Advertlets Ads

29 Jan 2014

Cinta Nurain (Part 02)

Part 02:



           “Babah menangis lagi ke?” Umairah Nurain kanak-kanak lima tahun yang begitu petah berbicara duduk di atas ribaan babahnya.
            “Takdelah sayang. Mata babah ni ha, masuk habuk pulak!” Laju mulut Umar menipu.
            “Babah rindu ibu ke?” Perlahan Umairah bersuara sambil memeluk babahnya.
            “Kenapa? Aira rindu ibu ke?” Perlahan Umar bertanya puteri kesayangannya itu.
            Umairah sekadar mengangguk. Umar menarik Umairah kedadanya dan dipeluk puteri kesayangannya seeratnya.
            “Hujung minggu ni kita lawat ibu yea sayang.” Umar bersuara antara dengar dan tidak seakan menahan tangis.
            Umairah sekadar mengangguk lagi lantas menitiskan air matanya namun cepat diseka Umar yang melihatnya. Hati lelakinya benar-benar hiba.
            “Anis…………” Hanya itu yang mampu keluar dari kerongkongnya saat itu.
            “Babah…. Kenapa ibu tinggalkan kita?” Umairah mengangkat wajah memandang Umar.
            Umar mati kata. Di pandang sayu wajah puteri kesayangannya. Nurain Umairah merupakan bukti cintanya terhadap Annisa Nurain. Menatap wajah Aira umpama menatap wajah insan kesayangannya Annisa Nurain. Tatkala itu Umar teringatkan kembali saat-saat dia dan Anis menerima khabar gembira dari doktor.
            “Tahniah Encik Umar, tak lama lagi awak akan menjadi seorang ayah.” Tersenyum Doktor Aleeza memberitahu Umar selepas dia selesai memeriksa Anis yang sedang berbaring di atas katil.
            “Really? How many month doctor?” Umar begitu teruja mendengar khabar berita itu. Tanpa disedari dia mencium isterinya yang telah duduk disebelahnya. Anis hanya tersenyum melihat keterujaan Umar sambil mengosok-gosokkan perutnya.
            “Mengikut pemeriksaan awal saya tadi, kandungan Puan Annisa telah masuk tujuh minggu, tapi saya akan buat pemeriksaan lanjut lagi pada minggu hadapan.” Jawab Doktor Aleeza sambil tersenyum melihat ragam Umar dan Anis yang begitu gembira dengan perkhabaran tersebut.
“Hari apa tu doktor? Pukul berapa? Berapa haribulan kena datang untuk pemeriksaan lagi?” Umar bertanya tidak sabar seolah-olah dia yang mengandung.
            “Nanti nurse saya akan tetapkan appointment selanjutnya dan puan boleh ambil ubat di kaunter kerana kandungan puan agak lemah. Saya dah senaraikan ubat-ubat untuk puan makan bagi menguatkan rahim puan.” Doktor Aleeza tersenyum.
            “Lemah? Macam mana tu doktor?” Giliran Anis pula bertanya. Dia cukup takut untuk mendengar perkhabaran lain selain dari perkhabaran gembira tadi.
            “Puan Anis tak perlu risau. Kita akan scan lagi kandungan puan pada minggu hadapan dan kita akan tengok dulu macam mana. Buat masa ni, saya nak Puan Anis makan ubat tu seperti yang ditetapkan supaya dapat menguatkan rahim puan.” Sabar Doktor Aleeza memberi penerangan.
            “Bahaya ke keadaan kandungan isteri saya doktor?” Umar juga ingin tahu.
            “Inshaallah, kandungan akan selamat jika puan tidak membuat kerja-kerja berat, kurangkan stress dan makan ubat yang diberikan mengikut waktu. Minggu hadapan kita akan suntik ubat untuk menguatkan lagi rahim puan. Paling penting sekali Puan Anis dan Encik Umar kena banyakkan berdoa semoga semuanya selamat.” Doktor Aleeza terus memberikan kata-kata yang positif.
            “Babah….” Mati lamunan Umar apabila mendengar namanya dipanggil Aira.
            “Yea sayang…” Umar mengucup ubun-ubun Aira di ribanya.
            “Ibu tak sayang kat Aira ke?” Umairah bertanya.
            “Ibu sayang sangat kat Aira….” Umar menjawab perlahan.
            “Kenapa ibu tinggalkan Aira?” Umairah bertanya lagi.
            “Ibu terpaksa tinggalkan Aira sayang….Itu bukan kehendak ibu, tapi Allah dah tetapkan untuk ibu pergi dulu..” Air mata Umar mula merembes.
            “Aira sedih babah. Aira tak sempat jumpa ibu…” Umairah mula menitikkan air matanya.
            “Jangan menangis sayang. Babah kan ada?” Umar mengesat air mata yang mengalir dipipi Umairah.
            “Babah….Babah bagi ibu baru dekat Aira boleh? Dekat sekolah, kawan-kawan Aira selalu cerita pasal ibu dia orang tapi Aira takde ibu. Kawan-kawan Aira semuanya pergi sekolah dihantar ibu dia orang tapi ibu tak dapat hantar Aira.” Umairah memandang Umar penuh harapan.
            “Aira sayang….” Umar terdiam. Dia tidak tahu apa yang patut dikatakan kepada puteri kesayangannya itu. Mana mungkin dia menduakan Annisa Nurain. Baginya Annisa Nurain cinta pertama dan terakhirnya dan tak mungkin ada yang lain lagi.
            “Babah… Boleh tak Aira nak satu ibu?” Umairah masih mengharap.
            “Aira…. Babah sayang ibu Aira….” Umar mati kata lagi.
            “Aira pun sayang ibu…tapi…Aira tak pernah jumpa ibu. Aira tak pernah cium ibu, Aira pun tak pernah peluk ibu. Aira nak cium dan peluk ibu tapi ibu takde…” Umairah nampaknya masih belum mengerti.
            “Kalau Aira sayang ibu, kenapa Aira nak pengganti ibu?” Umar cuba memancing Umairah.
            “Sebab…. Sebab Aira nak ada ibu supaya Aira boleh cium dan peluk dia. Nanti, ibu boleh hantar Aira pergi sekolah lepas tu Aira boleh cerita dekat kawan-kawan tentang ibu Aira dan paling penting Aira boleh lukis gambar ibu bila cikgu suruh lukis gambar ibu.” Panjang Umairah menerangkan sebabnya.
            Umar memeluk erat Umairah tatkala mendengar kata-kata Umairah. Benar kata ibu dan bonda, Umairah memerlukan kasih sayang seorang ibu walaupun Umar menafikannya. Hampir setiap hari Umar diajukan soalan yang sama oleh Umairah. Umar bukannya hendak menafikan hak Umairah untuk mempunyai seorang ibu, namun hati lelakinya yang benar-benar mencintai Annisa Nurain menyebabkan dia sanggup menepikan perasaan Umairah yang perlukan belaian seorang ibu. Umar kembali ke saat manisnya bersama Anis.
            “Sayang, cantikkan stroller hijau ni?” Umar menunjukkan stroller bayi yang berwarna hijau itu.
            “Cantik stroller tu bang tapi, kan kita dah janji nak beli semua barang warna pink. I’ts baby girl.” Anis tersenyum sambil menunjukkan perutnya yang kian memboyot.
            “Lupa pulak abang baby girl duduk dalam perut sayang ni.” Umar mengusap-ngusap perut isterinya.
            ‘Tak sabar nak tunggu lagi dua bulan kan abang?” Anis turut mengusap perutnya.
            “Hmmm, tak sedar kan dah tujuh bulan baby kita ni. Alhamdulillah selamat baby kita ni walaupun di awal kehamilan doktor kata baby ni tak kuat.” Umar tersenyum mengingatkan kembali kata-kata Doktor Aleeza di awal kehamilan Anis dahulu.
            “Hmmm, tak sedar betul masa cepat berlalu tapi paling tak kita sedari yang kita belum shopping satu benda pun barang untuk baby lagi. Masing-masing sibuk dengan kerja kan…” Anis memandang suaminya yang seperti terasa disindir.
            “Sorry, abang betul-betul sibuk sebelum ni sayang tapi abang dah spend the whole day dengan sayang hari ni nak shopping barang-barang keperluan baby kita.” Umar tersenyum memandang isterinya yang tercinta.
            “Dah tujuh bulan baby ni dalam perut, kesian anak ibu baru dapat peluang shopping barang-barang dia hari ni.” Anis mengusap-ngusap perutnya seolah-olah bercakap dengan bayi didalam kandungannya.
            “Tak habis-habis lagi ke nak perli abang? Okeylah, biar abang bayar semua barang-barang baby hari ni. Puas hati?”
            “Yesss!!! Sangat-sangat puas hati!” Anis tersenyum girang dan terus mencapai set tilam bayi berwarna pink dihadapannya dan diletakkan di dalam troli yang ditolak oleh Umar.
            “Amboi!! Kata je nak bayar habis satu Jusco dia nak tapau nampaknya!” Umar tersenyum mengusik isterinya.
            “Of courselah! Nama pun free, mestilah nak tapau semua…” Anis tergelak.
            “Apa lagi yang tak cukup ni?” Umar bertanya isterinya.
            “Erm…..’ Anis seolah-olah berfikir sebentar.
            “Pakaian baby semua dah beli, pampers pun dah, susu pun dah, tuala, lampin, selimut, botol susu, barut dengan lain-lain semua dah beli kat kedai Anakku tadi kan. So, kita beli barang-barang besar je kat sini macam stroller, baby sitter untuk kereta abang dengan sayang sebab nanti senang kalau sayang tak dapat hantar baby pergi rumah bonda, abang boleh hantarkan baby. Set tilam ni dah ada tapi nak lagi satu sebab nak tinggalkan dekat rumah bonda satu. Lepas tu katil baby. Yeay!! Banyaklah duit abang habis hari ni.” Anis tersenyum mengusik suaminya.
            “Amboi! Tokey balak pun boleh muflis macam ni?” Umar tersenyum mengusik isterinya.
            “Dah tadi kata nak belanja so sayang tapau habislah………” Anis ketawa mengekek.
            “Okey, ambil semua barang yang nak beli tu, abang bayarkan aje. Demi isteri dan anak, redha jelah..” Umar buat muka kasihan.
            “Tengok abang buat muka macam tu buat sayang rasa………”
            “Rasa apa?” Umar tanya tak sabar.
            “Rasa macam nak beli banyak-banyak lagi…” Anis ketawa bahagia.
            Umar mencubit lembut pipi isterinya. Sungguh bahagia rasanya dia menikmati hari-harinya bersama Annisa Nurain.
            “Babah…. Boleh tak Aira nak ibu?” Nampaknya Aira masih ingin mencuba.
            “Aira… Nanti babah fikirkan boleh tak?” Umar bertanya perlahan. Kepala Umairah diusapnya lembut.
            “Okey…. Tapi babah janji tau!” Aira menghulurkan jari kelingkingnya untuk mengikat janji dengan babahnya.
            Tersenyum Umar melihat keletah Aira yang sudah semakin bijak sejak bersekolah. “Okey, babah janji untuk FIKIRKAN!” Umar menguatkan kata terakhirnya. Dia hanya mampu berjanji untuk MEMIKIRKAN tetapi bukan untuk MELAKSANAKAN.
            “Cikgu kata berdosa tau kalau mungkir janji. Jadi, babah tak boleh mungkir janji.” Umairah tersenyum memandang babahnya.
            “Iya! Babah tau. Dah pergi mandi, malam ni kita nak pergi makan dekat rumah bonda.” Umar memberitahu.
            “Yeayyy… Dapat jumpa bonda…” Umairah turun dari babahnya dan berlari kegirangan masuk ke dalam rumah untuk mandi.
            Umar menghantar Umairah masuk dengan matanya. Selepas itu dia kembali menatap kolam ikan berhampiran dengan kerusi yang didudukinya. Saat itu terbayang kembali saat-saat dia dan Anis.
            “Anis, masuk dalam dulu. Abang nak hantar troli ni kejap.” Umar mengarahkan isterinya untuk menunggu didalam kereta setelah mereka selesai memasukkan barang-barang yang dibeli itu.
            “Okey, cepat sikit yea bang…” Anis menjawab sambil membuka pintu kereta Toyota Wish putih milik Umar itu.
            “Cik puan nak pergi mana lagi ni?” Tanya Umar setelah duduk sambil menutup pintu dibahagiannya.
            “Hurm, rasanya hari ni cik puan rasa nak makan smoke salmon dekat Chop N Steak Kampung Baharu tu. Boleh tak encik supir bawakan saya ke sana?” Anis mengusik suaminya.
            “Sayang panggil abang supir. Noty!” Umar mencuit hidung isterinya lantas menghidupkan enjin kereta.
“Sorry encik driver!” Anis tersengih mempamerkan giginya yang tersusun cantik.
            “Apa beza supir dengan driver tu sayang oii..” Umar buat muka merajuk sambil tangannya laju memutarkan stereng keluar dari kawasan parkir Jusco Setiawangsa.
            “Abang ni suka betul merajuk, melekat kat anak sifat suka merajuk tu habislah saya! Anak dengan bapak suka merajuk…” Anis tersengih mengusik.
            “Mana ada abang merajuklah. Abang gurau je..” Umar menjawab tersengih.
            “Abang tak payah drive laju sangatlah. Bukannya lari pun kedai tu.” Anis menegur Umar yang menekan minyak pedal minyak semakin laju.
            “Alaa, petang-petang ahad macam ni bukan banyak kereta sangat. Semua orang melepak kat rumah je berehat.” Umar menjawab namun kelajuannya keretanya tetap tidak dikurangkan.
            “Abang, tak payah lajulah! Lampu tu dah nak tukar merah.” Anis menegur lagi suaminya yang kelihatan seperti menekan lebih laju pedal minyak bagi mengejar lampu isyarat yang mahu bertukar warna dari oren kepada merah.
            “Alaa…sempat je…………..”
            Bammmmmmmmmmmmmmmm!!!!!!!!!!!!!! Kereta Toyota Wish dilanggar disebelah kirinya. Anis terdorong ke arah Umar.
            “Babah! Aira dah siap ni….” Umairah mematikan lamunan Umar lagi.
            “Subhanallah….“ Umar mengusap mukanya sambil mengucap.
            “Babah….” Lembut Umairah memanggil Umar sambil menyentuh lembut lutut babahnya.
            “Aira dah siap ke?” Umar memandang Umairah sambil cuba tersenyum.
            “Aira dah siap ni. Babah kata nak pergi rumah bonda?” Umairah bertanya lembut.
            “Kita pergi lepas solat Maghrib yea sayang..” Lembut Umar menjawab.
            “Okeylah.. Aira masuklah dulu. Nak tengok Upin dan Ipin.” Umairah berlari masuk ke dalam rumah.
            Umar menggeleng-gelengkan kepalanya melihat telatah Umairah. Umairah seorang kanak-kanak yang ceria dan petah berbicara seperti ibunya Annisa Nurain.
            “Umar!!! Anis mana?” Puan Salima bertanya. Ibu Umar Puan Hidayani turut ada disebelahnya.
            “Ibu… Anis mana?” Umar pula bertanya ibunya.
            “Umar sayang… Anis mana sayang?” Giliran Puan Hidayani pula bertanya.
            Umar mengetuk-ngetukkan kepalanya cuba mengingati apa yang terjadi. Dia melihat dirinya. Tangannya kelihatan berdarah begitu juga dengan dahinya. Dia cuba mengingati apa yang telah terjadi…
            “Ibu..Kami accident..” Perlahan Umar bersuara.
            “Ibu tahu sayang tapi mana Anis?” Lembut Puan Hidayani bertanya sambil mengurut-urut bahu Umar.
            “Doktor……..” Sepatah kata keluar dari mulut Umar sambil menunjukkan bilik dihadapannya.
            Dipintu tertulis “DOKTOR FIRDAUS”. Laju Puan Salima menolak pintu bilik yang dimaksudkan oleh Umar. Puan Hidayani membantu Umar untuk masuk ke dalam bilik itu juga.
            “Doktor….” Puan Salima memanggil.
            “Saya..Puan ni….” Doktor Firdaus cuba mengenalpasti mereka yang tiba-tiba masuk ke biliknya.
            “Saya bonda Anissa Nurain dan ini Umar menantu saya.” Puan Salima menunjukkan Umar yang baru masuk dengan Puan Hidayani.
            “Oh.. Encik Umar!” Doktor Firdaus berkata.
            Umar duduk di kerusi di hadapan Doktor Firdaus. Dia sebenarnya telah dikhabarkan berita itu oleh Doktor Firdaus tetapi otak dia masih tidak dapat mencerna dengan sebaiknya. Dia masih tidak percaya kata-kata doktor muda itu.
            “Doktor, dimana anak saya Anis?” Puan Salima mula sebak. Air matanya mula merembes.
            Puan Hidayani mula duduk disebelah Umar. Dia turut tidak sabar menunggu kata-kata doktor. Suaminya Encik Shahidan dan suami Puan Salima, Encik Ammar akan tiba agak lewat kerana mereka berada di Pahang atas urusan perniagaan namun mereka telah dimaklumkan mengenai kemalangan Umar dan Anis tetapi kondisi Umar dan Anis masih belum dimaklumkan kerana mereka berdua baru sampai ke hospital.
            “Begini puan. Saya sudah maklumkan berita ini kepada Encik Umar dan nampaknya kondisi dia agak tidak stabil. Puas jururawat dan saya memujuk supaya dia mendapatkan rawatan bagi luka-luka yang dialaminya tetapi dia tetap berdegil. Memandangkan keadaan dia yang tidak begitu stabil dia tidak dapat menerima kenyataan bahawa kita semua telah kehilangan Puan Annisa Nurain.” Perlahan Doktor Firdaus menuturkan kata-kata tersebut namun oleh kerana tanggungjawabnya dia terpaksa membawa berita duka itu kepada keluarga Anis kerana nampaknya Umar tidak dapat memikul tanggungjawab itu untuk memaklumkan pemergiaan Anis kepada keluarganya.
            Terduduk Puan Salima yang sedang berdiri itu. Laju Puan Hidayani cuba memaut besannya yang hampir terjelepuk di lantai. Kelihatan air mata mengalir di pipi Umar. Dia sedar Anis sudah tidak bersamanya namun dia cuba untuk tidak mempercayai kata-kata doktor itu walaupun telah diberitahu berulang kali.
            “Puan? Puan okey ke?” Doktor Firdaus turut membantu Puan Hidayani mendudukkan Puan Salima.
            “Apa yang boleh saya kata doktor?” Puan Salima bertanya kembali.
            ‘Sabar Ima.. Bawak-bawak mengucap. Jangan diikutkan sangat perasaan tu.” Puan Hidayani cuba memujuk Puan Salima sambil mengelap air matanya sendiri. Umar disebelahnya hanya terdiam seperti patung bernyawa.
            “Puan.. Saya ada berita yang lain untuk dimaklumkan kepada puan.” Doktor Firdaus menyambung kata.
            “Apa dia doktor? Ada lagi berita yang lebih perit untuk saya dengar?” Lemah Puan Salima bertanya.
            “Kandungan Annisa dapat kami selamatkan tapi keadaan bayi masih sangat lemah dan dia telah kami letakkan di dalam inkubutor disebabkan dia lahir tidak cukup bulan.” Seperti panahan petir dihati Umar tatkala mendengar kata-kata Doktor Firdaus. Dia hanya dimaklumkan tentang kematian Anis tetapi tidak mengenai kelahiran bayinya tadi.
“Barangkali doktor tidak mahu berbicara lanjut mengenai kelahiran bayi kerana melihat aku begitu terkejut dengan pemergian Anis.” Hati Umar berbisik sendiri.
“Apa doktor? Cucu saya selamat?” Air mata semakin laju mengalir di pipi Puan Hidayani.
“Betul tu puan. Kami dapat menyelamatkan bayi didalam kandungan Puan Annisa.” Doktor itu menerangkan lagi.
“Kau dengar tu Ima. Anis tak tinggalkan kita sendiri, dia hantar pengganti dia untuk kita.” Puan Hidayani memeluk Puan Salima yang turut terkejut dengar khabar itu.
“Babah!! Dah azan Maghrib pun. Bila nak pergi rumah bonda ni.” Umairah bersuara di tepi Umar yang asyik bermenung.
“Astaghfirullah… Sorry sayang. Babah tak sedar tadi. Kejap yea babah naik mandi dan solat kejap lepas tu kita pergi rumah bonda yea?” Umar berkata sambil menarik tangan Umairah masuk kedalam rumah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

leave your comment here!