“Habis semester
akhir ni kau nak terus cari kerja?” Hakim memandang tepat bola mata Amna yang
duduk di kerusi hadapannya. Hakim tidak senang mendengar perkhabaran dari Amna
tadi.
“Iyelah! Aku kan dah tamat belajar semester ni. So, aku nak balik KL cari kerjalah
pulak.” Amna menjawab sambil menghirup air teh o ais limau dihadapannya.
“Tapi aku kan belum habis belajar lagi. Aku ada dua
semester lagi dekat sini. Itu pun kau tak faham ke?” Hakim memandang ke wajah
polos Amna yang begitu asyik menghirup teh o ais limau itu.
“Aku tau.” Amna menjawab selamba.
Tasik yang terletak diseberang jalan café itu dipandang sepi.
“Habis tu, takkan kau nak tinggalkan
aku seorang diri dekat sini? Kau dah lupa ke yang kita sama-sama mintak nak
sambung belajar dekat sini. So, biarlah
kita sama-sama tamat dan konvo sama nanti. Baru best!” Hakim seperti tidak puas
hati.
Mendengar kata-kata Hakim itu, Amna
segera mengalihkan pandangangan kepada Hakim yang kelihatan masih tidak berpuas
hati.
“Encik Hakim Ridzal, course yang aku ambil ni, finance okay. Course finance cuma ambil masa enam semester sahaja. Kau tu ambil course mechanical engineering, jadi course kau ambil masa lapan semester.
Kalau ikut perkiraannya, betullah aku akan graduate
dulu dari kau.” Amna bernada tidak puas hati.
“Aku tahu tu…. Tapi takkan kau nak
tinggalkan aku sorang-sorang dekat sini?’ Hakim memperlahankan ton suaranya.
“Kau kan banyak skandal! Suruhlah skandal-skandal
kau temankan kau.” Lancar mulut Amna mengeluarkan kata-kata itu tanpa
disedarinya.
“Amna…..” Hakim terkesima.
“Kau tak ikhlas maafkan aku ke,
Amna?” Hakim memandang ke wajah Amna.
“Aku…. Ermmm.” Muka Amna kepanasan.
Dia mati kata. Begitu cepat respon yang diberikannya tadi.
“Aku faham kalau kau tak boleh
maafkan aku seratus peratus. Sekurang-kurangnya sekarang aku dah tahu isi hati
kau.” Hakim berkata perlahan. Dia mengalihkan pandangannya ke arah tasik yang
berhadapan dengan café yang sedang mereka duduki.
“Hakim…Aku….” Amna memang mudah cair
apabila Hakim bersikap begitu.
“Takpe Amna. Aku faham…” Hakim
sengaja berbuat demikian. Dia tahu hati Amna akan cair.
“Hakim….. Aku dah maafkan kau.
Sumpah, hati aku memaafkan kau dengan seikhlasnya. Kita jangan cakap tentang ni
lagi yea?” Amna tersenyum memandang Hakim. Dia tidak mahu kata-katanya sebentar
tadi mengguris hati Hakim kerana dia benar-benar menyayangi lelaki ini.
Hakim tersenyum gembira mendengar
kata-kata Amna itu. “Habis tu, kau jadi balik KL tak lepas habis sem ni?” Hakim
buat muka redup minta simpati.
“Aku…errr...aku…balik kot.” Perlahan
Amna bersuara.
“Kau tetap nak tinggalkan aku
sendirian kat sini Amna?” Hakim tunjuk muka kecewa.
“Aku kenalah balik KL Hakim. Takkan
aku nak duduk dekat sini lagi. Aku kenalah kerja. Aku nak kena bantu keluarga
aku jugak.” Amna memujuk agar Hakim mengerti.
“Aku faham tu tapi nanti kau takde
disisi aku macam sekarang. Aku takut aku akan duakan kau lagi kalau kita
berjauhan.” Hakim seolah-olah mengugut Amna tetapi dalam nada yang perlahan.
“Kau kan dah janji takkan curangi aku lagi.” Amna
menjawab sambil tersenyum kelat. Jauh di lubuk hatinya, dia tahu Hakim tetap
akan kecewakan dia nanti namun kerana rasa sayang yang amat menebal terhadap
Hakim, Amna padamkan segala fikiran negatifnya itu.
“Aku janji dengan kau Amna. Aku akan
berusaha untuk tak melukakan hati kau lagi.” Hakim berjanji.
“Nanti bila aku dah graduate, kau janji eh takkan cari orang
lain? Kau akan tetap setia dengan aku kan?”
Amna memandang Hakim penuh mengharap.
“InshaAllah. Aku akan cuba Amna…”
Hakim menjawab perlahan.
“Cuba?” Hati Amna berbicara sendiri.
“Siapa aku dihati kau Hakim….” Hati Amna terus bermonolog sendirian.
“Amna…. Kau okay tak ni?” Hakim
menegur Amna yang kelihatan terdiam dan bermenung itu.
“Eh, aku okay je….” Amna menjawab
lemah. Selemah hatinya saat itu.
“Kiranya habis final exam nanti kau balik KL teruslah?” Hakim cuba mengajak Amna berbual-bual
lagi. Dia tahu Amna masih meraguinya.
Amna mengangguk lemah.
“Habis barang-barang kau macam
mana?” Hakim masih ingin mengajak Amna terus berbual supaya Amna tidak
menyimpan perasaan sangsi terhadapnya.
“Barang aku? Ermm, nanti seminggu
sebelum final exam aku nak pos
barang-barang aku guna pos laut. Nanti kau temankan aku eh.” Amna menjawab acuh
tak acuh.
“Yelah. Nanti aku temankan kau. Tapi
kau kena janji akan sentiasa sayangkan aku. Boleh?” Hakim tersenyum memandang
Amna.
“In Sha Allah!” Jawab Amna selamba.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
leave your comment here!