Advertlets Ads

6 Dis 2016

Cinta Itu Jilake!


Bismillahirrahmanirahim.

Assalamualaikum.


Lama takde entri baru mungkin sebab lack of idea plus stress of work loaded. Ah, abaikan alasan semata tu. Entri yang dipilih nak dihurai panjang lebarkan adalah CINTA ITU JILAKE!. kah! macam shit kan pemilihan tajuk sedemikian rupa.

Umumnya, semua tahu. I have no luck in relationship. Semuanya turn to RELATIONSHIT. kah! abaikan penggunaan bahasa yang maha dasat lately ni.

Weii. CINTA tu sebenarnya apa? apa yang orang carik dalam cinta. serius aku confuse. 

Kalau dipetik kata-kata bijak pandai HAMKA, katanya, "CINTA ITU MENGUATKAN, BUKANNYA MELEMAHKAN."

tapi bagi aku, everytime i fall in love am gonna lost myself. am tend to overthinking, over react, over spend, over tired. pendek kata semua OVER nyah! tak kuasa mak!

sebenarnya dalam hidup ni, aku masih tercari-cari erti cinta. WTF! boleh aku kata tercari erti cinta. dey, maksud aku erti kata cinta itu sebenar-benarnya. bukan sekadar macam kentut. hilang dibawa angin lalu sekelip mata.

korammm. tetiba rasa takde idea dah. sebenarnya banyak mende aku fikir nak merepek tadi. tapi jam dah nak 5.30 petang. eh, esoklah aku sambung ekkk. kepala aku weng sungguh ni.

p/s: update Menantu Andalusia akan di update kat channel http://nukilanpenselkontot.blogspot.my/. kat sini no more story update. Insya-Allah, lepas ni akan bekerjasama dengan Penerbitan Annasaa yea. wish me luck!



1 Sep 2016

PUSAT KECANTIKAN ROYALISTA


pin. pin. pin.

Alhamdulillah. Dilapangkan sedikit masa dari kesibukan kerja untuk membebel dekat sini kejap hari ini. Sebenarnyakan, dah lama berhajat nak tulis entri ni dan dah mendapat kebenaran dari pemilik pusat kecantikan tersebut tapi dek kekangan masa yang amatlah cemburu, dengki, busuk hati dan seangkatan dengannya membantut proses penaipan entri hari ini.

Taraaaa. Alang-alang dah curi masa sikit ni, meh sini hakak nak promote/bagi testimoni hakak sendiri. 

Haaa. Biasa kan nengok hakak update facebook dan instagram yang hakak pergi buat facial laa, IV laa, massage laa, body scrub, sauna infra red, mandi susu. Eh, pendek kata macam-macamlah hakak tulis kan.

Eh. Betul ke? Bandar kecik yang hamat macam Jerantut tu ada pusat kecantikan yang tawarkan macam-macam servis gitu. Eh, adalah! Apa? Koramm ingat bandar koboi hakak ni kolot sangat ke? ahaha. 

Oke, malaslah nak bebel panjang-panjang. Penat jari hakak taip uols tau tak. Ni tempatnya tau Pusat Kecantikan Royalista yang selalu hakak pergi tu. Oke, check it out tempat ni.


Oke, gegadis ni antara team Pusat Kecantikan Royalista. Diaorang ni sangatlah friendly dan hakak suka sangat dengan keramahan diaorang ni. So, masa koram buat facial ke, apa ke, takdelah sunyi sebab diaorang suka berceloteh.

Oke, ini pulak antara snap lokasi dalam pusat kecantikan ni. Paling penting pusat kecantikan ni selesa, bersih, kemas dan mesra kaum wanita. Kelasss engko jahhhh.



Oke, ini antara servis-servis yang ditawarkan dekat Pusat Kecantikan Royalista ni. Eh, koram apa lagi. Bila nak serbu sini?

Sebelum tu, lokasinya terletak berhadapan dengan Kolej Komuniti Jerantut, Taman Wawasan, Jerantut, Pahang. Kalau nak booking call je 09-266 2209.























 

26 Ogo 2016

PASTA PESTO


PASTA PESTO

Terliur tak? 
Terliur tak?
 Mesti terliur kan?? 
For resepi meh check it out!


Bahan-bahannya:

1/2 bungkus vermicelli
1 ikat daun ketumbar
20 ekor udang (buang kulit dan belah belakang)
1/2 labu bawang putih
1 biji bawang besar
5 sudu minyak zaitun/minyak bijan
2 sudu besar mentega
1/2 biji lemon (ambil jus)
garam
perasa
serbuk lada hitam
chili flakes

Cara-cara membuatnya:

1) Rebus vermicelli, rendam dalam air sejuk, tos dan ketepikan.
2) Ambil daun ketumbar, dan asingkan batang dan daun. Batang ketumbar potong halus-halus dan ketepikan.
3) Ambil daun ketumbar dan kisar bersama bawang putih dan minyak zaitun serta sedikit garam, perasa dan serbuk lada hitam.
4) Masukkan udang ke dalam mangkuk dan tuang separuh daripada bahan yang dikisar ke dalam mangkuk udang dan ketepikan.
5) Separuh lagi bahan kisar letak dalam mangkuk kosong dan ketepikan.
6) Ambil bawang besar, potong dadu.
7) Kemudian panaskan kuali dan letak sesudu minyak masak. 
8) Letakkan udang seekor demi seekor ke dalam kuali. 
9) Setelah udang diletakkan kesemuanya ke dalam kuali, letak sesudu mentega. 
10) Gaul balikkan udang. Masak selama 2 minit, angkat dan asingkan.
11) Ambil kuali bersih, panaskan dengan 2 sudu minyak. 
12) Kemudian tumis bawang besar sehingga naik bau. 
13) Kemudian masukkan jus lemon dan biarkan mendidih.
14) Dengan kadar yang segera masukkan 1 sudu mentega dan baki bahan yang dikisar tadi.
15) Gaul sehingga sebati tetapi jangan terlalu lama sehingga mengubah warna bahan kisar.
16) Dengan segera masukkan vermicelli dan gaulkan.
17) Perasakan dengan garam, perasa dan serbuk lada.
18) Taburkan batang daun ketumbar yang dipotong halus tadi. 
19) Kemudian masukkan udang.
20) Gaul rata dan angkat.
21) Hidang dan boleh dimakan bersama sayuran yang dibakar seperti tomato, lobak, brokoli dan bunga kubis.

-SELAMAT MENCUBA-





 

WANITA! KENALI JENIS-JENIS KASUT ANDA.


ASSALAMUALAIKUM WBT

Hai semua. Posting hari ni kita bercerita sikit tentang fesyen. Perempuan atau wanita dan fesyen mana boleh dipisahkan. Dewasa ini kalau kita tengok dipasaran terdapat lambakan pelbagai jenis fesyen yang keluar setiap hari. Tak kisahlah samada fesyen baju, tudung, seluar, skirt, jubah, blouse, kasut, handbag. Namakan sahaja, semuanya ada. Pelbagai jenis. Wanita dan kecantikan memang tak dapat dipisahkan. Wanita mana yang tak mahu terlihat cantik dimata para lelaki atau dimata kaum wanita sendiri?

Tuan tanah a.k.a tuan punya blog ini sendiri pun gilakan fesyen terutama sekali kasut. Jadi, hari ini dengan berbesar hatinya tuan tanah nak kongsikan jenis-jenis kasut yang ada dalam pasaran dan ada sesetengahnya yang kita tak tahu pun nama dia. So, jom check it out!

1. WEDGE

2.  STILETTO


3. PLATFORM



4. CHUNKY HEELS 


5. ANKLE STRAP

6. CONE HEELS


7. KITTEN HEELS


8. MARY JANE


9. MOCASSIN


10. MULES


11. PEEP TOES


12. PRISM HEELS

13. PUMPS


14. SLING BACK


15. SPOOLS HEELS


 16. WINLEPICKERS 


 

12 Ogo 2016

Ikan Dori Masam Manis


IKAN DORY MASAM MANIS





Bahan-bahannya:

3 keping ikan dory yang telah di filet (biasanya jual kat pasaraya yang dah di filet)
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar tepung gandum
1 biji telur
1 sudu besar cuka makan
2 ulas bawang putih (cincang halus)
1 besar sudu sos cili thai
1 1/2 sudu besar gula
1/4 cawan air
1 biji lemon (perah dan ambil jus)
1 sudu teh serbuk kunyit
garam secukup rasa
serbuk lada hitam secukup rasa
1 kiub pati ayam knorr

Cara-cara menyediakannya:

Ambil kepingan ikan dory dan potong kecil.
Rendam kepingan ikan ke dalam air yang dicampur dengan cuka.
Kemudian toskan ikan tersebut.
Masukkan ikan ke dalam mangkuk. 
Pecahkan sebiji telur ke dalam mangkuk ikan tersebut.
Masukkan secubit garam dan serbuk lada hitam dan serbuk kunyit.
Gaul sehingga sebati.
Kemudian masukkan tepung gandum dan tepung jagung.
Gaul sebati dengan menggunakan tangan.
Kemudian goreng dalam minyak yang banyak (deep fry)
Apabila ikan dah masak dan garing angkat dan toskan.
Sisihkan ikan ke tepi.
Untuk sos pula, dengan minyak dalam anggaran sesudu besar.
Tumiskan bawang putih sehingga naik bau.
Kemudian masukkan air, jus lemon dan gula.
Masak sehingga gula cair sepenuhnya.
Kemudian tambah sos thai dan kiub pati ayam knorr.
Masak sehingga menggelegak.
Akhir sekali masukkan garam secukupnya dan bancuh 1 sudu teh tepung jagung dengan air.
Masak sehingga pekat.
Kemudian tuang sos ke atas ikan.
Makan sementara ikan masih rangup.


-SELAMAT MENCUBA-