Advertlets Ads

5 Feb 2014

Cinta Nurain (Part 05)

Part 05:



“Amna!” Jerit satu suara dari belakang.
            Amna mempercepatkan langkahnya. Malas dia ingin melayan orang yang sedang melaung memanggil namanya itu.
            “Amna! Tunggulah!” Jerit suara itu lagi.
            Amna mempercepatkan langkahnya lebih laju. Dia cuba untuk melangkah selaju mungkin namun langkahnya terbatas dek kain baju kurung yang dipakainya. Terasa dihati Amna seperti ingin mengangkat kain baju kurungnya itu setinggi mungkin dan berlari sepantas mungkin meninggalkan pmilik suara yang seakan-akan semakin hampir mengejarnya itu.
            “Amna! Aku panggil kau ni kan.” Tegas suara itu sambil merentap tangan kanan Amna yang sudah semakin dihampirinya.
            “Wey! Apa ni? Pegang-pegang tangan orang! Sakitlah woi!” Amna cepat-cepat berpusing memandang pemilik suara tersebut sambil menyentap lengannya yang berada di dalam genggaman pemilik suara itu.
            “Aku panggil tapi kau buat-buat pekak! Dah aku rentap tangan kau, tahu pulak kau nak marah.” Marah pemilik suara itu sambil mendengus kasar.
            “Aku dah takde apa-apa nak cakap dengan kau lagi Hakim.” Amna bersuara mendatar sambil berpaling untuk melangkah pergi.
            “Tunggu dulu Amna!” Hakim Ridzal, pemilik suara itu menarik kembali tangan kanan Amna supaya tidak melangkah pergi meninggalkannya di situ.
            Sepantas kilat Amna menarik kembali tangannya dari genggaman Hakim Ridzal.
            “Amna, maafkan aku.” Hakim melepaskan genggaman tangan Amna dan memperlahankan ton suaranya. Dia tahu, Amna tidak selesa apabila dia memegang tangan Amna sebegitu, namun hanya itu sahaja caranya untuk mengelakkan daripada Amna melangkah pergi meninggalkannya. Dia masih belum memperjelaskan keadaan sebenarnya kepada Amna. Baginya, kemaafan daripada Amna amat penting sekali dan dia perlukan Amna berada di situ untuk mendengar penjelasannya.
            “Yang sudah tu sudahlah Hakim. Aku dah penat dah. Setiap kali terjadi, setiap kali kau mintak maaf. Lepas tu sesenang hati kau buat balik. Kau ingat aku ni apa? Tunggul kayu?” Amna memandang tepat ke bola mata coklat milik Hakim Ridzal itu.
            “Tak Amna. Aku janji, kalau kau maafkan aku kali ni. Aku janji, aku takkan lukakan hati kau lagi.” Hakim mengangkat kedua-dua belah tangannya tanda berjanji.
            “Sudahlah Hakim. Kau kalau bab berjanji, memang first class. Tip to! Bukannya aku tak kenal kau. Lima tahun aku kenal kau, tau!” Hati Amna semakin membengkak mendengar kata-kata janji Hakim.
            Hakim Ridzal merupakan pelajar tahun ketiga jurusan kejuruteraan awam di Universiti Malaysia Sarawak. Dia merupakan kekasih Nurain Amna semenjak mereka di  zaman persekolahan lagi. Mereka telah berkenalan semenjak mereka berada di tingkatan empat di sekolah menengah lagi di mana mereka berada di dalam tingkatan yang sama di SMK Taman Dato’ Harun, Petaling Jaya. Sebaik sahaja menamatkan pelajaran di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia, Nurain Amna melanjutkan pelajaran di Kolej Matrikulasi Selangor di dalam bidang ekonomi manakala Hakim Ridzal pula melanjutkan pelajaran di Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah dalam bidang kejuruteraan awam. Oleh kerana jarak yang jauh menyukarkan perhubungan mereka berdua, tamat sahaja pengajian di peringkat matrikulasi, Amna dan Hakim memilih untuk melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah di universiti yang sama. Namun sikap kasanova dan sambil lewa Hakim menyebabkan Amna semakin berjauh hati dengan Hakim.
            “Amna… Sorry!” Hakim buat muka sedih depan Amna. Dia cuba meraih simpati dan peluang dari Amna.
            “Kau nak apa ni? Buat muka kesian depan aku ni?” Amna meluat melihat Hakim dihadapannya. Terasa ingin sahaja di menolak Hakim ke dalam tasik yang berada di tepi lorong pejalan kaki di tempat mereka berdiri itu.
            “Aku cuma nak peluang je Amna. Please.” Hakim cuba meraih simpati Amna. Dia melemparkan senyuman semanis mungkin kepada Amna kekasih hatinya sejak di zaman bangku sekolah lagi.
            “Eeeee… Tak kuasalah aku nak melayan kau ni!” Amna menjerit perlahan sambil tersenyum. Melihat Hakim tersenyum begitu, segala kemarahan Amna terbang melayang entah kemana. Terlupa seketika dia akan kesalahan yang dilakukan oleh Hakim terhadapnya. Kesalahan Hakim melukainya hatinya. Kesalahan Hakim curang kepadanya dan kesalahan Hakim berbohong kepadanya.
            “Kau maafkan aku kan Amna?” Hakim cuba meneka. Dia memang faham sangat akan kerenah Amna. Amna seorang yang nampak seperti keras hati dan ego tetapi sebenarnya hatinya sangat lembut dan mudah tersentuh. Jika tidak, masakan Amna telah memberinya berpuluh-puluh kali peluang dan kemaafan walaupun acapkali Hakim kantoi keluar makan dan menonton wayang dengan perempuan lain sejak dari zaman bangku sekolah lagi.
“Eeeee… Bongoklah kau ni!” Amna geram. Dihempuknya Hakim dengan beg yang digalasnya. Hakim berjaya mencairkan hatinya semula.
            “Dah! Dah! Tak mau marah-marah. Jom kita pergi pekena roti canai dekat cafĂ© lake view nak?” Ajak Hakim sambil tersenyum. Dengan mudah hati Nurain Amna dimilikinya kembali.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

leave your comment here!