Bismillahrirahmanirrahim.
Assalamualaikum WBT.
Berat nak memulakan entri petang ni seberat perasaan aku tatkala ini. Alhamdulillah, dua minggu lepas aku diberi kekuatan untuk menulis plot bagi sebuah kisah kehidupan seorang yang aku sayang dan dihantar ke pihak JS. Syukur bila pihak JS amat teruja dengan kisah itu kerana itu adalah sebuah kisah benar tentang seseorang yang dekat dengan hati aku adik beradik.
Sesungguhnya, hampir setahun pemergiannya, baru aku punye kekuatan untuk menulis plot bagi cerita tersebut. Tidak banyak yang aku mampu lakukan untuk dia disepanjang hidupnya, maka aku cuba penuhi impiannya untuk dibukukan kisah hidupnya.
Dengan menggunakan tajuk "Cerita Cinta Yang Tertangguh" aku dah mula menyiapkan bab awal bagi cerita ini dan dah diajukan ke JS. Semoga aku diberi kekuatan untuk terus menulis kisah tentang dia yang kami kasihi.
Terima kasih Ya Allah! Terima kasih kerana pinjamkan aku sekelumit kekuatan untuk menulis tentang dirinya.
Ikhlas,
~Ayuna Asma~

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
leave your comment here!