Cinta Nurain: Part 20
Jam loceng di tepi meja sebelah katil berbunyi. Dengan
malas Amna membuka matanya. Digosok-gosok perlahan matanya. “Hemm, dah 5.30
pagi.” Bisik Amna sendirian. Dia dengan malas bangun dan menolak perlahan
selimut yang membaluti dirinya. Amna meluaskan biji matanya melihat Sherry yang
masih nyenyak tidur dan berbungkus dengan selimut.
“Hemmmmmm..”
Amna mengeluh perlahan. Kejadian malam tadi cuba dipadamnya namun ia bagaikan
sengaja berlegar-legar di ruang fikirannya.
“Ya Allah,
kuatkanlah hatiku.” Amna meraup wajahnya lalu menadah tangannya berdoa.
“Allahumma inni a’uzubika minal hammi walhazan. Wa’a’uzubika
minal ‘ajzi wal kasal wa’a’uzubika minal jubni wal bukhli, wa ‘a’uzubika min
ghalabatid daini waqahrir rijaal.”
yang
bermaksud:
“Ya Allah aku berlindung kepada-Mu daripada rundungan sedih dan
duka. Aku berlindung kepada-Mu dari sifat lemah dan malas. Aku berlindung
kepada-Mu daripada sifat pengecut dan kedekut. Aku berlindung kepada-Mu dari
beban hutang dan penindasan orang.”
Usai memanjatkan doa pagi itu supaya dilindungi dari
rundungan sedih dan duka, Amna bingkas bangun dan membersihkan diri bagi
menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang muslim. Amna tidak lupa untuk
mengejutkan Sherry supaya mereka dapat berjemaah bersama-sama.
****
“Morning!” Sapa Sherry sambil melabuhkan punggungnya di
kerusi meja makan di hadapan Amna.
“Morning…” Jawab Amna lembut. Dia cuba untuk tersenyum.
“Kau buat air apa ni?” Tanya Sherry sambil menelek ke
dalam teko air dihadapan mereka.
“Macam biasa. Milo
panas.” Amna menjawab lemah.
“Nescafe dah habis ke?” Sherry bertanya lagi.
“Ada.
Cuma malas nak bancuh nescafe. Kepala aku sakit, kalau minum nescafe nanti
bertambah pulak sakit kepala aku ni.” Jawab Amna sambil menuangkan milo panas
ke dalam mug di hadapan Sherry.
“Budak-budak lain mana?” Sherry memandang ruang tamu
apartment mereka yang kosong.
“Entah! Ada
yang dah start exam hari ni, ada yang pergi library, ada yang membuta lagi kat
bilik kot.” Jawab Amna acuh tak acuh tentang teman serumah mereka yang selalu
sibuk dengan urusan masing-masing. Di rumah itu, hanya Amna dan Sherry sahaja
yang kerap meluangkan masa sarapan dan solat berjemaah bersama-sama. Sherry
hanya mengangguk-anggukkan kepala tanda mengiyakan.
“Errrr…. Kau okay ke Amna?” Sherry bertanya was-was. Dia
hairan melihat Amna kelihatan seperti biasa seperti tiada apa-apa yang berlaku.
“Aku okay!” Amna menjawab yakin.
“Mulut bisa menipu tapi wajah jarang menipu.” Bicara
Sherry perlahan sambil menghirup milo panas.
“Perli aku ekk?” Amna angkat wajah.
“Mana ada!” Cepat Sherry membalas. “Kau lupakan je si
Hakim tu.” Sherry menyambung. Amna terkesima. Dia menundukkan kembali wajahnya.
“Kau tak serik ke?” Sherry memandang tepat ke wajah Amna.
“Nasib baik kita dah last semester kat sini. Kalau tak, tak tau nak letak kat
mana muka ni semester depan. Semua orang tengok drama kita semalam.” Sherry menambah.
“Sorry sebab drag kau dalam masalah aku.” Perlahan bicara
Amna.
“Errrr, Amna… Aku bukan… Errr, aku tak bermaksud…. Errr…”
Sherry gagap. Tanpa sedar dia telah mengecilkan hati Amna. Sherry
mengetuk-ngetuk mulutnya sendiri kerana terlalu lancang berbicara.
“Tak, memang salah aku pun. Degil! Tak nak dengar cakap
kau.” Amna mengakui kesilapannya.
“Aku harap kau dapat ambil iktibar dari peristiwa
semalam. Lupakan jelah si Hakim tu. Banyak lagi lelaki lain kat dunia ni. Nasib
baiklah si Raisya tu tak agresif sangat semalam, kalau agresif mau lebam-lebam
kau kena belasah dengan dia dan mujur pulak takde pak guard lalu kat kawasan café tu.
Kalau tak gerenti kena panggil dengan HEP korang, termasuklah aku.” Sherry
menasihati Amna.
“A’aah kan.
Nasib baik takde pak guard round. Kalau tak confirm nama naik kat HEP.
Habislah reputasi aku selaku pelajar anugerah dekan setiap semester. Hahahaha.”
Amna ketawa perlahan. Terasa lucu sekiranya namanya dipanggil pihak atasan
kerana pergaduhan sedangkan selama ini pihak atasan mengenalinya sebagai
pelajar cemerlang Fakulti Ekonomi dan Perniagaan.
“Tu laa pasal! Glamer kau nok!” Sherry turut sama
tertawa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
leave your comment here!