السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Seorang wanita sedang keluar dari rumahnya apabila dia terlihat tiga orang lelaki tua berjanggut panjang yang berwarna putih sedang duduk dihalaman rumahnya. Dia tidak kenal akan mereka
Wanita itu bertanya, " Saya tidak fikir saya mengenali awak semua, tetapi saya pasti awak semua mesti sedang lapar. Silalah masuk kerumah saya dan makan sesuatu
Adakah suami awak ada dirumah?", mereka bertanya
"Tidak", wanita itu berkata. "Suami saya telah keluar"
Jadi, kami tidak akan masuk", mereka menjawap
Sewaktu suaminya pulang ke rumah pada petang itu, wanita itu pun memberitahunya kejadian tersebut. "Pergi beritahu mereka bahawa saya telah balik dan menjemput mereka masuk ke dalam sekarang
Wanita itu keluar dan menjemput ketiga-tiga lelaki tua itu masuk ke dalam
Kami tidak akan masuk ke dalam rumah bersama-sama," mereka menjawap
Mengapa begitu?" wanita itu ingin tahu
Salah seorang dari lelaki tua itu pun menerangkan
Namanya ialah Kekayaan," Dia berkata sambil menunjuk ke arah salah seorang kawannya, dan beralih menunjuk kearah kawan yang seorang lagi, Dia adalah Kejayaan, dan saya adalah Kasih Sayang
Dia menyambung lagi, "Sekarang masuklah semula kedalam rumah dan berbincanglah dengan suami awak, siapakah di antara kami bertiga yang kamu ingin jemput kedalam rumah
Wanita itu pun masuk semula kedalam dan memberitahu suaminya perkara tersebut. Suaminya berasa sungguh gembira
Bagusnya!! dia berkata. "Kalau macam tu jemputlah Kekayaan masuk. Biar dia masuk dan mengisi rumah kita ini dengan Kekayaan
Isterinya tidak bersetuju. Abang, kenapa pula kita tidak menjemput Kejayaan
Kebetulan, menantu perempuan mereka juga sedang mendengar perbualan itu dari satu sudut rumah yang lain. Dia lalu menyampuk dan memberikan pandangannya
Bukankah lebih baik sekiranya kita menjemput Kasih Sayang? Rumah kita ini pasti akan diselubungi dengan Kasih Sayang
Biarlah kita mengikut nasihat menantu kita itu, kata suami itu kepada isterinya
Keluar dan jemputlah Kasih Sayang sebagai tetamu kita
Wanita itu pun keluar dan bertanya kepada tiga lelaki tua, "Yang mana satu diantara kamu adalah Kasih Sayang? Silalah masuk dan jadi tetamu kami
Kasih Sayang bangun dan mula berjalan ke arah rumah. Kedua-dua lelaki yang lain juga bangun dan mengikutinya. Terperanjat, wanita itu pun bertanya kepada Kekayaan dan Kejayaan
Saya cuma menjemput Kasih Sayang, mengapa kamu juga ikut sekali
Mereka semua menjawab "Jika awak menjemput samada Kekayaan atau Kejayaan, yang lain akan tunggu diluar, tetapi oleh kerana awak telah menjemput Kasih Sayang, kemana-mana sahaja dia pergi, kami akan pergi bersamanya
...Dimana ada Kasih Sayang, disitu juga ada Kekayaan dan `Kejayaan!
Dicatat oleh IBNU MUSLIM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
leave your comment here!