Advertlets Ads

29 Nov 2013

Errr.. Dah Baca??



"Kak!" Qanaah memandang Ayuna dari atas ke bawah.
"Kenapa?" sepatah Ayuna membalas.
"Kita nak pergi pasar malam je kut. Takkan kena dresses up sampai macam ni sekali?" Qanaah memandang Ayuna yang berselendang hitam, berbaju blaus jenama Something Borrowed berwarna ungu lembut, memakai kardigan hitam juga berjenama Something Borrowed, berkasut tumit wedges Jane Holli berwarna ungu gelap dan memegang clutch Marc Jacobs juga berwarna ungu gelap dari atas ke bawah.
Kalau nak pergi dinner, looks perfect sangat ni. Tapi kalau setakat pasar malam kat kampung ni... hmmm... hati Qanaah mengomel sambil tersengih sendirian.
"Apa yang tak kena?' Ayuna bertanya sambil memandang dirinya sendiri.
"Akak tak ada T-shirt dengan track suits ke?" Qanaah menggaru kepala.
"Baby-T akak adalah! Itu pun pakai kat rumah je. Seluar track macam tak ada je." Perlahan Ayuna berkata sambil mengangkat selendangnya yang jatuh dari bahu.
"Pulak dah! Kalau macam tu, jomlah kita pergi. Dah lewat ni." Qanaah melihat jam di tangannya.
Ayuna membonceng motosikal Qanaah. Terasa kekok dirinya berada di atas motosikal tersebut. Tetapi Ayuna tetap seronok kerana berpeluang membonceng motosikal. Dia tidak pernah berpeluang untuk melakukannya sebelum ini.
Kalau Zarra tau aku naik motosikal ni, seratus tahun belum tentu dia habis gelakkan aku! sempat lagi Ayuna berbisik tatkala dia berada di atas motosikal yang ditunggang Qanaah.

(Kau Belacan, Aku Keju! karya Ayuna Asma, halaman 239-240)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

leave your comment here!