SELAMAT TAHUN BARU 2016!
Kepada pembaca-pembaca yang masih setia menjengah blog yang hidup segan mati tak mahu ini, selamat tahun baru 2016 diucapkan.
Harapnya, tuan tanah masih belum terlewat untuk ucapkan selamat tahun baru kepada pembaca-pembaca walaupun tahun 2016 dah beranjak ke bulan februari.
Insya-Allah, tuan tanah akan cuba mencuri sedikit daripada masa tuan tanah untuk kembali menceriakan blog ini dan membekalkan lebih banyak intipati yang bernas.
Oh, tak lupa juga, tuan tanah akan cuba meng'update' (kelas engko! memelayukan bahasa inggeris) manuskrip-manuskrip ongoing tuan tanah untuk bacaan anda sekalian.
Sekali lagi, tuan tanah ucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2016. semoga tahun ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
leave your comment here!