بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
Selamat Tahun Baru 2014 diucapkan kepada semua warganegara Malaysia yang akan menyambutnya dalam masa beberapa jam lagi. Kita ketepikan sebentar isu politik dan ekonomi yang sedang hangat diperkatakan yang bakal kita lalui pada tahun 2014. hehehe ;p
Sejenak kita renungkan tabir hidup kita. 2013 hampir ke penghujungnya. Dimanakah hala tujuan kehidupan kita? Sudahkah kita langsaikan azam-azam tahun-tahun lepas atau masih di takuk yang sama?? Renew azam setiap tahun tetapi tidak satu pun yang di tunaikan..hehehe.. ;p
Allah SWT telah berfirman dalam sebuah ayat yang bermaksud:
'Dan penuhilah janjimu kepada-Ku, nescaya Aku penuhi janji-Ku kepadamu dan hanya kepada-Ku lah kamu harus takut (tunduk)'
So, lepas ni kalau berazam lebih baik tunaikan. Kalau tak mampu nak tunaikan semua, tunaikanlah sedikit demi sedikit. hemm, ke camne tu? Sebab berazam ni macam berjanji dan serupa dengan bernazar...Errr, kalau salah sila clearkan! hehehe
(p/s: setiap kali tahun baru bermula, saya tak pernah berazam tetapi In Sha Allah tahun ini saya berazam untuk menjadi seorang muslimah sebenar yang patuh kepada setiap arahanNya dan sentiasa bersujud kepadaNya. Doakan saya yea! =)