Assalamualaikum WBT...
Kesian 'belogku' ini.. Hampir bersarang dah ku lihat. Bukannya apa, kesempatan untuk meng'hupdate' dirimu amatlah berkurang dek kerana kekangan masaku sebagai seorang pekerja yang berwibawa sama sekali ditambah pula dengan masa-masa lapangku yang diisi dengan aktiviti menulis manuskrip. Alhamdulillah, manuskrip pertama telah disiapkan dan didalam proses suntingan dan bakal diterbitkan bulan depan (September 2013). Kengkawan sekalian jangan lupa dapatkan novel pertama saya berjudul Kau Belacan, Aku Keju terbitan Jemari Seni Sdn Bhd (hehehe, ambil kesempatan promot kejap..hehehe).
Hehehehe, balik kepada niat asalku dengan posting yang bertajuk Posting Pertamaku, hahahaha, kalian ingat lagi tak posting pertamaku? (ceh! perasan! macamlah banyak sangat followers!) oiiittt, walaupun tak banyak followers at least posting pertamaku banyak dapat feedback hokayyy !!!
Oke! oke! straight to the point!! Fokus! Fokus! Fokus amatlah penting! Aiya! Banyak betul merapunya. Okay, berbalik kepada posting pertamaku iaitu mengenai Kanser Limfoma, kanser okay, iaitu sejenis penyakit. Alhamdulillah, betul-betul tak sangka posting pertamaku mendapat banyak feedback daripada pesakit-pesakit limfoma dan dijadikan sebagai tempat untuk mereka berkongsi-kongsi ilmu tentang penyakit itu disamping memberi dorongan dan galakan sesama sendiri. Alhamdulillah, tak sangka sungguh, post itu ditulis sekadar untuk perkongsian mengenai peyakit itu setelah sahabat baik saya di universiti di sahkan menghidap penyakit itu, tetapi sungguh tidak disangka yang ia mendapat maklum balas yang sanggat positif.. (Alhamdulillah, bangga sekejap!hahaha)
Emmm, sebenarnya posting ini ditulis nak cakap pasal tu je..hehehe, apa-apa pun doakan saya sentiasa ada masa untuk meng'hupdate' 'belog' usangku ini...
Assalamualaikum...
#Doakan Mesir, Syria dan Palestin....