Advertlets Ads

26 Feb 2015

Let's Masak Contest


Assalamualaikum WBT


Hi Readers,

Kat sini ada  satu berita baik bagi kalangan readers dan bloggers yang suka memasak. Jeng, jeng, jeng. Guess what?? Apa yang menanti kalian semua.

Buat korang-korang yang suka memasak, lepas tu suka plating cantik-cantik dan ambil gambar, apa kata korang join sign up jadi members Let's Masak. 

Bukan apa, selain korang dapat belajar banyak resepi baru dan simple, korang jugak boleh share resepi korang dan korang berpeluang menang. Seronok tak uolsss? Seronok tak? Ehehehe

So, apa tunggu lagi? Cepatlah click link ni.Let's Masak.


Tunggu apa lagi? Cepatlah!







25 Feb 2015

Bab 04: Cerita Cinta Yang Tertangguh

Bab 04: Cerita Cinta Yang Tertangguh




“Dah siap kerja sekolah kamu Iman?” tanya Encik Salleh sambil duduk di kerusi.
“Dah abah!” jawab Iman perlahan.
“Along, Uda, Uteh! Dah siap kerja sekolah kamu semua?” tanya Encik Salleh kepada anak-anaknya yang lain yang telah bersekolah. Atam, Andak dan Ila masih kecil dan tidak bersekolah.
“Dah abah!” jawab mereka bertiga serentak.
“Hah, kalau dah siap pergi ambil tempat masing-masing.” arah Encik Salleh.
Kesemua anaknya menurut perintah dan bangun serta duduk di kerusi masing-masing termasuklah Iman. Encik Salleh agak tegas dengan anak-anaknya terutama sekali bab agama dan pelajaran. Jarang sekali anak-anaknya melawan katanya.
Encik Salleh berdehem perlahan. “Along…” panggil Encik Salleh lembut.
Irfan mengangkat wajah memandang abahnya. Wajahnya kelihatan pucat.
“Baca sifir dua belas!” arah Encik Salleh bersahaja.
Mendengar arahan abahnya, Irfan dengan segera membaca sifir dua belas dengan lancar seperti yang dikehendaki oleh abahnya.
Encik Salleh mendengar sifir yang dibaca Irfan dengan begitu khusyuk sekali sambil dia mengangguk-anggukkan kepalanya.
Usai Irfan membaca sifirnya, Encik Salleh bersuara kembali. “Bagus. Bagus. Dah banyak perubahan.” Encik Salleh tersenyum bangga. “Angah…” Encik Salleh memandang Iman pula.
“Gulpp..” Iman menelan air liur. Riak wajah tegas abahnya agak menakutkannya.
“Baca ayat kursi.” Encik Salleh mengarah.
“Ayat kursi?” Iman bertanya kembali.
 “Iyaaa..” jawab Encik Salleh sambil memandang Iman yang tersengih-sengih. “Ingat tak?” Encik Salleh bertanya lagi.
“Ingat.” jawab Iman sepatah sebelum mulutnya laju membaca ayat kursi.
“Bagus!” Encik Salleh memuji Iman. Dalam diam dia mengagumi Iman. Berbanding Irfan, Uda dan Uteh, Iman lebih mudah menangkap apa yang diajarnya dan Iman juga begitu mudah menghafal. Malahan bacaan tajwidnya juga lebih baik berbanding Alongnya, Irfan namun Iman agak nakal berbanding dengan anak-anaknya yang lain sehingga memeningkan kepalanya dan isterinya.
“Uda…” panggil Encik Salleh pula.
Ika Safiah yang selesa dipanggil Uda mengangkat wajahnya.
“Uda baca sifir sembilan.” ujar Encik Salleh kepada Uda.
Tanpa berlengah Uda membacakan sifir sembilan kepada abahnya. Begitulah rutin Encik Salleh dan anak-anaknya saban malam. Dia suka untuk melihat perkembangan anak-anaknya selain melatih minda anak-anaknya supaya sentiasa cergas dan cerdas.
“Abang, makan malam dah siap. Boleh ajak budak-budak makan.” Puan Rogayah mencelah soal jawab di antara suami dan anak-anaknya.
“Sekejap lagi. Saya belum tanya Uteh soalan lagi.” jawab Encik Salleh.
“Suka hati abanglah. Dah siap nanti, ajak anak-anak ke dapur.” kata Puan Rogayah sebelum kembali ke dapur.
Encik Salleh menghantar pemergian isterinya dengan hujung mata. Selepas itu dia kembali kepada anak-anaknya. Belum sempat dia menyoal Uteh, kedengaran suara orang memberi salam dari luar rumah mereka.
“Assalamualaikum ooo Assalamualaikum. Salleh! Salleh! Gayah! Gayah!” begitu kuat suara diluar rumah memanggil.
Terkocoh-kocoh Encik Salleh bangun dari duduknya menuju ke pintu depan. Dengan segera dia membuka selak pintu depan.
“Waalaikumsalam.” jawab Encik Salleh sambil membuka daun pintu.
“Hah Salleh! Ada pun kau kat rumah.” kata si pemanggil itu.
“Ada. Aku tengah mengajar anak-anak aku.” jawab Encik Salleh sopan.
 “Hah! Eloklah kau ajar anak-anak kau tu! Terutama sekali si Iman tu.” si pemanggil menjawab dengan nada kasar.
“Apa maksud kau ni Sahak?” Salleh tidak faham dengan maksud Sahak si pemanggil tadi.
“Anak kau si Iman tu curi buah dekat kebun aku!” Sahak menuduh melulu.
“Iman mencuri buah dekat kebun kau?” Encik Salleh seakan tidak percaya.
“Imanlah! Siapa lagi! Anak kau si Iman tu memang jahat!” suara Sahak naik satu oktah. Nyata dia amat marah terhadap Iman.
“Kejap yea.” kata Encik Salleh kepada Sahak. “Imannnn…” panggil Encik Salleh kuat. Iman yang sedang duduk terkejut lantas bangun menuju kepada abah yang memanggilnya. Irfan turut sama berlari ke arah abahnya. Dia dapat merasakan perkara buruk akan berlaku.
“Ada apa abah?” Iman bertanya tatkala dia tiba dekat abahnya.
“Betul ke pakcik Sahak kata Iman pergi curi buah dekat kebun dia?” tanya Encik Salleh dengan nada yang tinggi. Sahak tersenyum puas melihat Iman dimarahi.
“Mana ada Iman curi buah dekat kebun pakcik Sahak.” Iman cuba membela diri.
“Kau jangan nak menipu Iman!” Sahak menyampuk.
“Iman jangan tipu abah! Abah tak pernah ajar Iman menipu, apatah lagi mencuri.” Encik Salleh semakin marah dengan Iman. Tambahan pula Sahak seolah-olah sengaja mengapi-apikan Encik Salleh.
“Betul bah! Mana ada Iman curi. Iman pergi ambil je.” belum sempat Iman membela diri, tapak tangan kanan abahnya melekat dipipi.
“Pangggg!!” Iman ditampar kuat. Irfan yang berdiri tidak jauh dari Iman terkejut. Puan Rogayah berlari ke depan tatkala mendengar suara bising-bising didepan rumahnya.
Iman jatuh tatkala ditampar abahnya. Iman mulai menangis. Puan Rogayah meluru ke arah Iman yang terjelepuk jatuh ke lantai.
“Iman..” Puan Rogayah memeluk Iman yang menangis.
“Iman tak curi abah. Percayalah cakap Iman abah.” Iman menangis dalam dakapan emaknya.
“Dasar pencuri!” Sahak mengejek memandang Iman yang menangis.
“Aku minta maaf Sahak. Berapa kerugian kau? Aku sanggup ganti.” Encik Salleh memohon maaf dari Sahak.
“Aku datang bukan nak duit kau Salleh! Aku cuma nak kau ajar anak kau supaya jangan mencuri!” jawab Sahak dengan nada berlagak.
“Takpe. Aku dah ajar dia. Sekarang biar aku bayar ganti rugi kau tu.” Encik Salleh cuba berdiplomasi dengan Sahak.
“Abah…” Irfan memanggil abahnya yang kelihatan beria-ria ingin membayar ganti rugi Sahak.
“Apa?” Encik Salleh menjawab kasar. Dia terasa malu tatkala dituduh Sahak tidak pandai mengajar anak.
“Iman tak curi pun buah dekat kebun pakcik Sahak.” Irfan cuba membela Iman walaupun dalam keadaan takut-takut.
“Kau jangan nak memandai Irfan! Kau pun nak jadi pembohong jugak macam Iman tu!” Sahak mula marah kembali tatkala Irfan membela Iman.
Encik Salleh dan Puan Rogayah memandang Irfan serentak. “Mana Along tahu?” tanya Puan Rogayah sambil dia terus memeluk dan memujuk Iman yang masih menangis.
“Along tahu Iman tak curi. Takkan Iman dikira mencuri kalau dia pergi ambil buah rambutan dekat kebun pakcik Sahak dengan Hairi anak pakcik Sahak sendiri. Lagipun berapa biji je buah rambutan tu Iman ambil.” Irfan masih takut-takut membela Iman.
“Mana kau tahu Hairi ada sama?” Sahak dengan bongkak bertanya.
 “Petang tadi masa abah suruh cari Iman, Irfan pergi cari Iman dekat rumah pakcik tapi makcik cakap Iman pergi kebun dengan Hairi. Irfan pun pergi sana sebab nak panggil Iman balik.” Irfan menjawab perlahan.
“Hah Sahak! Kalau bini kau tahu Iman pergi kebun dengan anak kau, takkan kau nak tuduh anak aku mencuri lagi!” Puan Rogayah mulai marah. Dia bengang dengan perangai Sahak yang sengaja mencari pasal dengan Iman agar Imar dimarahi abahnya.
“Aku tak kira! Bagi aku, Iman dah curi buah dekat kebun aku!” Sahak menjerit kuat sambil menghidupkan enjin motosikalnya dan berlalu pergi.
“Sahak, Sahak. Apalah yang kau dengki sangat dengan Iman ni.” Puan Rogayah menggeleng kepala melihat Sahak yang telah berlalu pergi.
“Iman…” panggil Encik Salleh lembut.
“Sudahlah abang. Lain kali siasat dulu, jangan terus menjatuhkan hukum pada anak-anak.” ucap Puan Rogayah syahdu sambil mengangkat Iman dan berlalu pergi meninggalkan suaminya di situ. Dapat Encik Salleh kesan ada air mata di bibir mata isterinya. Nyata dia kesal dengan tindakannya.

16 Feb 2015

Bab 03: Cerita Cinta Yang Tertangguh

Bab 03: Cerita Cinta Yang Tertangguh




“Iman tak balik lagi ke Gayah?” tanya Encik Salleh sambil menjengah ke luar jendela. “Dah senja tak balik lagi budak bertuah ni.” rungut Encik Salleh.

“Entahlah abang. Si Iman tu mana balik ke rumah lagi lepas sekolah agama tadi. Along, Uda dengan Uteh ada balik dulu sebelum keluar bermain.” jawab Puan Rogayah sambil dia menghenjut buaian anak bongsunya Ila yang baru berusia tiga bulan.

“Awak tegas sikit dengan Iman tu Gayah. Abang ni sibuk, keluar 6.30 pagi, 6.00 petang baru sampai rumah. Abang takde masa nak tegur perangai si Iman tu. Abang tengok makin menjadi-jadi perangai dia tu.” lembut tapi tegas bicara Encik Salleh.

“Iman tu nakal sikit je abang. Maklumlah budak-budak. Lagi pun Iman tu cerdik walaupun nakal. Dekat sekolah selalu dapat nombor satu.” Puan Rogayah tersenyum mengenangkan pencapaian anak-anaknya dalam pelajaran. Bukan sahaja Iman, Along, Ude dan Uteh masing-masing cemerlang dalam peperiksaan di sekolah. Lebih membanggakannya, di usia sekolah rendah anak-anaknya telah khatam Al-Quran malah mampu mengaji dengan lancar sehinggakan menjadi kesayangan tok guru mengaji mereka yang dipanggil Atok Kadir.

“Abang tak nafikan yang Iman tu bijak Gayah, tapi kenakalan dia tu yang abang bimbangkan. Satu lagi, kawan-kawan dia tu semuanya budak-budak nakal. Abang kalau boleh tak nak Iman terpengaruh dengan kenakalan kawan-kawan dia tu.” jawab Encik Salleh perlahan sambil menarik daun tingkap untuk ditutup.

“Along, pergi cari Iman. Panggil dia balik.” arah Puan Rogayah kepada anak sulungnya.

Irfan bangun dan meletakkan buku latihan matematiknya di meja. “Nak cari Iman dekat mana ni mak?” Irfan bertanya sambil mengaru-garu kepala yang tak gatal.

“Pergilah tengok dekat rumah kawan-kawan dia.” jawab Puan Rogayah acuh tak acuh sambil menyusukan Ila yang telah bangun dari tidurnya.

“Kawan yang mana satu? Dia kan ramai kawan.” Irfan mengaru lagi kepalanya.

“Along pergi tengok Iman dekat rumah Hairi. Biasanya dia main dekat situ.” sampuk Encik Salleh.

Irfan yang mendengar kata-kata abahnya patuh terus pergi mencari Iman.

“Duit dapur ada lagi Gayah?” tanya Encik Salleh sambil menyalakan api rokoknya.

“Ada lagi tapi tak banyak dah yang tinggal.” jawab Puan Rogayah perlahan.

Encik Salleh menyedut rokoknya dalam-dalam kemudian dihembuskan asapnya keluar. “Kalau tak cukup, cakaplah. Nanti abang beri lagi.” kata Encik Salleh sambil mengerling isterinya.

“Cukuplah tu. Saya bukannya ada apa-apa nak dibeli sangat. Lauk pauk pun abang dah belikan. Saya cuma beli sikit buat tambah-tambah je.” jawab Puan Rogayah lembut sambil memandang suaminya yang duduk di tepi pintu berhampiran beranda. “Abang tu, kurang-kurangkan merokok. Bukan sahaja membazir duit, tapi membahayakan kesihatan. Abang tu dah lah ada penyakit asthma.” tegur Puan Rogayah secara berhemah.

Encik Salleh tersenyum mendengar kata-kata isterinya itu. Ditenungnya rokok dicelah jari jemari tuanya dalam-dalam kemudian dia menghalakan rokok itu ke bibirnya dan disedut rokok itu dalam-dalam. Kemudian dihembuskan kepulan asap tebal tanda puas. Dia kemudian mencampak puntung rokok di jari ke tanah dan memandang isterinya yang duduk tidak jauh darinya. 

 “Abang ni memang dah sedia sakit Gayah. Ubat tak mampu nak sembuhkan abang, jadi biarlah rokok yang mententeramkan abang.” bicara Encik Salleh sayu.

“Sekurang-kurangnya kalau abang tak merokok, takdelah teruk sangat asthma abang tu. Saya ni bukan apa abang, anak-anak kita ni kecil-kecil lagi.” 

“Yelah. Nanti abang cuba berhenti.” Encik Salleh mengalah dengan kehendak isterinya itu.


Puan Rogayah menjeling sekilas suaminya yang acapkali berjanji itu. Encik Salleh hanya tersenyum melihat jelingan isterinya itu sambil membuang pandang ke luar rumah.
 

6 Feb 2015

Ceritera Anak Buah


Assalamualaikum WBT


Readers sekalian,

Readers laa shangat kunun kan? Ahaksss. Weh, posting tengahari yang bosan ni opkos laa bersangkutan dengan gambar di atas yakni gambar beta dengan child fruit baru beta. 

Errrr, ekceli tak bape nak baru dah because she's 5 month now! Yeaaa haaa, kejap je masa berlalu bukan?

Ekceli, eh, ekceli lagi. Bukan nak sorok kelahiran child fruit beta yang baru ni cuma beta sebok yang hazab. Harap faham!

Selepas kehadiran Nur Zahra Irdina binti Nor Azman a.k.a Zarra domok pada 15 september 2011, keluarga beta dimeriahkan lagi dengan kehadiran baby comeyy bambam ni iaitu Nur Damia Hana binti Mohd Hafis pada 03 september 2014.

Kehadiran Mia bambam ni sedikit sebanyak mengubat kelukaan hati beta atas kehilangan ngah. Tapi tak bermakna beta lupakan ngah. Al-Fatihah untuk arwah.

Errr, cukuplah sampai sini je dulu ceritera beta ni. Ada masa beta cerita panjang-panjang pasal anak buah beta ni. Dah makin besar, makin menjadi-jadi perangai memasing. Okaylah, beta nak pergi makan nasik. Jumpa lagi dalam next posting.

Bye..... Muah! Muah!


Nota kaki: 
Nur Damia Hana a.k.a Mia bambam ni anak adik perempuan beta. Tunggu anak beta lambat lagi. Saba jelah! Ehehehe.

Bab 02: Cerita Cinta Yang Tertangguh

Bab 02: Cerita Cinta Yang Tertangguh



“Iman!!! Bangun pergi sekolah.” Puan Rogayah menjerit dari dapur sambil tangannya laju mengacau air milo panas didalam teko.

Irfan bangun dari duduknya di kerusi. Dia mendaki anak tangga dari dapur naik ke bahagian atas rumah kayu itu.

“Iman…” Irfan memanggil lembut sambil bayangnya hilang ke dalam bilik. 

“Hmmm..” Iman menjawab sambil badannya masih dibaluti selimut.

“Bangunlah. Dah lewat nak pergi sekolah ni.” Irfan menarik selimut Iman.

“Alaaa.. Iman mengantuk lagi ni. Along pergilah sekolah dengan Uda dengan Uteh dulu.” Iman menjawab sambil menarik kembali selimutnya.

“Alaa… Janganlah macam ni Iman. Nanti Iman lambat datang sekolah, mulalah kena tulis nama dan kena denda. Malulah Along selaku Ketua Pelajar sekolah.” Irfan menjawab sambil menggaru kepalanya yang tak
gatal.

"Along! Pergi siapkan adik-adik yang lain.” Puan Rogayah secara tiba-tiba muncul di pintu bilik mereka. Irfan melangkah perlahan keluar dari bilik itu.

“Iman! Bangun!” Puan Rogayah merentap selimut yang membaluti Iman.

“Iman mengantuk lagilah mak!” Iman menarik kembali selimutnya.

“Ish budak ni. Degil sungguhlah!” Marah Puan Rogayah lantas dia mengangkat dan mencempung Iman keluar dari biliknya dan menuju ke bilik air di luar rumah.

Keceburrrrr.. Air mencurah ke atas Iman yang duduk dilantai bilik air. “Apa ni mak?” Iman menggigil kesejukan.
            
“Haaa.. Baru tau erti penyesalan. Dari subuh tadi sampai dah nak syuruk mak kejut, kau tak nak bangun. Rasakan!” Puan Rogayah tersenyum puas sambil mencampakkan kembali timba di tangan kembali kedalam kolah. Iman yang kebasahan dilantai bilik air tinggalkan.
           
Saat Puan Rogayah keluar dari bilik air, kedengaran bunyi air memercik di bilik air. Tersenyum Puan Rogayah mengenangkan sikap anak keduanya itu. Kalau tak buat macam tu jangan harap dia nak bangun. Ngomel hati Puan Rogayah sendirian. Dia kembali semula ke dapur menyediakan sarapan bagi anak-anaknya.
             
“Makkkkkk!!!” nyaring suara Iman menjerit.
             
“Apa dia lagi?” jerit Puan Rogayah dari dapur. Memang itu adalah drama yang akan berlaku saban pagi persekolahan.
            
 “Baju Iman mana?” jerit Iman dari dalam bilik.
             
“Ish budak bertuah ni. Setiap pagi tak jumpa baju dia.” rungut Puan Rogayah sambil menyendukkan nasi goreng ke dalam pinggan anak-anaknya yang lain. “Baju Iman dalam almari tempat biasa tu laaa. Cuba Iman cari guna mata, jangan guna mulut.” marah Puan Rogayah sambil tangannya ligat menuang milo panas ke dalam cawan anak-anaknya pula.
             
“Iman dah cari… Tapi tak jumpa.” Iman tak mengalah menjawab.
            
 Puan Rogayah melangkah anak tangga di dapur rumahnya naik ke bahagian atas rumah kayu itu menuju ke arah bilik anak bujangnya. “Iman cari ke macam tu?” marah Puan Rogayah tatkala dia sampai ke muka pintu bilik dan melihat Iman sedang duduk berteleku di tepi katil sambil memeluk lututnya. Dia lantas menuju ke almari dan mengeluarkan seragam sekolah Iman dan dengan segera dia menyarung seragam sekolah itu ke badan Iman. Usai menyarungkan pakaian ke badan Iman, dia menarik Iman ke hadapan cermin dan dilumurkan kepala Iman dengan minyak rambut dan disisir kemas. Dia turut menyapukan bedak ke wajah Iman.
             
“Apa ni mak! Iman lelakilah! Mana pakai bedak.” Iman menyapu kembali bedak yang disapu dipipi oleh emaknya.
            
“Ish. Ada je jawapan kamu. Mak nak kamu tu wangi.” jawab Puan Rogayah sambil meletakkan kembali bedak di pipi Iman. “Dah! Cepat ambil beg kamu, pergi turun ke dapur dan makan. Lambat lagi Along kamu nanti gara-gara kamu.” arah Puan Rogayah.
             
Iman tersenyum mendengar kata emaknya dan dicapai beg yang diletakkan tidak jauh darinya dan digalas beg itu dan dia keluar dari bilik menuju ke dapur.
            
 “Iman, cepat sikit. Dah lewat ni.” kata Irfan sambil menyarung stoking ke kakinya.
            
“Along pergilah dulu. Nanti Iman pergi sendiri.” jawab Iman sambil turun ke dapur dan menikmati sarapannya. Irfan hanya menggeleng kepala melihat sikap Iman itu. Dia membantu adiknya Uda dan Uteh memakai kasut dan mereka bertiga berjalan ke sekolah meninggalkan Iman sendirian.