Advertlets Ads

31 Jul 2014

Ceritera Aku: Beraya Bersama Teman

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ
 
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
 
 
Oke, next berkesempatan meet kak sue & kak mimi my new friends i have met in media sosial. 
 
Err, BFF iols si tiey pun ada mengikut meet this both sweetie girl.
 

 

ceritera aku: Raya Bersama Keluarga

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ
 
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
 

Dear Uols Readers Sekalian,

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Selamat Menyambut Hari Kemenangan

Maaf Zahir & Batin


Raya kami sekeluarga tahun ini hanya bersederhana. Kami sekeluarga masih lagi bersedih atas kehilangan kekanda tersayang dan ini merupakan Aidilfitri pertama kami tanpa dia disisi. Alhamdulillah, kami sekeluarga berkesempatan menziarahi pusaranya sehari sebelum hari raya, hari raya pertama dan hari raya kedua.
 
Oke, straight to the point, next gambar raya kitaorang sekeluarga. =)
 
 
 






22 Jul 2014

Cinta Nurain: Part 20

Cinta Nurain: Part 20



Jam loceng di tepi meja sebelah katil berbunyi. Dengan malas Amna membuka matanya. Digosok-gosok perlahan matanya. “Hemm, dah 5.30 pagi.” Bisik Amna sendirian. Dia dengan malas bangun dan menolak perlahan selimut yang membaluti dirinya. Amna meluaskan biji matanya melihat Sherry yang masih nyenyak tidur dan berbungkus dengan selimut.
            “Hemmmmmm..” Amna mengeluh perlahan. Kejadian malam tadi cuba dipadamnya namun ia bagaikan sengaja berlegar-legar di ruang fikirannya.
            “Ya Allah, kuatkanlah hatiku.” Amna meraup wajahnya lalu menadah tangannya berdoa.
Allahumma inni a’uzubika minal hammi walhazan. Wa’a’uzubika minal ‘ajzi wal kasal wa’a’uzubika minal jubni wal bukhli, wa ‘a’uzubika min ghalabatid daini waqahrir rijaal.”
yang bermaksud:
Ya Allah aku berlindung kepada-Mu daripada rundungan sedih dan duka. Aku berlindung kepada-Mu dari sifat lemah dan malas. Aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan kedekut. Aku berlindung kepada-Mu dari beban hutang dan penindasan orang.
            Usai memanjatkan doa pagi itu supaya dilindungi dari rundungan sedih dan duka, Amna bingkas bangun dan membersihkan diri bagi menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang muslim. Amna tidak lupa untuk mengejutkan Sherry supaya mereka dapat berjemaah bersama-sama.
****
            Morning!” Sapa Sherry sambil melabuhkan punggungnya di kerusi meja makan di hadapan Amna.
            Morning…” Jawab Amna lembut. Dia cuba untuk tersenyum.
            “Kau buat air apa ni?” Tanya Sherry sambil menelek ke dalam teko air dihadapan mereka.
            “Macam biasa. Milo panas.” Amna menjawab lemah.
            “Nescafe dah habis ke?” Sherry bertanya lagi.
            “Ada. Cuma malas nak bancuh nescafe. Kepala aku sakit, kalau minum nescafe nanti bertambah pulak sakit kepala aku ni.” Jawab Amna sambil menuangkan milo panas ke dalam mug di hadapan Sherry.
            “Budak-budak lain mana?” Sherry memandang ruang tamu apartment mereka yang kosong.
            “Entah! Ada yang dah start exam hari ni, ada yang pergi library, ada yang membuta lagi kat bilik kot.” Jawab Amna acuh tak acuh tentang teman serumah mereka yang selalu sibuk dengan urusan masing-masing. Di rumah itu, hanya Amna dan Sherry sahaja yang kerap meluangkan masa sarapan dan solat berjemaah bersama-sama. Sherry hanya mengangguk-anggukkan kepala tanda mengiyakan.
            “Errrr…. Kau okay ke Amna?” Sherry bertanya was-was. Dia hairan melihat Amna kelihatan seperti biasa seperti tiada apa-apa yang berlaku.
            “Aku okay!” Amna menjawab yakin.
            “Mulut bisa menipu tapi wajah jarang menipu.” Bicara Sherry perlahan sambil menghirup milo panas.
            “Perli aku ekk?” Amna angkat wajah.
            “Mana ada!” Cepat Sherry membalas. “Kau lupakan je si Hakim tu.” Sherry menyambung. Amna terkesima. Dia menundukkan kembali wajahnya.
            “Kau tak serik ke?” Sherry memandang tepat ke wajah Amna. “Nasib baik kita dah last semester kat sini. Kalau tak, tak tau nak letak kat mana muka ni semester depan. Semua orang tengok drama kita semalam.” Sherry menambah.
            Sorry sebab drag kau dalam masalah aku.” Perlahan bicara Amna.
            “Errrr, Amna… Aku bukan… Errr, aku tak bermaksud…. Errr…” Sherry gagap. Tanpa sedar dia telah mengecilkan hati Amna. Sherry mengetuk-ngetuk mulutnya sendiri kerana terlalu lancang berbicara.
            “Tak, memang salah aku pun. Degil! Tak nak dengar cakap kau.” Amna mengakui kesilapannya.
            “Aku harap kau dapat ambil iktibar dari peristiwa semalam. Lupakan jelah si Hakim tu. Banyak lagi lelaki lain kat dunia ni. Nasib baiklah si Raisya tu tak agresif sangat semalam, kalau agresif mau lebam-lebam kau kena belasah dengan dia dan mujur pulak takde pak guard lalu kat kawasan café tu. Kalau tak gerenti kena panggil dengan HEP korang, termasuklah aku.” Sherry menasihati Amna.
            “A’aah kan. Nasib baik takde pak guard round. Kalau tak confirm nama naik kat HEP. Habislah reputasi aku selaku pelajar anugerah dekan setiap semester. Hahahaha.” Amna ketawa perlahan. Terasa lucu sekiranya namanya dipanggil pihak atasan kerana pergaduhan sedangkan selama ini pihak atasan mengenalinya sebagai pelajar cemerlang Fakulti Ekonomi dan Perniagaan.
            “Tu laa pasal! Glamer kau nok!” Sherry turut sama tertawa.

Cinta Nurain: Part 19

Cinta Nurain: Part 19



“Jom kita pergi makan kat Lake View Café…” Rengek Sherry.
            Amna hanya tersenyum memandang Sherry. “Aku tak laparlah.”
            “Dari siang tadi kau tak makan apa-apa, kau boleh kata kau tak lapar.” Sherry hairan. Amna biasanya jarang menolak pelawaannya untuk makan bersama.
            “Aku takde selera.” Jawab Amna lemah. Diconteng-conteng nota dihadapannya. Dia tidak dapat fokus pada ulangkajinya. Peristiwa di perpustakaan siang tadi benar-benar mengganggu jiwanya. Dia tertanya-tanya adakah benar Hakim benar-benar menyesal dengan tindakannya.
            “Amna!” Amna terkejut tatkala bahunya disentuh lembut oleh Sherry.
            “Amna… Kau ada masalah ke?” Tanya Sherry lembut. Dia melabuhkan punggungnya di bucu katil Amna, bersebelahan dengan kerusi yang diduduki oleh Amna.
            ‘Aku okay je.” Amna cuba untuk tersenyum.
            “Bohonglah!” Laju Sherry menempelak. “Muka kau tu, memang tak pandai bohong tau!” Sherry tersenyum ikhlas. Cuba untuk menghiburkan sahabatnya yang satu ini. Sahabatnya yang selalu diuji hatinya dek kerana seorang lelaki yang bernama Hakim Ridzal bin Rashid.
            Amna tersenyum kelat. Sherry benar-benar memahaminya.
            “Dah-dah! Kau tak payah nak tersengih-sengih tayang gigi kau tu. Meh ikut aku pergi makan! Aku lapar ni!” Sherry bangun dan menarik tangan Amna. Amna hanya menurut langkah Sherry menuruni anak tangga apartment Kolej Kediaman Cempaka, UNIMAS menuju ke  arah Lake View Café yang terletak tidak jauh dari kolej kediaman mereka.
            “Sudah-sudahlah menungnya Amna. Dari kau tenung nasi goreng tu, baik kau telan nasi goreng tu. At least kenyang jugak perut kau tu.” Sherry menegur.
            Amna menguis-nguis nasi goreng cina di dalam pinggan dihadapannya. Tekaknya terasa pahit.
            “Amna, entahlah…. Aku sendiri pun dah berapa kali cakap dekat kau tentang hal ni. Sabar..sabar..sabar. Hal pertama yang dilakukan oleh Nabi Muhammad S.A.W ketika beliau menghadapi kesedihan yang tiada henti adalah dengan meneguhkan jiwa dalam bingkai kesabaran. Kerana dengan kesabaran itulah sesorang akan lebih mampu untuk menghadapi setiap masalah berat yang mendatanginya. Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Baqarah ayat 153 berbunyi, sesungguhnya Allah bersama-sama dengan orang yang sabar.” Bak ustazah Sherry memujuk hati Amna.
            “Aku tau tu. Dah banyak kali kau cakap dekat aku kan. Cuma aku je kekadang tewas dengan permainan syaitan yang nak aku terus sesat melayan perasaan yang tak berkesudahan ni.” Amna menjawab lemah. Sesekali disuap juga nasi goreng ke mulutnya.
            “Takpe! Aku faham keadaan kau. Cuma aku nak kau sentiasa ingat Allah. Jangan sampai kau lupakanNya.” Bicara Sherry lembut namun penuh makna.
            “Hey perempuan!” Kasar suara tersebut menerpa ke gegendang telinga Amna. Sepantas kilat Amna dan Sherry menoleh ke arah suara yang menerjah ke gegendang telinga mereka. Bingit dan kasar bunyinya.
Amna terkesima melihat susuk tubuh yang berdiri di sebelahnya. Sherry turut sama terkesima. Wajah susuk tubuh yang berdiri di sebelah mereka itu kelihatan kemerahan seolah-olah sedang menahan amarah.
            “Iye cik. Ada apa yang boleh saya bantu?” Tanya Amna lembut. Dia hairan dengan kedatangan wanita yang sedang bercekak pinggang di sebelahnya.
            “Kau tak payah nak berlembut sangat dengan aku Amna!!” Bentak suara itu kasar.
            “Cik kenal saya ke?” Amna bertanya hairan. Keningnya dikerutkan 95 darjah.
            “Kau jangan pura-pura tak kenal aku Amna!” Semakin meninggi suara wanita terbabit. Perbuatannya itu mengundang banyak mata memandang ke arah mereka. 
            Hello miss, what is your problem? Datang sini memekak macam orang gila ni.” Sherry mula masuk campur.
            “Hey perempuan! Kau diam! Kau jangan nak memandai masuk campur! Ini antara aku dengan Amna!” Wanita itu menuding jarinya kepada Sherry.
            It is okay Sherry. I will handle it.” Kata Amna lembut. Dia tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.
“Cik ni sebenarnya siapa? Apa masalah cik sebenarnya.” Amna memandang wanita yang sedang bercekak pinggang disebelahnya itu. Dia masih cuba berdiplomasi.
            “Kau jangan pura-pura tak kenal akulah Amna…” Wanita itu seakan mengejek.
            Seriously, I don’t know you.” Jawab Amna lembut.
            “Aku Raisya!” Jawab wanita itu kasar.
            “Oooo, cik Raisya. Saya ada buat salah dengan cik Raisya ke?” Amna inginkan kepastian. Suaranya perlahan. Dia malu dengan orang-orang disekeliling mereka yang turut berada di café tersebut yang mula memerhatikan mereka.
            “Hah! Apa masalah Amna dengan kau ni? Dia tak kenal kau pun!” Sherry turut menyampuk. Dijelingnya Raisya yang masih bercekak pinggang.
            “Kau jangan masih campur!” Sekali lagi Raisya menuding jarinya ke arah Sherry.
            Of course aku perlu masuk campur. Yang kau macam orang gila tiba-tiba datang serang kawan aku ni apa hal?” Suara Sherry mula meninggi. Terasa tercabar dengan kebiadapan Raisya.
            “Sherry… Sabar yea.. Let me handle it.” Pujuk Amna lembut. Dia tidak mahu keadaan menjadi lebih keruh. Dia sendiri bingung kerana diserang tanpa tahu hujung pangkal.
            “Aku tak nak kau ganggu Hakim lagi!!” Keras nada amaran Raisya secara tiba-tiba. Jari telunjuknya dituding ke arah wajah Amna.
            What???” Amna terkejut tatkala nama Hakim dikaitkan. Sekarang barulah dia faham punca Raisya mengamuk. Sherry turut sama terkejut.
            “Hey perempuan. Kau tu yang jangan ganggu Hakim lagi.” Sherry yang terkejut dengan kata-kata Raisya tadi namun masih mampu menyampuk dan memberi amaran kepada Raisya.
            “Sudah Sherry… Sudah…” Amna menenangkan Sherry yang seakan-akan ingin menerkam Raisya.
            “Sebenarnya apa yang cik nak?” Amna bertanya lembut. Dia masih memegang Sherry yang seolah-olah ingin menerkam dan membelasah Raisya.
            “Kau pekak ke apa? Aku nak kau jauhkan diri kau dari Hakim! Tak reti-reti bahasa lagi ke?” Bebola mata Raisya mencanak marah. Dia marah kerana Hakim memilih untuk bersama Amna bukannya dia.
            “Saya dengan Hakim takde apa-apa hubungan.” Jawab Amna perlahan. Dia cuba menahan air matanya dari mengalir.
“Bohong! Aku Nampak kau dengan Hakim dekat library pagi tadi!” Laju Raisya menempelak kata-kata Amna.
“Hey perempuan! Kau pekak ke Amna kata dia takde apa-apa hubungan dengan Hakim sengal tu!” Sherry menyampuk. Terasa bengang tatkala rakan baiknya diperlakukan sedemikian rupa. Tidak cukup Hakim melukakan hati Amna, kini perempuan meroyan bernama Raisya pula datang menambah cuka di luka hati Amna.
“Kau memang menyibuk kan? Suka menyampuk!” Raisya menjeling Sherry yang masih berada didalam pelukan Amna.
“Kau ni… Kalau ikutkan hati aku, mahu aku debik kau ni sekali. Baru kau rasa! Dah lah perampas!!” Mata Sherry mencanak tajam.
“Sudahlah cik Raisya. Saya dengan Hakim takde apa-apa hubungan. Tak payahlah cik Raisya nak buat kecoh kat sini.” Amna mual dengan drama ini. Dia ingin Raisya cepat-cepat pergi meninggalkan mereka. Dia malu drama mereka menjadi tatapan umum pada malam ini.
“Kau ingat aku bodoh ke Amna? Aku Nampak Hakim pujuk rayu kau tadi.” Raisya nampaknya masih tidak berpuas hati.
“Hey! Amna tak hinginlah dekat Hakim tu. Perempuan macam kau je yang nak kat Hakim sengal tu.” Sherry yang menjawab.
“Eeeee.. Kau ke Amna? Yang kau sibuk-sibuk nak jawab tu apa hal?” Raisya bertambah bengang terhadap Sherry.
“Yang kau tu pulak sibuk-sibuk suruh Amna tinggalkan Hakim apa kes? Kau tahu tak yang si Amna ni dah bertahun-tahun bercinta dengan si Hakim tu. Sejak dari zaman dia orang sekolah lagi. Tau tak???” Sherry meninggikan suaranya.
“Hakim dah tinggalkan Amna untuk aku!” Raisya menjawab biadap.
“Eeee… Aku cepuk jugak budak ni karang!” Sherry hilang sabar. Budak bernama Raisya ni benar-benar mencabar kesabarannya. Dia melihat Amna di sebelah kelihatan tenang sahaja seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.
“Cepuk kau je yang kau tau. Cepuk aku, kau tau tak?” Laju Raisya menjawab kata-kata Sherry.
Amna hanya berdiam diri dan berpeluk tubuh di tepi memerhatikan Sherry dan Raisya yang sibuk bertekak. Hati dan fikirannya terasa kosong di saat ini.
“Hey Amna!” Amna tersedar. “Kau dengar tak apa yang aku cakap! Mulai dari saat ni aku tak nak tengok lagi kau dekat dengan Hakim!” Keras nada suara Raisya. Ditolaknya tubuh Amna.
Tanpa semena-mena Amna terus terjatuh. Dia tidak sempat untuk mengimbangi badannya tatkala ditolak oleh Raisya. Dengan cepat Sherry menerpa ke arah Amna untuk membantu Amna. Kelihatan juga beberapa pelajar lain yang turut berada di café itu menerpa ke arah Amna dan Raisya. Ada yang memegang Raisya kerana bimbang Raisya akan mencederakan Amna pula.
“Hey! Kau jangan bidap sangat yea!” Sherry segera bangun menuju ke tempat Raisya berdiri setelah memastikan Amna berada dalam keadaan okay.     
Serves her right! Siapa suruh ganggu hak aku!” Raisya menjawab dengan penuh bongkak.
“Eeee kau ni. Aku cakap kau bodoh kang kau marah! Tang mana yang kau tak faham hah?! Berapa kali aku nak bagitahu kau yang Amna dengan Hakim dah couple sejak zaman sekolah lagi. Dia orang tak pernah putus sebab tiap kali Amna mintak putus, Hakim sengal tu akan merayu supaya Amna terima dia balik. Kalau Hakim beritahu kau yang dia dah putus dengan Amna, itu tandanya kau dah kena kelentong dengan mamat sengal tu! Puas hati? Nak aku tambah lagi?” Sherry puas hati. Dia berjaya menyakitkan hati Raisya yang gedik itu.
“Ahh!! Aku tak percaya! Amna tu yang tergedik-gedik tak nak Hakim tinggalkan dia.” Raisya tak nak mengalahkan walaupun dia sebenarnya agak cuak mendengar kata-kata Sherry itu. Mungkin benar Hakim menipunya kerana siang tadi Hakim seolah-olah menyebelahi Amna.
“Kau ni memang bangang tahap dewa kan? Tu laa dia, pakai lagi make up tebal-tebal lepas tu letak macam-macam aksesori atas kepala. Dah kepala tu berat, lepas tu bebal nak mampus! Hakim tu memang spesis buaya darat. Dah banyak perempuan kena main dengan dia. Dia cintakan Amna seorang, yang lain-lain tu buat stok suka-suka je. Tu lah dik, dengar sini nasihat akak ni. Awak tu baru first year, dah berani datang serang senior. Ada hati pulak tu nak tuduh orang perampas! Lain kali better kau bukak mata luas-luas. Kenal dulu siapa Hakim sebenarnya. Atau lebih baik lagi, baik kau pergi tanya senior-senior kau dekat Fakulti Kejuruteraan tu, siapa Hakim sebenarnya!” Panjang lebar Sherry mentarbiyah budak yang bernama Raisya ini.
“Arghhhhh!! Korang sama je!” Raisya menjerit. Dia melepaskan tangannya dari pegangan beberapa pelajar yang cuba meleraikan pertikaian mereka tadi. Dengan bengang dia melangkah pergi namun sempat dia menghadiahkan jelingan yang tajam buat Amna. Amna terkesima.
Usai Raisya berlalu pergi, beberapa pelajar yang turut berada di situ tadi turut sama beredar meninggalkan Sherry dan Amna.
Are you okay Amna?” Tanya Sherry lembut.
I am okay Sherry. Just… Really shocked with everything has happened.” Amna menjawab perlahan.
Sherry membantu Amna bangun. “Dah, jom balik.” Sherry memimpin tangan Amna. Mereka berjalan beriringan pulang ke kolej tanpa sempat menghabiskan makanan.

Ceritera Aku: Iftar Bersama Teman Terbaikku

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ
 
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
 
 
Alhamdulillah, tanggal 21 Ramadhan baru~baru ni, dapat jugak iols beriftar dengan teman terbaik iols. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah, Allah SWT hantarkan iols dua (2) orang sahabat yang terbaik didunia dan In Sha Allah di akhirat kelak. 
 
Dua sahabat baik iols ni, namanya Noraidah Zulkifli (Bed/Bedoh) & Nurwati Fadzlina Othman (Tiey/Ebak). Alhamdulillah 2 sahabat iols ni sahabat yang benar~benar memahami iols dan sentiasa berada dengan iols walau dalam susah atau senang. 2 sahabat yang sentiasa memberikan iols semangat. 2 sahabat ini yang sanggupkan tinggal kerja mereka disaat iols benar~benar perlukan mereka tatkala iols kehilangan kekanda iols. Alhamdulillah, 2 sahabat iols ni ada disisi tika itu. Malah si bed tu tanya iols nak apa~apa tak time tu, dan dengan tiada perasaan iols jawab nak semua ais krim yang ada dkt mekdi. Tanpa iols sangka, petang tu dia hantar semua ais krim yang ada dekat mekdi kat iols. Terharu rasanya bila ada seorang sahabat sebegitu.
 
 Err, jauh pulak iols melalut eh! Sebenarnya posting ni ditulis sebab iols nak share gambar yang tak seberapa masa iols iftar aritu. Hehehe. Jangan marah arrr.. =)






16 Jul 2014

Dakwah: Fadhilat Solat Tarawikh Sepanjang Ramadhan


FADHILAT SOLAT TARAWIKH

Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadilat (kelebihan) sembahyang sunat tarawikh pada bulan Ramadan :

Malam Pertama
Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.

Malam ke 2
Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang tarawikh serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).

Malam ke 3
Berseru Malaikat di bawah ‘Arasy supaya kami meneruskan sembahyang tarawikh terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.

Malam ke 4
Memperolehi pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Malam ke 5
Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah (Masjid Nabawi) dan Masjidil Aqsa.

Malam ke 6
Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Mamur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawikh pada malam ini.

Malam ke 7
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi Alaihissalam menentang musuh ketatnya Firaun dan Hamman.

Malam ke 8
Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawikh sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim Alaihissalam.

Malam ke 9
Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.

Malam ke 10
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.

Malam ke 11
Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.

Malam ke 12
Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).

Malam ke 13
Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

Malam ke 14
Datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang tarawikh, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.

Malam ke 15
Semua Malaikat yang menanggung Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

Malam ke 16
Allah SWT tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.

Malam ke 17
Allah kurniakan orang yang bertarawikh pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

Malam ke 18
Seru Malaikat: Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati).

Malam ke 19
Allah SWT tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

Malam ke 20
Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.

Malam ke 21
Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.

Malam ke 22
Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huruhara di Padang Masyar).

Malam ke 23
Allah SWT binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.

Malam ke 24
Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang bertarawikh malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).

Malam ke 25
Allah Taala angkatkan daripada siksa kubur.

Malam ke 26
Allah kurniakan kepada orang bertarawikh pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.

Malam ke 27
Allah kurniakan orang bertarawikh pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.

Malam ke 28
Allah SWT kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.

Malam ke 29
Allah SWT kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.

Malam ke 30
Allah SWT beri penghormatan kepada orang bertarawikh pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman: “Hai hambaKu: makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama Al-Kauthar.”

Semoga amalan kita dalam bulan ini diterima-Nya..Amin