lambakan pelbagai jenis fesyen yang keluar setiap hari. Tak kisahlah samada fesyen baju, tudung, seluar, skirt, jubah, blouse, kasut, handbag. Namakan sahaja, semuanya ada. Pelbagai jenis. Wanita dan kecantikan memang tak dapat dipisahkan. Wanita mana yang tak mahu terlihat cantik dimata para lelaki atau dimata kaum wanita sendiri?

Tuan tanah a.k.a tuan punya blog ini sendiri pun gilakan fesyen terutama sekali kasut. Jadi, hari ini dengan berbesar hatinya tuan tanah nak kongsikan jenis-jenis kasut yang ada dalam pasaran dan ada sesetengahnya yang kita tak tahu pun nama dia. So, jom check it out!

1. WEDGE

2.  STILETTO


3. PLATFORM



4. CHUNKY HEELS 


5. ANKLE STRAP

6. CONE HEELS


7. KITTEN HEELS


8. MARY JANE


9. MOCASSIN


10. MULES


11. PEEP TOES


12. PRISM HEELS

13. PUMPS


14. SLING BACK


15. SPOOLS HEELS


 16. WINLEPICKERS 


 

12 Ogo 2016

Ikan Dori Masam Manis


IKAN DORY MASAM MANIS





Bahan-bahannya:

3 keping ikan dory yang telah di filet (biasanya jual kat pasaraya yang dah di filet)
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar tepung gandum
1 biji telur
1 sudu besar cuka makan
2 ulas bawang putih (cincang halus)
1 besar sudu sos cili thai
1 1/2 sudu besar gula
1/4 cawan air
1 biji lemon (perah dan ambil jus)
1 sudu teh serbuk kunyit
garam secukup rasa
serbuk lada hitam secukup rasa
1 kiub pati ayam knorr

Cara-cara menyediakannya:

Ambil kepingan ikan dory dan potong kecil.
Rendam kepingan ikan ke dalam air yang dicampur dengan cuka.
Kemudian toskan ikan tersebut.
Masukkan ikan ke dalam mangkuk. 
Pecahkan sebiji telur ke dalam mangkuk ikan tersebut.
Masukkan secubit garam dan serbuk lada hitam dan serbuk kunyit.
Gaul sehingga sebati.
Kemudian masukkan tepung gandum dan tepung jagung.
Gaul sebati dengan menggunakan tangan.
Kemudian goreng dalam minyak yang banyak (deep fry)
Apabila ikan dah masak dan garing angkat dan toskan.
Sisihkan ikan ke tepi.
Untuk sos pula, dengan minyak dalam anggaran sesudu besar.
Tumiskan bawang putih sehingga naik bau.
Kemudian masukkan air, jus lemon dan gula.
Masak sehingga gula cair sepenuhnya.
Kemudian tambah sos thai dan kiub pati ayam knorr.
Masak sehingga menggelegak.
Akhir sekali masukkan garam secukupnya dan bancuh 1 sudu teh tepung jagung dengan air.
Masak sehingga pekat.
Kemudian tuang sos ke atas ikan.
Makan sementara ikan masih rangup.


-SELAMAT MENCUBA-
 
 
 


9 Ogo 2016

Pasta Salad and Chicken Breast


SALAD PASTA DAN DADA AYAM GRIL
(highly recommended for diet)

Bahan-bahan dan cara menyediakan buat 1 hidangan


SALAD PASTA
 
Bahan-bahannya: 

10 batang spageti/vermicelli (direbus dan ditoskan)
1/4 biji timun (dipotong memanjang dan dibuang empulur)
1/2 biji tomato (dihiris)
2 keping salad daun (basuh dan toskan sehingga kering)
5 batang daun ketumbar (cincang halus)
1/2 biji lemon (perah dan ambil jusnya)
1 sudu minyak zaitun
secubit garam
1/2 sudu teh gula
secubit lada hitam (black pepper coarse)
secubit chili flakes

Cara-cara menyediakannya:

Satukan jus lemon, minyak zaitun, garam, gula, serbuk lada hitam, chili flakes dan ketumbar ke dalam 1 mangkuk.
Gaul ratakan dan letakkan kuah/dressing ke tepi.
Keringkan daun salad dengan tisu. 
Masukkan pasta, daun salad, timun dan tomato ke dalam satu mangkuk besar.
Tuang kuah/dressing tadi.
Letak salad ke dalam pinggan.


DADA AYAM GRIL

Bahan-bahannya:
 
 1 keping dada ayam (dibuang kulit)
3 batang daun ketumbar (dipotong kasar)
2 ulas bawang putih (diketuk)
1 sudu sos tiram
1 sudu minyak zaitun
1 sudu teh gula
secubit garam
serbuk lada hitam

Cara-cara menyediakannya:

Gaulkan sos tiram, minyak zaitun, garam, gula, serbuk lada hitam, bawang putih dan daun ketumbar.
Ambil dada ayam dan gaulkan dengan bahan perap.
Cucuk dada ayam dengan garfu supaya bahan perapan masuk ke dalam ayam.
Gril/goreng ayam dengan api perlahan dengan sedikit minyak dicampur dengan mentega.
Jangan masak terlalu lama. 
Dada ayam kalau terlebih masak akan kering dan tidak sedap.
Masak dada ayam tersebut selama 5 minit bagi setiap bahagian.
Potong dada ayam dan letakkan di atas salad pasta tadi.
Siap untuk santapan.


SELAMAT MENCUBA
 



 

 

5 Ogo 2016

Tips Jantung Sihat


Assalamualaikum WBT.

Firstly, gempak tak hakak punya tajuk entri kali ni. Mesti korang kata hakak ni dah krisis identiti plus monopos ke macam-macam benda nak kaver. Nak update fasal manuskriplah. Nak update fasal resepilah. Nak suggest tempat vacation best lah. Hilang akal gamaknya. 

Tenang semua. Tenang. Nama pun ni belog general kan. So, hakak akan kaver semua stori. Nampak tak betapa gila kuasanya hakak ni. Hehe.

Okeh, straight to the point. Tips jantung sihat sekaligus boleh diet hakak nak bagi ni. OAT! Yes! Anak-anak sekalian tahu OAT bukan. 

Ramai yang mengatakan rasa oat agak memuakkan. Tak boleh masuk. Takleh nak telan. Euwww. Bau dia... Macam-macam bukan?

Namun ramai yang sedar khasiat oat namun ramai yang pura-pura tutup mata dari mengenali khasiat oat dek kerana rasa oat itu. Antara kebaikan oat adalah:

Refer sini: 

Maaf. Hakak malas nak taip panjang lebar. Sebab hakak nak make it short. Hakak nak share dengan korammm macam mana cara nak enjoi rasa oat tanpa rasa mual, muak, jelik dan jijik.

p/s: ini resepi malas yang hakak buat. ada masa hakak malas ada masa hakak rajin.


So, inilah cara hakak enjoi makan oat!

 Bahan-bahan:

5 sudu rolled aot
2 sudu greek yogurt
1/2 cawan susu segar
2 sudu kismis
1 biji epal hijau

Cara-cara sediakan: 

Sediakan 1 mangkuk/bekas bertutup.
Campurkan oat, yogurt dan susu. Jangan kacau.
Tabur kismis dan epal di atas. Nak lagi best letak macam-macam jenis buah.
Lepas tu tutup bekas dan simpan dalam peti ais.
Esok pagi boleh bekpes. 
Enjoi..... 


4 Ogo 2016

Mencari Erti Hidup

Hidup
Sukar untuk dimengertikan
Lahirnya ke dunia
Tanpa tahu apa tujuan
Dibesarkan dan dididik
Perlahan-lahan aku mengerti tujuan aku hidup

Hidup
Sulit untuk aku fahami
Makin dikaji semakin sulit
Namun tetap aku gagahi aku untuk tempuhi
Dugaan yang mendatang aku harungi
Kepedihan dan kesedihan jiwa aku letak tepi
Aku belajar menerima Qada dan Qadar Ilahi
Dan mensyukuri segala apa yang diberi