Advertlets Ads

30 Ogo 2010

kenapa Allah pertemukan kita dengan orang yang salah



Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi, itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.



1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar, masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.



2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.



3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK, KHAS UNTUK DIRI KITA.



5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...

6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.



7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.



8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.


9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.






Wahai sahabat yg kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.



Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..


28 Ogo 2010

apa sudah jadi?

assalamualaikum kawan2 semua..camne puasa tahun ni??semOga ramadhan tahun ini membawa lebih keberkatan & keredhaan Allah SWT berbanding tahun2 sebelumnya...


hurm..arini nak share sket stOry mengenai fanatiknya raya...kisah ni terjadi dlm apartment kOlej kediaman universiti ktOrg sendiri..hurmm, bkn nk mengaibkan sesiapa cume nk bkOngsi pendapat disini..masa tu saya & kawan2 tgh study dekat ruang tamu, hari tu baru 2nd day puasa..tiba2 terdengar dr dlm bilik hOusemate lagu raya dipasang kuat2..Ya Allah...baru 2 hari ramadhan, xkan dah dengar lagu raye kOt...dlm hati hanya beristhifar...tiba2 sOrg kawan cakap,.."aikk, baru 2 ari ramadhan, xkan da x sabar2 nak tinggalkan ramadhan kOt??"..ermmm...bg saya ramadhan plg dtunggu & belOm sggp nk bpisah dgn ramadhan kali ni sbb masih byk amalan yg ttinggal...tp ada insan2 yg x sabar2 meninggalkn bulan yg penuh dgn keberkatan dan amalan yg blipat ganda ni..utk semua, raya itu bOleh tp biarlah berpada2..jgn smpai kurangnya pahala dsebabkan oleh alpanya kite mngejar raye...heeee =)

Kisah & Tauladan: kisah binatang yang bernama huraisy



Dikisahkan dalam sebuah kitab bahawa apabila tiba hari kiamat nanti maka akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang digelar Huraisy, yang mana panjangnya ialah jarak antara langit dan bumi dan lebarnya pula dari timur hingga ke barat.



Apabila ia keluar  maka malaikat Jibril a.s. berkata, “Wahai Huraisy, kamu hendak ke mana dan kamu hendak mencari siapa?”



Lalu berkata Huraisy: “Aku mencari lima jenis orang.”



1. Orang yang tidak mengerjakan solat.



2. Orang yang tidak mahu mengeluarkan zakat.



3. Orang yang menderhakai kedua orang tuanya.


4. Orang yang suka minum arak.



5. Orang yang sangat suka bercakap-cakap dalam masjid hal dunia.


petikan diambil dari  101 kisah & tauladan untuk renungan bersama =)

mengenali kanser LIMFOMA

assalamualaikum wbt..


arini saya nak kOngsi dengan anda semua sedikit fakta mengenai penyakit kanser LIMFOMA. Sebenarnya, since kawan baik saya disahkan menghidap penyakit ni, saya dah mula mengikuti & membaca banyak artikel & fakta menenai penyakit ini yang majOritinya masih belum diketahui ramai..sO, jOm layan.....




APA ITU LIMFOMA?


LimfOma merupakan kanser SEL DARAH PUTIH yg disebut sbg limfosit-B atau sel-B dan sejenis kanser yg melibatkan kelenjar. Sel tersebut cepat menggandakan diri dan membentuk tumOr manakala sistem kelenjar berperanan untuk membawa cecair dan darah putih melalui tubuh. LimfOma pada Otak atau urat saraf tulang belakang disebut sbg limfOma susunan pusat (SSP). Seperti kebanyakkan kanser yang lain, kanser ini terjadi apabila sel kelenjar berkembang tanpa kawalan dan keadaan ini akan menyebabkan tumOr tumbuh dgn lebih banyak. Sekiranya keadaan ini tidak dapat dikawal pesakit akan merasa sedih atau membengkak pada seluruh tubuh.


TANDA-TANDA ANDA DISERANG LIMFOMA..


Tanda serangan pertana limfOma sangat mudah dikenalpasti iaitu:



  • merasa ketulan atau gumpalan pada leher, perut, bawah lengan atau pangkal paha 
  • sukar bernafas
  • kerap demam
  • kesan merah pada kulit
  • pening2 dan muntah
  • sakit perut
  • hilang berat badan
  • batuk 



p/s: sekiranya terdapat tanda-tanda seperti di atas segera berjumpa dengan dOktOr kerana penyakit ini kebiasaanya menyerang gOlOngan remaja+lelaki...ujian fizikal, ujian darah + ujian imbasan bOleh dilakukan bagi mengenalpasti penyakit ini...rawatan kimOterapi akan dijalankan bagi mengelakkan kanser semakin merebak..SAYANGI DIRI ANDA..CEGAH SEBELUM MEREBAK.. =)

mencari lailatul qadar

MALAM LAILATUL-QADAR