Advertlets Ads

26 Okt 2010

WAHAI WANITA INGATLAH....

1) MEMAKAI WANGIAN SECARA BERLEBIHAN




Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a, dia berkata:
Rasulullah SAW bersabda:

"Mana-mana wanita yang memakai pedupaan (wangian) maka janganlah dia datang bersama-samaku solat Isya' yang akhir.."

Sementara menurut riwayat lain:

"Jika salah seorang di antara kamu datang ke masjid, maka janganlah memakai wewangian.."

Sabda Nabi SAW: " Barangsiapa di antara wanita yang memakai dupa (wangian)" adalah mensyaratkan bagi orang perempuan yang akan mendatangi jemaah solat tidak diperkenankan memakaikan wangi-wangian, atau barang-barang yang menyebarkan bau.. Bahkan Nabi SAW mengecam seorang wanita muslimah pergi untuk solat berjemaah sementara dia memakai minyak wangi, bahkan ditegaskan pula bahawa solatnya itu tidak akan diterima.

Diriwayatkan dari maula (bekas budak) Abu Rahm, namanya Ubaid, bahawa Abu Hurairah r.a berpapasan dgn seorang wanita memakai minyak wangi, wanita itu hendak pergi ke masjid. Lalu Abu Hurairah menegurnya: "Wahai wanita sombong, mahu kemana kamu?" Jawabnya: "Ke masjid" Abu hurairah berkata: " Engkau memakai minyak wangi?" Wanita itu menjawab: " Benar, aku memakai minyak wangi." Abu Hurairah berkata: " Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

"Barangsiapa di antara wanita yang memakai minyak wangi, kemudian memakai minyak wangi, kemudian pergi ke masjid, maka solatnya tidak diterima, sehingga dia mandi.."

Sedangkan menurut riwayat lain:
"Jika seorang wanita pergi ke masjid, maka hendaklah dia mandi dari minyak wanginya sebagaimana dia mandi dari junub."

Juga sabda Nabi SAW: " Jika seorang wanita itu memakai minyak wangi, lalu dia melintas sekumpulan orang, agar mereka mencium abunya, bererti dia benar-benar sebagai wanita yang berzina."

"Setiap mata itu berzina. Dan seorang wanita apabila memakai minyak wangi, lalu melewati pada majlis perkumpulan, bererti dia adalah berzina.."


2) MENYANGGUL RAMBUT TERLALU TINGGI



Hadis : Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud :

"Dua golongan di kalangan ahli neraka yang tidakkan aku pandang iaitu kaum yang bersama mereka cemeti seperti ekor lembu yang dengannya digunakan memukul orang lain dan wanita-wanita yang berpakaian bagaikan bertelanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk membuat maksiat. Sanggul dikepala mereka ditusuk tinggi-tinggi seperti bonggol unta yang sangat lemah. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya sedangkan sesungguhnya bau syurga itu sudah boleh dicium dari jarak demikian dan demikian."(Riwayat Muslim).


3) BERTUDUNG TETAPI BERPAKAIAN KETAT



16 Okt 2010

pahit akan manis akhirnya....

PAHIT???
macam mana rasa pahit??
bile kite rasa pahit??
ape kategOri pahit???
pahit ada banyak kategOri..
pahit makan ubat...
pahit hilang cinta..
pahit makan peria....
pahit tgigit bijik limau, langsat or etc..
pahit air kOpi bile tlebih kOpi...
kire macam2 laaaa...
tapi biasanya pahit hilang cinta kasih sayang lebih memberi kesan..
tapi kenapa bsedih bila hilang cinta + kasih sayang manusia..
bersedihlah kite andai hilang cinta+kasih sayang Allah...
pahit hilang cinta pada manusia umpama pahitnya peria...
pahitnya peria tapi berjuta khasiatnye..
begitulah kehidupan...
apabila kehilangan cinta sesama manusia...
khasiatnye bile kite menyedari bahawa die bukanlah yg terbaik utk kite...