Advertlets Ads

13 Mac 2015

Bab 05: Cerita Cinta Yang Tertangguh

Bab 05: Cerita Cinta Yang Tertangguh






“Mak.. Abah tak sayang Iman ke?” tanya Iman sambil memandang emaknya Puan Rogayah.
“Abah sayang Iman. Abah sayang semua anak-anak dia.” Puan Rogayah memandang Iman sambil menyeka air mata dibibir mata Iman. Iman masih baring didalam pelukannya dibilik.
“Kalau abah sayang, kenapa abah tak percaya cakap Iman?” Iman memandang emaknya sayu.
Terkedu Puan Rogayah mendengar kata-kata Iman itu. Dia menyeka air matanya yang hampir mengalir. “Iman.. Abah sayang Iman. Abah mungkin tertekan sebab pakcik Sahak datang dan marah-marah.” Puan Rogayah berbicara lembut memujuk hati Iman.
“Iman tak curi pun buah dekat kebun pakcik Sahak mak. Hairi yang ajak Iman pergi ambil rambutan dekat kebun ayah dia.” Iman memandang sayu Puan Rogayah mohon secebis pengertian.
Puan Rogayah terharu. Dipeluknya Iman seeratnya. “Mak tahu sayang. Mak tahu. Sebab tu mak tak bagi Iman kawan dengan Hairi. Sebab mak kenal perangai ayah dia macam mana.” Puan Rogayah mulai menangis teresak-esak sambil memeluk Iman.
Encik Salleh yang berdiri dipintu bilik memerhatikan dua beranak itu menangis sambil berpelukan benar-benar terasa bersalah. Dia jarang memukul anak-anaknya melainkan setelah mendapati anak-anaknya benar-benar bersalah. Namun dalam kes Iman tadi, dia gagal mengawal amarahnya lantas dengan cepat dia menampar Iman dengan sekuat tenaganya tanpa membuat sebarang usul periksa. Allah. Apa aku dah buat pada darah daging aku sendiri. Hati Encik Salleh mengeluh sendiri.
“Abah…” Irfan yang berdiri dibelakang Encik Salleh memegang lengannya.
Encik Salleh menoleh. “Alongg..” Dia menyeka manik jernih yang mengalir dibibir matanya.
“Sumpah abah! Iman tak mencuri. Kalau Iman dikatakan salah sebab mencuri, abah hukumlah Along sekali.” Irfan dengan berani meluahkan perasaannya.
Encik Salleh kelihatan kaget. “Kenapa nak hukum Along sekali?” tanya Encik Salleh hairan.
Irfan yang kelihatan takut-takut diawalnya mula memberanikan diri. “Sebab.. Sebab Along pun ambil buah rambutan dekat kebun pakcik Sahak juga.”
“Allah!” Encik Salleh menepuk dahi. “Kenapa Along tak halang Iman dari ambil buah rambutan dekat kebun pakcik Sahak tu? Kenapa Along ikut sama? Kenapa?” tanya Encik Salleh berulang kali.
Mendengarkan suara suaminya di pintu, segera Puan Rogayah dan Iman menoleh.
“Along mintak maaf abah. Along tak sengaja sebab Along fikir Hairi ada dekat situ. Dia pun ajak Along makan buah sekali.” Irfan membela diri.
“Kenapa ni bising-bising?” Puan Rogayah sudah mula mendekati suami dan anak sulungnya itu. Iman masih didalam pelukannya.
“Entahlah. Saya tak tahu nak cakap apa lagi.” riak wajah Encik Salleh nyata kecewa.
“Kenapa ni Along?” Puan Rogayah masih tidak berpuas hati selagi tidak mendapat jawapan bagi persoalannya.
“Sebenarnya mak… Sebenarnya… Bukan Iman seorang je yang ambil buah rambutan tu dengan Hairi. Along pun ambil sama.” Jawab Irfan tergagap-gagap.
“Ya Allah! Kamu pun terlibat sama Along?” Puan Rogayah seakan tidak percaya.
“Along tak rasa pun Along dengan Iman salah sebab Hairi yang ajak kita orang ambil buah rambutan tu. Lagipun kita orang cuma ambil beberapa biji je.” Irfan membela dirinya sekaligus Iman.
“Habis tu kenapa pakcik Sahak marahkan Iman je?” Puan Rogayah semakin pening.
“Entahlah. Along pun tak tahu.” Irfan menjawab ringkas.
“Iman…” tegur Encik Salleh.
Iman yang masih didalam pelukan Puan Rogayah membuang pandang ke arah lain. Dia memperketatkan pelukan terhadap emaknya.
“Iman.. Abah minta maaf yea. Abah tak sengaja.” Pujuk Encik Salleh.
“Iman, kan abah minta maaf tu.” Puan Rogayah memujuk Iman.
 Encik Salleh menghulurkan tangannya. Dia memegang Iman dan menarik lembut Iman dari pelukan emaknya. “Abah minta maaf yea sayang.” Tutur Encik Salleh lembut sambil merangkul Iman dalam pelukannya.
“Iman tak curi abah. Iman janji tak buat lagi.” Iman menangis dalam pelukan abahnya.
Encik Salleh merangkul erat Iman lantas didukungnya Iman dan dibawa keluar dari bilik. “Dah! Jangan menangis lagi. Jom kita makan.” Tutur Encik Saller lembut sambil dia berjalan menuju ke dapur dimana anak-anaknya yang lain telah sedia menunggu untuk makan malam. Puan Rogayah dan Irfan turut sama mengikutinya.

PAA Review: Quurata Riverside Resort Kuala Terengganu


بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ
 
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته


Hari ni, iols nak review sikit pasal one place yang bernama Quurata Riverside Resort yang terletak di Kuala Terengganu.

Actually, iols dan family pergi jenjalan ke Kuala Terengganu masa CNY break hari tu. Iols and family stay dekat Qurata Riverside Resort ni.

So, meh sini iols nak kasik review sikit pasal tempat ni.

Firstly, tempat ni sangatlah murah. Dengan rate RM120.00 per malam bagi bilik queen bed atau twins bed. Bagi yang datang bekerluarga dengan anak ramai-ramai, iols suggest uols amik je bilik Dahlia Family iaitu twin sharing room. So, parents boleh duduk 1 bilik and anak2 1 bilik. Ada connecting room yang membolehkan parents ke bilik anak-anak.

Okey, secondly nak cerita pasal kondisi bilik. Honestly, iols sangat-sangat berpuas hati dengan kondisi bilik. Sangat-sangat selesa. Cuma services kat situ lambat sikit. Sepatutnya pukul 2.00 pm iols dah boleh check in, tapi pukul 4.00 pm iols baru dapat bilik. Oke, maybe bukan luck iols haritu. Iols faham sebab bilik crowded. Too much people yang check in cheick out. Mereka pun manusia biasa bukan?

Thirdly, iols nak cerita pasal location. Opkos location dekat dengan Kuala Terengganu, tak jauh mana dengan bandar and mudah dicari. Then, Quurata Riverside Resort ni terletak bersebelahan dengan Masjid Terapung. Kawasan luar resort ni sangatlah menenangkan. Bagi iols, kalau dapat menulis manuskrip kat sini, memang boleh dapat banyak idea gitu.

Then, bonus bagi yang buat family trip atau family day dekat sini, kalau nak buat BBQ sangatlah best dekat kawasan resort ni.

Oke, then bawah ni gambar2 yang tak banyak mana iols sempat snap. Enjoy!


Okeh, so kalau nak booking boleh call nombor ni: 09-6175500