Advertlets Ads

29 Mei 2014

Klip Video Pilihan: Spider ~ Tapi Bagaimana


Assalamualaikum WBT...

Kesiannya hamba sebab hamba baru tertengok video clip lagu ni. Actually, hamba dah lama tahu lagu ni cuma tak pernah terdetik hati nak tengok video clip lagu ni.

Firstl, lagu ni memang best and paling penting video clip dia tersangatlahhhhhh sweet korang! Enjoy watching this video clip TAPI BAGAIMANA by SPIDER! =)


Love,

Ayuna_Asma


26 Mei 2014

Cinta Nurain: Part 16

Part 16:

“Hah?! Andrew luahkan perasaan kat kau? Biar betul! Sejak bila mamat tu sukakan kau?” Sherry terkejut besar. Hampir sahaja dia tertelan gula-gula lolipop yang sedang di kemamnya.
            “Entah! Katanya, I fell for you since first time we have met in class. Lebih kurang macam tu lah kot ayat dia cakap tadi.” Jawab Amna acuh tak acuh. Dia tekun menyuap nasi goreng dabai kedalam mulutnya.
            “Ishhh, musykil ni. Macam mana orang sehensem Andrew tu nak kat kau yang senget ni.” Sherry sengaja mengusik Amna. Diangkatnya dagu Amna serta dibelek-beleknya wajah polos Amna.
            “Hoi!!! Agak-agaklah. Aku tengah makan ni.” Amna bengang! Dia menarik wajahnya kembali menatap nasi goreng dabai yang dibeli dari kafe tadi.
             “Takdelah! Aku cuma confuse je. Macam mana Andrew yang hensem macam muka hero Twilight tu boleh suka kat kau. Tak patut! Tak patut!” Sherry gelengkan kepalanya berulang kali.
            “A’aah laa kan! Macam mana aku boleh tak perasan yang muka Andrew tu macam hero cerita Twilight tu. Eh apa namanya hero cerita tu?” Amna mengangkat wajahnya menunggu jawapan Sherry.
            “Robert Pattinson lah! Itu pun tak tau.” Cepat-cepat Sherry menjawab.
            “Macam manalah aku boleh tak perasan yang muka Andrew macam Robert Pattinson.” Amna mengusap-usap dagunya. Berfikir-fikir sejenak.
            “Aikk!! Goyang ke? Takkan kau dah goyang kot bila si Andrew tu kata dia sukakan kau! Habis tu, Hakim si buaya darat tu, kau nak campak ke mana?” Sherry mengusik Amna.
            “Aku pass dia kat kau je, boleh?” Amna tersengih.
            Bulat mata Sherry mendengar kata-kata Amna. “Heyy, kalau kau bagi buaya darat tu kat aku, alamatnya tak panjanglah umur mamat buaya darat tu dengan aku.” Sherry mencekak pinggang. Amna ketawa mengekek mendengar kata-kata Sherry itu.
            “Ada-ada jelah kau ni Sherry.” Ketawa Amna masih berbaki.
            “Apa kata kau tinggalkan je si Hakim tu. Lepas tu kau terimalah cinta si Andrew tu.” Sherry tersenyum jahat.
            “Hah?! Apa yang kau merepek ni?” Amna memandang Sherry seakan-akan tidak percaya dengan apa yang didengarinya.
            “Merepek apanya. Betullah cadangan aku tu.” Sherry tarik muka masam. Dia menarik sekali polistren bekas nasi goreng dabai milik Amna.
            “Hey! Nasik aku tu. Cakap-cakap jugak, tangan toksah merayap boleh tak?” Amna tersengih melihat keletah Sherry.
            “Alaa, sikit je. Nampak macam sedap pulak tengok kau makan.” Sherry turut sama tersengih.
            “Aku cuma anggap Andrew tu sebagai seorang sahabat je, tak lebih dari tu.” Tutur Amna perlahan.
            “Alaa, mula-mula kawanlah. Lepas tu sayanglah!” Jawab Sherry mudah. Laju mulutnya mengunyah nasi goreng dabai kepunyaan Amna.
            “Aku tak bolehlah sesuka hati ubah perasaan aku semudah tu.”
            “Hemm, terserahlah kat kau Amna. Aku tak paksa pun kau nak suka si Andrew tu. Aku bagi cadangan je. Kalau kau tak nak si Andrew tu, aku nak.” Sherry menjawab selamba sambil tersengih.
            “Ahaaa, okay jugak idea kau tu. Apa kata aku kenenkan korang berdua. Nak tak?” Wajah Amna kelihatan ceria.
            “Arghhh, tak naklah aku! Andrew tu tak bersunat!” Sherry tersengih menayangkan giginya.
            “Hahaha, perkara tu boleh diurus kemudian.” Amna ketawa mendengar kata-kata Sherry. Terhibur juga hatinya dengan keletah Sherry.
            “Ish, tak payah susah-susahlah Amna kau nak kenenkan aku dengan si Andrew tu, lagi pun Andrew tu suka kat kau bukannya dekat aku.”
            “Alah, nanti dah lama-lama kenal dia mestilah dia akan sukakan kau. Kau pun cantik orangnya.” Amna ikhlas memuji.
            “Kau tak payah nak pass baton kat aku pulak. Dah-dah! Aku tak masuk dalam cerita engkau, Andrew dan si Hakim buaya darat tu.” Sherry menolak keras. Dia tidak mahu dikaitkan dengan kisah cinta Amna yang bersegi-segi mengalahkan heksagon.
            “Betul kau tak nak ni?” Amna inginkan kepastian. Dia sengaja mengusik Sherry.
            “Tak nak aku!” Cepat Sherry menjawab.
            “Rugilah kau…” Amna tersengih. “Andrew tu kan hensem macam muka Robert Pattinson tu.” Amna menyambung lagi.
            “Aku tak rugi tapi kau yang rugi. Don’t be afraid to fall in love Amna, not everyone will hurt you.” Ujar Sherry perlahan sebelum berlalu pergi. Penuh makna kata-katanya.
            Termenung sejenak Amna mendengar kata-kata teman baiknya itu. Terhenti kunyahan nasi goreng dabainya. Terasa terlalu pahit nasi goreng yang ditelannya itu.

            Tanpa sedar Amna berucap sendirian. “Love is a cycle. When you love, you will get hurt. When you get hurt, you will hate. When you hate, you start to forget. When you start to forget, you start to missing. And when you start missing, you’ll eventually fall in love again.

23 Mei 2014

Salam Jumaat Semuaaa


Assalamualaikum WBT...

Salam Jumaat dan Salam 23 Mei 2014 semua....

Yeay!! Encik blog sekali lagi dibiarkan usang dek kerana kesibukan mengejar dunia. In Sha Allah, tuan punya blog akan kembali nanti dengan idea yang lebih baik dan bernas.. Pheww

OkBye!