Advertlets Ads

25 Feb 2015

Bab 04: Cerita Cinta Yang Tertangguh

Bab 04: Cerita Cinta Yang Tertangguh




“Dah siap kerja sekolah kamu Iman?” tanya Encik Salleh sambil duduk di kerusi.
“Dah abah!” jawab Iman perlahan.
“Along, Uda, Uteh! Dah siap kerja sekolah kamu semua?” tanya Encik Salleh kepada anak-anaknya yang lain yang telah bersekolah. Atam, Andak dan Ila masih kecil dan tidak bersekolah.
“Dah abah!” jawab mereka bertiga serentak.
“Hah, kalau dah siap pergi ambil tempat masing-masing.” arah Encik Salleh.
Kesemua anaknya menurut perintah dan bangun serta duduk di kerusi masing-masing termasuklah Iman. Encik Salleh agak tegas dengan anak-anaknya terutama sekali bab agama dan pelajaran. Jarang sekali anak-anaknya melawan katanya.
Encik Salleh berdehem perlahan. “Along…” panggil Encik Salleh lembut.
Irfan mengangkat wajah memandang abahnya. Wajahnya kelihatan pucat.
“Baca sifir dua belas!” arah Encik Salleh bersahaja.
Mendengar arahan abahnya, Irfan dengan segera membaca sifir dua belas dengan lancar seperti yang dikehendaki oleh abahnya.
Encik Salleh mendengar sifir yang dibaca Irfan dengan begitu khusyuk sekali sambil dia mengangguk-anggukkan kepalanya.
Usai Irfan membaca sifirnya, Encik Salleh bersuara kembali. “Bagus. Bagus. Dah banyak perubahan.” Encik Salleh tersenyum bangga. “Angah…” Encik Salleh memandang Iman pula.
“Gulpp..” Iman menelan air liur. Riak wajah tegas abahnya agak menakutkannya.
“Baca ayat kursi.” Encik Salleh mengarah.
“Ayat kursi?” Iman bertanya kembali.
 “Iyaaa..” jawab Encik Salleh sambil memandang Iman yang tersengih-sengih. “Ingat tak?” Encik Salleh bertanya lagi.
“Ingat.” jawab Iman sepatah sebelum mulutnya laju membaca ayat kursi.
“Bagus!” Encik Salleh memuji Iman. Dalam diam dia mengagumi Iman. Berbanding Irfan, Uda dan Uteh, Iman lebih mudah menangkap apa yang diajarnya dan Iman juga begitu mudah menghafal. Malahan bacaan tajwidnya juga lebih baik berbanding Alongnya, Irfan namun Iman agak nakal berbanding dengan anak-anaknya yang lain sehingga memeningkan kepalanya dan isterinya.
“Uda…” panggil Encik Salleh pula.
Ika Safiah yang selesa dipanggil Uda mengangkat wajahnya.
“Uda baca sifir sembilan.” ujar Encik Salleh kepada Uda.
Tanpa berlengah Uda membacakan sifir sembilan kepada abahnya. Begitulah rutin Encik Salleh dan anak-anaknya saban malam. Dia suka untuk melihat perkembangan anak-anaknya selain melatih minda anak-anaknya supaya sentiasa cergas dan cerdas.
“Abang, makan malam dah siap. Boleh ajak budak-budak makan.” Puan Rogayah mencelah soal jawab di antara suami dan anak-anaknya.
“Sekejap lagi. Saya belum tanya Uteh soalan lagi.” jawab Encik Salleh.
“Suka hati abanglah. Dah siap nanti, ajak anak-anak ke dapur.” kata Puan Rogayah sebelum kembali ke dapur.
Encik Salleh menghantar pemergian isterinya dengan hujung mata. Selepas itu dia kembali kepada anak-anaknya. Belum sempat dia menyoal Uteh, kedengaran suara orang memberi salam dari luar rumah mereka.
“Assalamualaikum ooo Assalamualaikum. Salleh! Salleh! Gayah! Gayah!” begitu kuat suara diluar rumah memanggil.
Terkocoh-kocoh Encik Salleh bangun dari duduknya menuju ke pintu depan. Dengan segera dia membuka selak pintu depan.
“Waalaikumsalam.” jawab Encik Salleh sambil membuka daun pintu.
“Hah Salleh! Ada pun kau kat rumah.” kata si pemanggil itu.
“Ada. Aku tengah mengajar anak-anak aku.” jawab Encik Salleh sopan.
 “Hah! Eloklah kau ajar anak-anak kau tu! Terutama sekali si Iman tu.” si pemanggil menjawab dengan nada kasar.
“Apa maksud kau ni Sahak?” Salleh tidak faham dengan maksud Sahak si pemanggil tadi.
“Anak kau si Iman tu curi buah dekat kebun aku!” Sahak menuduh melulu.
“Iman mencuri buah dekat kebun kau?” Encik Salleh seakan tidak percaya.
“Imanlah! Siapa lagi! Anak kau si Iman tu memang jahat!” suara Sahak naik satu oktah. Nyata dia amat marah terhadap Iman.
“Kejap yea.” kata Encik Salleh kepada Sahak. “Imannnn…” panggil Encik Salleh kuat. Iman yang sedang duduk terkejut lantas bangun menuju kepada abah yang memanggilnya. Irfan turut sama berlari ke arah abahnya. Dia dapat merasakan perkara buruk akan berlaku.
“Ada apa abah?” Iman bertanya tatkala dia tiba dekat abahnya.
“Betul ke pakcik Sahak kata Iman pergi curi buah dekat kebun dia?” tanya Encik Salleh dengan nada yang tinggi. Sahak tersenyum puas melihat Iman dimarahi.
“Mana ada Iman curi buah dekat kebun pakcik Sahak.” Iman cuba membela diri.
“Kau jangan nak menipu Iman!” Sahak menyampuk.
“Iman jangan tipu abah! Abah tak pernah ajar Iman menipu, apatah lagi mencuri.” Encik Salleh semakin marah dengan Iman. Tambahan pula Sahak seolah-olah sengaja mengapi-apikan Encik Salleh.
“Betul bah! Mana ada Iman curi. Iman pergi ambil je.” belum sempat Iman membela diri, tapak tangan kanan abahnya melekat dipipi.
“Pangggg!!” Iman ditampar kuat. Irfan yang berdiri tidak jauh dari Iman terkejut. Puan Rogayah berlari ke depan tatkala mendengar suara bising-bising didepan rumahnya.
Iman jatuh tatkala ditampar abahnya. Iman mulai menangis. Puan Rogayah meluru ke arah Iman yang terjelepuk jatuh ke lantai.
“Iman..” Puan Rogayah memeluk Iman yang menangis.
“Iman tak curi abah. Percayalah cakap Iman abah.” Iman menangis dalam dakapan emaknya.
“Dasar pencuri!” Sahak mengejek memandang Iman yang menangis.
“Aku minta maaf Sahak. Berapa kerugian kau? Aku sanggup ganti.” Encik Salleh memohon maaf dari Sahak.
“Aku datang bukan nak duit kau Salleh! Aku cuma nak kau ajar anak kau supaya jangan mencuri!” jawab Sahak dengan nada berlagak.
“Takpe. Aku dah ajar dia. Sekarang biar aku bayar ganti rugi kau tu.” Encik Salleh cuba berdiplomasi dengan Sahak.
“Abah…” Irfan memanggil abahnya yang kelihatan beria-ria ingin membayar ganti rugi Sahak.
“Apa?” Encik Salleh menjawab kasar. Dia terasa malu tatkala dituduh Sahak tidak pandai mengajar anak.
“Iman tak curi pun buah dekat kebun pakcik Sahak.” Irfan cuba membela Iman walaupun dalam keadaan takut-takut.
“Kau jangan nak memandai Irfan! Kau pun nak jadi pembohong jugak macam Iman tu!” Sahak mula marah kembali tatkala Irfan membela Iman.
Encik Salleh dan Puan Rogayah memandang Irfan serentak. “Mana Along tahu?” tanya Puan Rogayah sambil dia terus memeluk dan memujuk Iman yang masih menangis.
“Along tahu Iman tak curi. Takkan Iman dikira mencuri kalau dia pergi ambil buah rambutan dekat kebun pakcik Sahak dengan Hairi anak pakcik Sahak sendiri. Lagipun berapa biji je buah rambutan tu Iman ambil.” Irfan masih takut-takut membela Iman.
“Mana kau tahu Hairi ada sama?” Sahak dengan bongkak bertanya.
 “Petang tadi masa abah suruh cari Iman, Irfan pergi cari Iman dekat rumah pakcik tapi makcik cakap Iman pergi kebun dengan Hairi. Irfan pun pergi sana sebab nak panggil Iman balik.” Irfan menjawab perlahan.
“Hah Sahak! Kalau bini kau tahu Iman pergi kebun dengan anak kau, takkan kau nak tuduh anak aku mencuri lagi!” Puan Rogayah mulai marah. Dia bengang dengan perangai Sahak yang sengaja mencari pasal dengan Iman agar Imar dimarahi abahnya.
“Aku tak kira! Bagi aku, Iman dah curi buah dekat kebun aku!” Sahak menjerit kuat sambil menghidupkan enjin motosikalnya dan berlalu pergi.
“Sahak, Sahak. Apalah yang kau dengki sangat dengan Iman ni.” Puan Rogayah menggeleng kepala melihat Sahak yang telah berlalu pergi.
“Iman…” panggil Encik Salleh lembut.
“Sudahlah abang. Lain kali siasat dulu, jangan terus menjatuhkan hukum pada anak-anak.” ucap Puan Rogayah syahdu sambil mengangkat Iman dan berlalu pergi meninggalkan suaminya di situ. Dapat Encik Salleh kesan ada air mata di bibir mata isterinya. Nyata dia kesal dengan tindakannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

leave your comment here!