Advertlets Ads

22 Jul 2014

Cinta Nurain: Part 19

Cinta Nurain: Part 19



“Jom kita pergi makan kat Lake View Café…” Rengek Sherry.
            Amna hanya tersenyum memandang Sherry. “Aku tak laparlah.”
            “Dari siang tadi kau tak makan apa-apa, kau boleh kata kau tak lapar.” Sherry hairan. Amna biasanya jarang menolak pelawaannya untuk makan bersama.
            “Aku takde selera.” Jawab Amna lemah. Diconteng-conteng nota dihadapannya. Dia tidak dapat fokus pada ulangkajinya. Peristiwa di perpustakaan siang tadi benar-benar mengganggu jiwanya. Dia tertanya-tanya adakah benar Hakim benar-benar menyesal dengan tindakannya.
            “Amna!” Amna terkejut tatkala bahunya disentuh lembut oleh Sherry.
            “Amna… Kau ada masalah ke?” Tanya Sherry lembut. Dia melabuhkan punggungnya di bucu katil Amna, bersebelahan dengan kerusi yang diduduki oleh Amna.
            ‘Aku okay je.” Amna cuba untuk tersenyum.
            “Bohonglah!” Laju Sherry menempelak. “Muka kau tu, memang tak pandai bohong tau!” Sherry tersenyum ikhlas. Cuba untuk menghiburkan sahabatnya yang satu ini. Sahabatnya yang selalu diuji hatinya dek kerana seorang lelaki yang bernama Hakim Ridzal bin Rashid.
            Amna tersenyum kelat. Sherry benar-benar memahaminya.
            “Dah-dah! Kau tak payah nak tersengih-sengih tayang gigi kau tu. Meh ikut aku pergi makan! Aku lapar ni!” Sherry bangun dan menarik tangan Amna. Amna hanya menurut langkah Sherry menuruni anak tangga apartment Kolej Kediaman Cempaka, UNIMAS menuju ke  arah Lake View Café yang terletak tidak jauh dari kolej kediaman mereka.
            “Sudah-sudahlah menungnya Amna. Dari kau tenung nasi goreng tu, baik kau telan nasi goreng tu. At least kenyang jugak perut kau tu.” Sherry menegur.
            Amna menguis-nguis nasi goreng cina di dalam pinggan dihadapannya. Tekaknya terasa pahit.
            “Amna, entahlah…. Aku sendiri pun dah berapa kali cakap dekat kau tentang hal ni. Sabar..sabar..sabar. Hal pertama yang dilakukan oleh Nabi Muhammad S.A.W ketika beliau menghadapi kesedihan yang tiada henti adalah dengan meneguhkan jiwa dalam bingkai kesabaran. Kerana dengan kesabaran itulah sesorang akan lebih mampu untuk menghadapi setiap masalah berat yang mendatanginya. Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Baqarah ayat 153 berbunyi, sesungguhnya Allah bersama-sama dengan orang yang sabar.” Bak ustazah Sherry memujuk hati Amna.
            “Aku tau tu. Dah banyak kali kau cakap dekat aku kan. Cuma aku je kekadang tewas dengan permainan syaitan yang nak aku terus sesat melayan perasaan yang tak berkesudahan ni.” Amna menjawab lemah. Sesekali disuap juga nasi goreng ke mulutnya.
            “Takpe! Aku faham keadaan kau. Cuma aku nak kau sentiasa ingat Allah. Jangan sampai kau lupakanNya.” Bicara Sherry lembut namun penuh makna.
            “Hey perempuan!” Kasar suara tersebut menerpa ke gegendang telinga Amna. Sepantas kilat Amna dan Sherry menoleh ke arah suara yang menerjah ke gegendang telinga mereka. Bingit dan kasar bunyinya.
Amna terkesima melihat susuk tubuh yang berdiri di sebelahnya. Sherry turut sama terkesima. Wajah susuk tubuh yang berdiri di sebelah mereka itu kelihatan kemerahan seolah-olah sedang menahan amarah.
            “Iye cik. Ada apa yang boleh saya bantu?” Tanya Amna lembut. Dia hairan dengan kedatangan wanita yang sedang bercekak pinggang di sebelahnya.
            “Kau tak payah nak berlembut sangat dengan aku Amna!!” Bentak suara itu kasar.
            “Cik kenal saya ke?” Amna bertanya hairan. Keningnya dikerutkan 95 darjah.
            “Kau jangan pura-pura tak kenal aku Amna!” Semakin meninggi suara wanita terbabit. Perbuatannya itu mengundang banyak mata memandang ke arah mereka. 
            Hello miss, what is your problem? Datang sini memekak macam orang gila ni.” Sherry mula masuk campur.
            “Hey perempuan! Kau diam! Kau jangan nak memandai masuk campur! Ini antara aku dengan Amna!” Wanita itu menuding jarinya kepada Sherry.
            It is okay Sherry. I will handle it.” Kata Amna lembut. Dia tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.
“Cik ni sebenarnya siapa? Apa masalah cik sebenarnya.” Amna memandang wanita yang sedang bercekak pinggang disebelahnya itu. Dia masih cuba berdiplomasi.
            “Kau jangan pura-pura tak kenal akulah Amna…” Wanita itu seakan mengejek.
            Seriously, I don’t know you.” Jawab Amna lembut.
            “Aku Raisya!” Jawab wanita itu kasar.
            “Oooo, cik Raisya. Saya ada buat salah dengan cik Raisya ke?” Amna inginkan kepastian. Suaranya perlahan. Dia malu dengan orang-orang disekeliling mereka yang turut berada di café tersebut yang mula memerhatikan mereka.
            “Hah! Apa masalah Amna dengan kau ni? Dia tak kenal kau pun!” Sherry turut menyampuk. Dijelingnya Raisya yang masih bercekak pinggang.
            “Kau jangan masih campur!” Sekali lagi Raisya menuding jarinya ke arah Sherry.
            Of course aku perlu masuk campur. Yang kau macam orang gila tiba-tiba datang serang kawan aku ni apa hal?” Suara Sherry mula meninggi. Terasa tercabar dengan kebiadapan Raisya.
            “Sherry… Sabar yea.. Let me handle it.” Pujuk Amna lembut. Dia tidak mahu keadaan menjadi lebih keruh. Dia sendiri bingung kerana diserang tanpa tahu hujung pangkal.
            “Aku tak nak kau ganggu Hakim lagi!!” Keras nada amaran Raisya secara tiba-tiba. Jari telunjuknya dituding ke arah wajah Amna.
            What???” Amna terkejut tatkala nama Hakim dikaitkan. Sekarang barulah dia faham punca Raisya mengamuk. Sherry turut sama terkejut.
            “Hey perempuan. Kau tu yang jangan ganggu Hakim lagi.” Sherry yang terkejut dengan kata-kata Raisya tadi namun masih mampu menyampuk dan memberi amaran kepada Raisya.
            “Sudah Sherry… Sudah…” Amna menenangkan Sherry yang seakan-akan ingin menerkam Raisya.
            “Sebenarnya apa yang cik nak?” Amna bertanya lembut. Dia masih memegang Sherry yang seolah-olah ingin menerkam dan membelasah Raisya.
            “Kau pekak ke apa? Aku nak kau jauhkan diri kau dari Hakim! Tak reti-reti bahasa lagi ke?” Bebola mata Raisya mencanak marah. Dia marah kerana Hakim memilih untuk bersama Amna bukannya dia.
            “Saya dengan Hakim takde apa-apa hubungan.” Jawab Amna perlahan. Dia cuba menahan air matanya dari mengalir.
“Bohong! Aku Nampak kau dengan Hakim dekat library pagi tadi!” Laju Raisya menempelak kata-kata Amna.
“Hey perempuan! Kau pekak ke Amna kata dia takde apa-apa hubungan dengan Hakim sengal tu!” Sherry menyampuk. Terasa bengang tatkala rakan baiknya diperlakukan sedemikian rupa. Tidak cukup Hakim melukakan hati Amna, kini perempuan meroyan bernama Raisya pula datang menambah cuka di luka hati Amna.
“Kau memang menyibuk kan? Suka menyampuk!” Raisya menjeling Sherry yang masih berada didalam pelukan Amna.
“Kau ni… Kalau ikutkan hati aku, mahu aku debik kau ni sekali. Baru kau rasa! Dah lah perampas!!” Mata Sherry mencanak tajam.
“Sudahlah cik Raisya. Saya dengan Hakim takde apa-apa hubungan. Tak payahlah cik Raisya nak buat kecoh kat sini.” Amna mual dengan drama ini. Dia ingin Raisya cepat-cepat pergi meninggalkan mereka. Dia malu drama mereka menjadi tatapan umum pada malam ini.
“Kau ingat aku bodoh ke Amna? Aku Nampak Hakim pujuk rayu kau tadi.” Raisya nampaknya masih tidak berpuas hati.
“Hey! Amna tak hinginlah dekat Hakim tu. Perempuan macam kau je yang nak kat Hakim sengal tu.” Sherry yang menjawab.
“Eeeee.. Kau ke Amna? Yang kau sibuk-sibuk nak jawab tu apa hal?” Raisya bertambah bengang terhadap Sherry.
“Yang kau tu pulak sibuk-sibuk suruh Amna tinggalkan Hakim apa kes? Kau tahu tak yang si Amna ni dah bertahun-tahun bercinta dengan si Hakim tu. Sejak dari zaman dia orang sekolah lagi. Tau tak???” Sherry meninggikan suaranya.
“Hakim dah tinggalkan Amna untuk aku!” Raisya menjawab biadap.
“Eeee… Aku cepuk jugak budak ni karang!” Sherry hilang sabar. Budak bernama Raisya ni benar-benar mencabar kesabarannya. Dia melihat Amna di sebelah kelihatan tenang sahaja seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.
“Cepuk kau je yang kau tau. Cepuk aku, kau tau tak?” Laju Raisya menjawab kata-kata Sherry.
Amna hanya berdiam diri dan berpeluk tubuh di tepi memerhatikan Sherry dan Raisya yang sibuk bertekak. Hati dan fikirannya terasa kosong di saat ini.
“Hey Amna!” Amna tersedar. “Kau dengar tak apa yang aku cakap! Mulai dari saat ni aku tak nak tengok lagi kau dekat dengan Hakim!” Keras nada suara Raisya. Ditolaknya tubuh Amna.
Tanpa semena-mena Amna terus terjatuh. Dia tidak sempat untuk mengimbangi badannya tatkala ditolak oleh Raisya. Dengan cepat Sherry menerpa ke arah Amna untuk membantu Amna. Kelihatan juga beberapa pelajar lain yang turut berada di café itu menerpa ke arah Amna dan Raisya. Ada yang memegang Raisya kerana bimbang Raisya akan mencederakan Amna pula.
“Hey! Kau jangan bidap sangat yea!” Sherry segera bangun menuju ke tempat Raisya berdiri setelah memastikan Amna berada dalam keadaan okay.     
Serves her right! Siapa suruh ganggu hak aku!” Raisya menjawab dengan penuh bongkak.
“Eeee kau ni. Aku cakap kau bodoh kang kau marah! Tang mana yang kau tak faham hah?! Berapa kali aku nak bagitahu kau yang Amna dengan Hakim dah couple sejak zaman sekolah lagi. Dia orang tak pernah putus sebab tiap kali Amna mintak putus, Hakim sengal tu akan merayu supaya Amna terima dia balik. Kalau Hakim beritahu kau yang dia dah putus dengan Amna, itu tandanya kau dah kena kelentong dengan mamat sengal tu! Puas hati? Nak aku tambah lagi?” Sherry puas hati. Dia berjaya menyakitkan hati Raisya yang gedik itu.
“Ahh!! Aku tak percaya! Amna tu yang tergedik-gedik tak nak Hakim tinggalkan dia.” Raisya tak nak mengalahkan walaupun dia sebenarnya agak cuak mendengar kata-kata Sherry itu. Mungkin benar Hakim menipunya kerana siang tadi Hakim seolah-olah menyebelahi Amna.
“Kau ni memang bangang tahap dewa kan? Tu laa dia, pakai lagi make up tebal-tebal lepas tu letak macam-macam aksesori atas kepala. Dah kepala tu berat, lepas tu bebal nak mampus! Hakim tu memang spesis buaya darat. Dah banyak perempuan kena main dengan dia. Dia cintakan Amna seorang, yang lain-lain tu buat stok suka-suka je. Tu lah dik, dengar sini nasihat akak ni. Awak tu baru first year, dah berani datang serang senior. Ada hati pulak tu nak tuduh orang perampas! Lain kali better kau bukak mata luas-luas. Kenal dulu siapa Hakim sebenarnya. Atau lebih baik lagi, baik kau pergi tanya senior-senior kau dekat Fakulti Kejuruteraan tu, siapa Hakim sebenarnya!” Panjang lebar Sherry mentarbiyah budak yang bernama Raisya ini.
“Arghhhhh!! Korang sama je!” Raisya menjerit. Dia melepaskan tangannya dari pegangan beberapa pelajar yang cuba meleraikan pertikaian mereka tadi. Dengan bengang dia melangkah pergi namun sempat dia menghadiahkan jelingan yang tajam buat Amna. Amna terkesima.
Usai Raisya berlalu pergi, beberapa pelajar yang turut berada di situ tadi turut sama beredar meninggalkan Sherry dan Amna.
Are you okay Amna?” Tanya Sherry lembut.
I am okay Sherry. Just… Really shocked with everything has happened.” Amna menjawab perlahan.
Sherry membantu Amna bangun. “Dah, jom balik.” Sherry memimpin tangan Amna. Mereka berjalan beriringan pulang ke kolej tanpa sempat menghabiskan makanan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

leave your comment here!