RESEPI:
KEK KULIT OREN
Bahan-bahan kek:
2 biji buah oren
(saiz sederhana ~ ambil kulit dan cincang halus dan ambil jusnya)
4 biji telur
1 buku mentega buttercup 250gm
2 cawan tepung gandum (Diayak)
3/4 cawan gula aising
1 1/2 sudu teh soda bikarbonat
Bahan-bahan Sirap Jus Oren & hiasan:
2 biji buah oren diambil jusnya
1/2 cawan gula
1/4 cawan air
2 sudu sunquick
1/2 sudu teh serbuk kulit kayu manis
1 biji buah oren di ambil isinya ~ slice seperti dalam gambar
1 biji strawberry untuk hiasan
Cara-cara membuat kek:
Pukul mentega dan gula aising sehingga rata.
Masukkan telur sebiji demi sebiji. (Jangan berhenti memukul)
Apabila adunan dah nampak gebu, masukkan tepung sedikit demi sedikit.
Teruskan memukul adunan.
Masukkan soda bikarbonat.
Teruskan memukul supaya soda bikarbonat bergaul dengan elok.
Masukkan 6 sudu jus oren dan masukkan ke semua kulit oren yang telah dicincang.
Gaul sebati dan bakar pada suhu 140 darjah celsius selama 40-45 minit.
Cara-cara membuat sirap jus oren:
Didihkan air.
Setelah air mendidih masukkan gula.
Kacau hingga sebati.
Masukkan kesemua jus oren dan 2 sudu sunquick tadi.
Masukkan serbuk kulit kayu manis.
Kacau sehingga pekat.
Setelah adunan pekat, tuang 2 sudu sirap jus oren ke atas oren yang telah di slice.
Susun oren yang di slice di atas kek berserta strawberry. (rujuk gambar)
Kek boleh dinikmati bersama sirap jus oren atau dimakan begitu sahaja.
~ selamat mencuba ~