FADHILAT SOLAT TARAWIKH
Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W.,
sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang
fadilat (kelebihan) sembahyang sunat tarawikh pada bulan Ramadan :
Malam Pertama
Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.
Malam ke 2
Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang tarawikh serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).
Malam ke 3
Berseru Malaikat di bawah ‘Arasy supaya kami meneruskan
sembahyang tarawikh terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.
Malam ke 4
Memperolehi pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
Malam ke 5
Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di
Masjidilharam, Masjid Madinah (Masjid Nabawi) dan Masjidil Aqsa.
Malam ke 6
Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat
yang tawaf di Baitul Mamur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap
batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa
orang yang mengerjakan sembahyang tarawikh pada malam ini.
Malam ke 7
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta
menolong Nabi Alaihissalam menentang musuh ketatnya Firaun dan Hamman.
Malam ke 8
Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawikh
sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim
Alaihissalam.
Malam ke 9
Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.
Malam ke 10
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.
Malam ke 11
Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.
Malam ke 12
Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).
Malam ke 13
Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.
Malam ke 14
Datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang tarawikh, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.
Malam ke 15
Semua Malaikat yang menanggung Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
Malam ke 16
Allah SWT tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.
Malam ke 17
Allah kurniakan orang yang bertarawikh pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
Malam ke 18
Seru Malaikat: Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah
redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati).
Malam ke 19
Allah SWT tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
Malam ke 20
Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.
Malam ke 21
Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.
Malam ke 22
Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap
dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huruhara di Padang
Masyar).
Malam ke 23
Allah SWT binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.
Malam ke 24
Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang bertarawikh malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).
Malam ke 25
Allah Taala angkatkan daripada siksa kubur.
Malam ke 26
Allah kurniakan kepada orang bertarawikh pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.
Malam ke 27
Allah kurniakan orang bertarawikh pada malam ini
ketangkasan melintas atas titian Sirotolmustaqim seperti kilat
menyambar.
Malam ke 28
Allah SWT kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.
Malam ke 29
Allah SWT kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.
Malam ke 30
Allah SWT beri penghormatan kepada orang
bertarawikh pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu
berfirman: “Hai hambaKu: makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini
hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau daripada air syurga
yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang
dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama Al-Kauthar.”
Semoga amalan kita dalam bulan ini diterima-Nya..Amin
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
leave your comment here!