بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
AZAM TAHUN BARU
Bila bercakap tentang tahun baru, tak sah rasanya kalau kita tak bercakap sekali tentang AZAM. Boleh kata setiap orang akan sematkan AZAM mereka untuk tahun baru tersebut. Tetapi sebenarnya ramai juga yang hanya berAZAM tapi tak pernah tertunaikan. Hehehe.
Lupakan kisah azam-azam yang tak pernah tertunai tu sebab saya tak pernah berazam cuma masuknya tahun 2014, dengan peningkatan umur ke tangga 29 membuatkan saya terfikir sejenak. Mungkin selama ini saya tidak pernah ambil kisah dan dalam erti kata lain tak pernah ada kesungguhan dan kematangan dalam kehidupan.
Tatkala beranjaknya ke tangga usia 29 saya baru terfikir. Oh! Saya sudah menghampiri usia 3 series. Saya masih lagi begini. Saya perlu berubah!!! So, sempena kedatangan tahun baru 2014 saya pun sematkan satu azam.
Haaaa!! Mesti nak tahu azam saya. Sila tengok gambar di atas! Haaa, dah tengok gambar tu? Agak-agaknyalah apalah azam saya yang brkaitan dengan gambar di atas. Hehehe.
Dah dapat jawapan dah? Hehehehe. Yea betul.....! Azam 2014 saya nak berubah dari yang baik ke lebih baik di mana saya nak berpakaian seperti seorang muslimah sejati. Kira lepas ni nak berpakaian dengan gaya shariah compliance! In Sha Allah. Doakan azam saya ni bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam yea!
********
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
leave your comment here!