PART 01:
“Umar
Shafie bin Shahdan, aku nikah akan dikau dengan anakndaku Annisa Nurain binti
Ammar dengan mas kahwinnya satu ribu ringgit tunai.” Sambil menghenjut sekali
tangan lelaki di hadapan yang digenggamnya.
“Aku terima nikahnya Annisa Nurain binti
Ammar dengan mas kahwinnya satu ribu ringgit tunai.” Jawab Umar Shafie dengan
penuh yakin.
“Sah?” Tanya Encik Ammar kepada dua
saksi di kiri dan kanannya.
“Sah..sah.” Jawab kedua-dua lelaki
tersebut dengan anggukan kecil.
“Alhamdulillah.” Encik Ammar mengangkat
kedua-dua belah tangannya bagi membaca doa setelah selesai majlis akad nikah puteri
tunggalnya Annisa Nurain diikuti semua yang berada di situ.
“Umar, sekarang bolehlah batalkan
air sembahyang.” Perlahan Encik Ammar menyentuh bahu menantunya yang baru
selesai solat sunat syukur.
Umar dengan tenang bangun dari
sejadah dan berjalan menuju ke arah Annisa Nurain yang telah sedia menantinya
di sisi bondanya, Puan Salima dan ibu Umar sendiri Puan Hidayani.
Dengan
senyuman yang paling manis Annisa Nurain atau lebih manja dipanggil Anis
menghulurkan jari manisnya untuk disarungkan cincin bertatahkan sebutir berlian
dengan ukiran huruf US
di sebelah kiri dan di sebelah kanan cincin yang ditempah khas dari Tiffany.
Usai
acara membatalkan air sembahyang, jurugambar yang ditempah khas meminta Umar
dan Anis keluar untuk merakamkan beberapa detik indah mereka di dataran di
hadapan Masjid Putra, Putrajaya yang tersergam indah itu.
Pada
waktu itu hadirin yang kebanyakan terdiri dari ahli keluarga terdekat Umar dan
Anis telah bertolak menuju ke Hotel Grand Marriot untuk majlis resepsi mereka
yang akan diadakan pada jam 1.00 petang.
Umar
melihat ke arah jam tangan Guess di lengannya. Jam menunjukkan pukul 10.30
pagi. Majlis akad nikah mereka diadakan seawal jam 8.00 pagi tadi bagi
memudahkan Umar, Anis dan keluarganya untuk menghadiri majlis resepsi yang akan
diadakan di Hotel Grand Marriott Putrajaya.
Lokasi
bagi majlis akad nikah ini diadakan di atas permintaan Anis sendiri yang
beria-ria ingin mengabadikan kenangan manis majlis akad nikah mereka di masjid
yang terletak di Putrajaya yang merupakan nadi pemerintahan Negara.
“Okay,
kita ada lebih kurang tiga puluh keping gambar untuk di ambil dekat area dataran
ni. Lepas tu kita boleh gerak ke hotellah sebab takut terlewat sampai sana.” Arah Joe selaku
jurugambar mereka pada hari itu.
“Okay!”
Serentak Umar dan Anis menjawab sambil mata mereka tertaut antara satu sama
lain.
“Anis,
I nak you baling bunga tangan you tu sebab I nak capture that moment and Umar you pula berdiri belakang Anis tapi
jangan dekat sangat.” Arah Joe lagi sambil tangannya sibuk melihat di kamera
Canon EOSnya.
“Okay!”
Anis dan Umar mengerti arahan.
“Okay,
last frame!” Joe menjerit dari arah
belakang Anis dan Umar sambil tangannya mengarahkan Anis dan Umar berdiri
membelakangkan Jabatan Perdana Menteri yang berada tidak jauh dari Dataran
Putrajaya itu.
Selesai
acara fotografi yang berlatarbelakangkan Dataran Putrajaya, Umar dan Anis
berehat sebentar disitu sementara menunggu Joe mengambil kereta mereka di
parking.
“Awak!
Saya rasa macam tak percaya je yang saya dah jadi isteri awak!” Anis berkata
perlahan sambil kakinya menguis-nguis lantai dataran.
“A’ah
kan. Saya pun
rasa tak percaya je duit saya habis banyak untuk cincin awak tu.” Umar mengusik
sambil mulutnya menunjukkan ke cincin Tiffany yang cantik terletak di jari
manis Anis.
“Awak
ni..ke situ pulak! Nampak sangat tak ikhlas nak bagi cincin ni dekat saya.”
Anis pura-pura merajuk sambil mengusap-ngusap cincin dijari manisnya.
“Alah,
saya gurau pun awak nak merajuk. Tak habis-habis lagi ke perangai mudah merajuk
awak tu wahai isteriku.” Umar memujuk.
“Saya
isteri awak kan!
Huh! Macam tak percaya betul saya sanggup kahwin dengan awak.” Giliran Anis
pula mengusik.
“Aik,
bunyi macam menyesal je kahwin dengan saya?” Umar tarik muka masam.
“Hahaha,
awak tak payahlah merajuk! Orang tua ni, buruk tahu rupa dia kalau merajuk!”
Anis masih mengusik.
“Iyelah!
Saya ni orang tua. Bukan macam awak muda remaja lagi.” Umar bersuara perlahan.
“Alah,
merajuk pulak encik suami saya ni.” Anis seakan memujuk.
“Memang
saya merajuk!” Umar masih ingin merajuk untuk mengusik isterinya.
“Awak
janganlah merajuk. Awak bukan tak tahu yang saya ni mana pandai pujuk-memujuk
orang merajuk ni.” Anis buat muka sedih meminta simpati dari suami yang baru
dinikahinya.
“Awak
yang sedih kenapa? Patutnya saya yang sedih sebab awak kata saya tua.” Umar tak
penat mengusik isterinya.
“Dah
memang betul kan
saya kahwin dengan orang tua!” Anis sedikit mencemik.
“Dah
jodohkan. Lagipun siapa suruh awak terima senior awak jadi boyfriend, kan dah dapat suami
tua.” Umar mengusik lagi.
“Dah
cinta nak buat macam mana…” Anis bersuara sambil tersenyum bahagia.
Bahagia.
Itulah perasaan yang dapat digambarkan oleh Annisa Nurain ketika ini. Umar
Shafie pelajar tingkatan lima
di sekolahnya dahulu menghulurkan salam perkenalan ketika Annisa Nurain masih
di tingkatan satu. Agak jauh jarak usia mereka namun kerana rasa cinta yang
jujur dan ikhlas di tambah dengan rasa percaya walau jarak pernah memisahkan
mereka kerana masing-masing melanjutkan pelajaran di luar negara namun cinta
mereka tetap utuh sehingga ke jinjang pelamin pada hari ini. Selama sepuluh
tahun mereka mengikat kasih sayang dan berjanji untuk hidup bersama dan hari
ini Masjid Putrajaya telah menjadi saksi janji mereka diikat secara sah.
“Awak!
Saya rasa nak peluk awak boleh?” Anis bertanya tanpa malu.
“Hah!
Kat tengah-tengah dataran ni?” Umar bertanya kehairanan.
“Yup!
Kat tengah-tengah dataran ni lah.” Anis buat muka tak malu.
“Malu
kat oranglah!” Umar bersuara perlahan.
“Awak
malu ke? Saya tak!” Selamba Anis menjawab.
“Sampai
hotel kejap lagi awak peluklah saya puas-puas.” Umar menjawab tersengih.
“Tak
nak! Saya nak peluk sekarang! Bukan dekat hotel.” Anis merengek.
“Awak
ni ngengadalah!” Umar membentak perlahan.
“Selama
ni awak yang ngengada takpe!” Anis buat muka tak puas hati.
“Kenapa awak nak peluk saya sangat ni?” Umar
bertanya perlahan.
“Entah!
Saya rasa macam nak peluk awak. Sebelum ni tak boleh peluk awak sebab haram.
Sekarang kan
dah halal.” Selamba Anis menjawab tersengih.
“Okaylah.”
Akhirnya Umar mengalah dengan jawapan Anis.
“Okay!
Pandang sini!” Tiba-tiba Joe bersuara sambil tangannya laju menekan punat di
kameranya.
Terkejut
Anis dan Umar yang sedang berpelukan di Dataran Putrajaya itu. Mereka langsung
tak menyedari kehadiran Joe disitu dan sempat pula Joe ‘mengandid’ gambar
mereka berpelukan di tengah-tengah dataran itu.
‘Okaylah.
Jom gerak ke hotel. Nanti lambat pulak. Mak cik ni nak tukar baju lagi nanti,
confirm ambil masa lama.” Umar mengajak sambil mengerling ke arah isterinya
yang dipanggil makcik.
“Ooo
makcik yea!” Singgah satu cubitan di pinggang kiri Umar hadiah dari isteri
tercinta yang dipanggil makcik.
“Awak ni suka betul main cubit-cubit
kan? Dah
macam mak ketam pulak cubit-cubit ni.” Umar mengusik Anis sambil memegang
tangan isterinya menuju ke arah kereta Toyota Vios putih milik Joe yang
diletakkan tidak jauh dari tempat mereka berdiri.
“Dah ready ke?” Joe bertanya tatkala Umar dan
Anis sudah masuk kedalam perut keretanya.
“Okey, dah boleh gerak ni. Nanti
lambat sampai ke hotel.” Umar disebelah Joe berkata sambil tersenyum memandang
Anis yang duduk dibelakangnya. Anis membalas senyuman manis suaminya itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
leave your comment here!