Advertlets Ads

10 Apr 2014

Ceritera Aku: Janji Dah Berapa Kali, Tunai Tak Jugak!!

 
بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
 
 Kabare semua?? Hehehe, lama kan tuan belog ni menghilangkan diri. Actually tuan belog busy sebab tu tak sempat nak 'hupdate' apa-apa. Harap di maafi.

Sebenarnya tuan belog ingin mohon dimaafi kerana masih belum berkesempatan meng'hapdate' sambungan Cinta Nurain. Harap dimaafi yuk! 

Dah berkali-kali tuan belog berjanji ingin meng'hapdate' sambungan Cinta Nurain, namun masih juga tiada sebarang 'hapdate' dibuat. Itu tandanya tuan belog sudah memungkiri janji kepada readers sekalian. Harap diampunkan dosa kerana memungkiri janji.

And, bercakap tentang memungkiri janji ni, ingin sekali tuan belog nak berkongsi tentang kepentingan Menepati Janji Yang Dah Kita Ucapkan. Err, pesanan ni buat tuan belog dan juga readers sekalian yea.

Firman ALLAh SWT yang bermaksud:
"Hai orang yang beriman mengapa kamu mengucapkan sesuatu yang tidak kamu kotakan. Besar benar dosanya di sisi ALLAH SWT jika kamu mengucapkan apa yang tidak kamu kotakan itu."
(Surah Al-Munafiqun, ayat 1-2)

ALLAH SWT memerintahkan supaya setiap janji dibuat itu dipenuhi dan ditepati seperti firman-Nya yang bermaksud:
"Hai orang beriman, tepatilah janjimu." (Surah Al-Maidah, ayat 1)

Menepati janji dan berkata benar bukti kesempurnaan dan keadilan seseorang. Pepatah Arab berbunyi: 
"Barang siapa yang bermuamalah dengan seorang lain dan tidak berlaku aniaya. Jika berbicara tidak mengatakan yang dusta dan jika berjanji tidak menyalahi, maka jelaslah orang itu memilik keperwiraan sempurna, nyata pula keadilannya dan haruslah dipereratkan persaudaraan dengannya."

Meremehkan janji atau sengaja tidak menepati apa yang diucapkan adalah suatu dosa besar yang pasti menyebabkan kebencian dan kemarahan. Setiap manusia akan dipertanggungjawabkan di hadapan ALLAH SWT mengenai janji yang pernah dibuat sebagaimana dalam firman-Nya yang bermaksud:
"Penuhilah janji itu, sebab janji itu akan ditanyakan." 
(Surah Al-Isra', ayat 34)

Menepati janji sebahagian daripada iman dan balasannya adalah SYURGA. Firman ALLAH SWT bermaksud:
"Orang mukmin ialah orang yang menjaga amanat serta menepati janji, menjafa solat, maka mereka itu yang akan mewarisi SYURGA FIRDAUS dan kekal mereka di situ selama-lamanya."
(Surah Al-Mu'minum, ayat 11)
 
 
 
Sumber: Virtual Friends Article