Mari kita bercerita. Bercerita tentang dunia. Bercerita tentang kita. Bercerita tentang karya. Bercerita tentang makanan. Kerana semuanya bermula dengan cerita.
Advertlets Ads
16 Jan 2014
HILANGNYA SEBUTIR PERMATA BERHARGA KELUARGA KAMI
SELASA, 07.01.2014, 6.50 PAGI.
Hilangnya permata kami sekeluarga. Kembalinya Ngah ke pangkuan penciptaNya benar-benar meruntun hati kami adik beradik. Tatkala memasuki usia 37 tahun pada 2014 ini, Allah SWT menjemput hambaNya yang disayangi ini. Setelah setahun menderita penyakit Kanser Limfoma (T-Cell), Ngah akhirnya kembali dijemput penciptaNya. Sesungguhnya hanya ALLAH SWT yang mengetahui perasaan kami adik beradik ketika itu. Setelah diuji dengan kehilangan kedua mak dan abah, ALLAH SWT uji lagi kami adik beradik dengan kehilangan Ngah.
Ngah atau nama penuhnya Arwadi bin Abdul Hamid merupakan seorang ustaz di SK (F) Sg. Tekam. Dikenali ramai sebagai seorang yang suka berkawan tanpa mengira darjat, Ngah merupakan seorang abang yang bertanggungjawab, ramah dan suka mengusik.Kehilangannya benar-benar meragut keceriaan di rumah kami.
Al-Fatihah buat kekanda yang disayangi. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Tenanglah dikau disana duhai kekandaku tersayang. Amin.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
leave your comment here!