CHICKEN ROULADE WITH LEMON BUTTER SAUCE
BAHAN-BAHAN CHICKEN ROULADE:
~ 1 keping dada ayam (diketuk sehingga nipis)
~ 6 keping kobis (tanggalkan sekeping-sekeping dan celurkan dalam air mendidih sehingga lembut. Hiris bahagian yang tebal supaya nipis.)
~ 1 keping tauhu
~ 1 batang daun sup
~ 1/4 biji bawang besar
~ 1/2 biji cili besar merah
~ 1/2 cili besar hijau
~ serbuk lada hitam, perasa & garam
CARA-CARA MENYEDIAKAN CHICKEN ROULADE:
Potong halus tauhu, bawang besar, daun sup dan lada besar merah dan hijau.
Gaulkan campuran tauhu, bawang besar, dau sup dan lada besar dengan garam, perasa & lada hitam. Ketepikan.
Susun kobis yang telah dicelur di atas plastic wrapper.
Kemudian susun pula dada ayam yang telah diketuk di atas sususan kobis.
Tabur sedikit garam dan lada hitam di atasnya.
Kemudian letakkan campuran tauhu ke atas dada ayam.
Gulung kemas dan ketat.
Kemudian bungkus gulungan kobis dan ayam itu dengan menggunakan plastic wrapper.
Bungkus ketat dan ikat hujung kedua-dua belah.
Kemudian rebus gulungan ayam dalam air mendidih selama 10 minit.
Selepas itu, angkat gulungan ayam dan buka ikatan.
Taburkan lada hitam di atas gulungan ayam itu dan bakar didalam oven/grill di atas oven untuk mendapatkan warna yang cantik.
Sejukkan chicken roulade dan potong.
Sudukan sos lemon butter di atasnya.
BAHAN-BAHAN LEMON BUTTER SAUCE:
~ 1 biji lemon, diperah jusnya
~ 1 ulas bawang putih dimayang halus
~ 2 sudu besar mentega
~ garam, perasa, gula & lada hitam
CARA-CARA MENYEDIAKAN SOS:
Tumis bawang putih didalam mentega sehingga garing.
Kemudian tuangkan jus lemon.
Masukkan garam, perasa, gula & lada hitam mengikut suka. Kalau suka masam, letak sedikit sahaja gula.
~SELAMAT MENCUBA~