Advertlets Ads

1 Sep 2016

PUSAT KECANTIKAN ROYALISTA


pin. pin. pin.

Alhamdulillah. Dilapangkan sedikit masa dari kesibukan kerja untuk membebel dekat sini kejap hari ini. Sebenarnyakan, dah lama berhajat nak tulis entri ni dan dah mendapat kebenaran dari pemilik pusat kecantikan tersebut tapi dek kekangan masa yang amatlah cemburu, dengki, busuk hati dan seangkatan dengannya membantut proses penaipan entri hari ini.

Taraaaa. Alang-alang dah curi masa sikit ni, meh sini hakak nak promote/bagi testimoni hakak sendiri. 

Haaa. Biasa kan nengok hakak update facebook dan instagram yang hakak pergi buat facial laa, IV laa, massage laa, body scrub, sauna infra red, mandi susu. Eh, pendek kata macam-macamlah hakak tulis kan.

Eh. Betul ke? Bandar kecik yang hamat macam Jerantut tu ada pusat kecantikan yang tawarkan macam-macam servis gitu. Eh, adalah! Apa? Koramm ingat bandar koboi hakak ni kolot sangat ke? ahaha. 

Oke, malaslah nak bebel panjang-panjang. Penat jari hakak taip uols tau tak. Ni tempatnya tau Pusat Kecantikan Royalista yang selalu hakak pergi tu. Oke, check it out tempat ni.


Oke, gegadis ni antara team Pusat Kecantikan Royalista. Diaorang ni sangatlah friendly dan hakak suka sangat dengan keramahan diaorang ni. So, masa koram buat facial ke, apa ke, takdelah sunyi sebab diaorang suka berceloteh.

Oke, ini pulak antara snap lokasi dalam pusat kecantikan ni. Paling penting pusat kecantikan ni selesa, bersih, kemas dan mesra kaum wanita. Kelasss engko jahhhh.



Oke, ini antara servis-servis yang ditawarkan dekat Pusat Kecantikan Royalista ni. Eh, koram apa lagi. Bila nak serbu sini?

Sebelum tu, lokasinya terletak berhadapan dengan Kolej Komuniti Jerantut, Taman Wawasan, Jerantut, Pahang. Kalau nak booking call je 09-266 2209.